Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bekerja Dari Rumah

Blogger Maestro Gathering #1

Ahad bulan lepas, blogger Maestro berkumpul bersama. Kami dapat sedut aura positif masing-masing dan paling penting, berkongsi ilmu blogging antara satu sama lain. Total kehadiran 4 orang, tak termasuk kanak-kanak. Hehehe After dah setuju, kami berkumpul di rumah Kak Nad, seorang otai blogger yang dah lama blogging sejak dari 2010. Betapa otai nya dia sampaikan Malaysia Hari Ini (MHI) call dia untuk minta jadi tetamu jemputan asbab sharing beliau di blog tentang Tongue Tie. Nampak tak? Being a blogger ni banyak benefit as long as kita pandai manfaatkannya untuk masyarakat. :) Bincang apa tu? Gathering kali ni berkonsepkan pot luck! Hihihi. MasyaAllah banyak sangat makanan. Ada yang bawa kuih muih, ada yang bawa makanan berat. Memang best. Penuh dengan makanan meja. Biasalah kalau orang perempuan punya gathering memang meriah dengan makanan. Geng mak-mak katakan. Semua yang hadir bawa bersama anak-anak. Syaza sendiri angkut si Zehraa tu. Wah bukan main seronok dia ...

6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja dari Rumah

Bekerja dari rumah? Bunyi dia macam senang. Boleh kerja sambil tengok TV, jaga anak, makan dan uruskan rumah. Wah, seronoknya! Namun, hakikatnya ianya tidak semudah itu. Malah, bekerja dari rumah mempunyai cabaran yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika seorang Ibu tersebut ada anak atau anak-anak. Tetapi, ia tetap bukan penghalang untuk kita menidakkan dan memberi alasan supaya berputus asa dari terus membina karier dari rumah di samping menguruskan rumah tangga dengan tangan dan kudrat kita sendiri. Ada pelbagai tips yang boleh dipraktikkan bagi Ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Jom kita ikuti dan praktis bersama-sama tips yang dikongsikan ini. 6 Tips Untuk Ibu Yang Bekerja DARI RUMAH 1. Buat Jadual Rutin Untuk Anak Bayi atau anak kecil, mereka mudah terikat dengan rutin. Makan-tidur-bermain adalah rutin harian mereka. Kita kena buatkan jadual tidur, makan dan bermain mereka. Mula sejak dari zaman baby lagi supaya mereka terikut dengan rutin terse...