Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Hamil Shaklee

6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena

Kebanyakan ibu mengandung mengalami kesukaran tidur yang boleh diselesaikan dengan beberapa tabiat waktu tidur yang mudah dan senang. Tips yang bakal dikongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan risiko untuk masalah susah tidur dan juga berguna bagi sesiapa sahaja termasuklah mereka yang tidak mengandung untuk tahu rahsia tidur lebih lena. 6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena 1. Kekalkan Waktu Tidur Sekata Utamakan waktu tidur yang sekata adalah kunci utama untuk mudah tidur apabila waktu tidur sudah sampai. Pastikan anda tidur dan bangun dari tidur di waktu yang sama setiap hari (termasuk ketika hari minggu).  2. Senaman dan Regangan Ringkas Melainkan jikalau doktor menyarankan anda untuk elak daripada aktiviti fizikal, senaman berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan peredaran darah, menambah baik emosi dan membantu tidur yang lebih lena di malam hari. Walaubagaimanapun, senaman ...

Kulit Bersih Masa Mengandung Tanpa Skincare

Kulit licin masa mengandung ialah idaman setiap ibu di dunia ini. Ramai yang sebenarnya mengalami kesukaran nak dapat kulit licin atas alasan masalah hormon, pembawakan bayi dan sebagainya. Ada juga yang turut kaitkan keadaan kulit wajah dengan faktor jantina yang dikandungkan.  Hakikatnya, kalau nak tahu semua faktor di atas tidak menyumbang kepada keadaan kulit wajah ibu sewaktu mengandung. Paras hormon yang berubah boleh diatasi sekiranya ibu mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi. Malah, walaupun tidak menggunakan sebarang skincare ketika mengandung ia juga bukan penyebab utama yang membantutkan kita untuk kelihatan cantik. Sebenarnya, sewaktu mengandung, hormon estrogen di paras terbaik yang menyumbang untuk kulit wajah yang lebih cantik, bersih, kuku yang kuat serta rambut berkilat dan lebat! Gabungan bersama nutrisi lengkap akan menambah baik keadaan kulit dari masa ke semasa. Pengalaman Puan Wana, consume Sustained Released Vita-C sepanjang tempoh kehami...

7 Gaya Pemakanan Untuk Kehamilan Sihat

Ketika mengandung, ada satu sahaja sumber makanan yang bayi dapat iaitu daripada kita! Ini bermakna, kita kena menjaga pemakanan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk anak dalam kandungan. Gaya Pemakanan #1 : Diet Seimbang Seperti yang dinyatakan di dalam sistem piramid makanan, diet ketika mengandung perlu mengandungi karbohidrat, lebuh sayur dan buah, sumber protein serta produk tenusu dan susu. Akhir sekali ialah, gula, garam dan lemak. Gaya Pemakanan #2 : Pelbagaikan Menu Setiap makanan menawarkan kombinasi nutrisi yang berbeza. Bagi mendapatkan sumber kebaikan nutrisi terbaik, ambil makanan yang pelbagai dan datang dalam pelbagai jenis warna untuk mendapat sumber nutrisi yang lebih luas. Gaya Pemakanan #3 : Makan Bergantung Keperluan Perkembangan dan pertumbuhan bayi serta perubahan yang dialami tubuh badan kita ialah signal awal untuk pengambilan makanan yang lebih sedikit berbanding ibu yang tidak mengandung bagi membekalkan tenaga harian. Jad...

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Kalsium, salah satu mineral penting yang perlu di ambil berat sewaktu mengandung. Badan kita menggunakan kalsium bersama dengan vitamin dan mineral lain dan apa yang lebih perlu di beri perhatian ialah bayi dalam kandungan juga amat memerlukannya. Keperluan kalsium ini berubah mengikut usia dan terlalu berlebihan atau terlalu sedikit kalsium boleh memberi komplikasi di masa akan datang. Teruskan membaca untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diperlukan ketika sedang dalam kehamilan, kenapa ia penting dan bagaimana caranya untuk memastikan kita mendapat keperluan kalsium secukupnya. Keperluan Harian American College of Obstetricians and Gynecologist (AGOC) menyarankan wanita mengandung dan menyusukan anak berusia 19 tahun dan ke atas untuk mengambil kalsium sebanyak 1,000 mg sehari . Keperluan kalsium harian mengikut usia serta bagi ibu mengandung dan menyusu Saranan ini bertepatan dengan yang dikemukakan oleh Reccomended Nutrient Intake (RNA) Malaysia. ...

Testimoni Ostematrix Shaklee & Cramp Ketika Hamil

Entri sebelum ini yang bertajuk "6 Cara Elak Kejang Ketika Hamil Berulang" , penulis ada kongsikan tips yang dijelaskan oleh Mary Marnach, M.D. daripada Mayo Clinic. Di dalam tips tersebut, ada 2 tips yang selalu di cari oleh Ibu mengandung, iaitu supplemen kalsium dan magnesium bagi mengelakkan masalah cramp ketika hamil. Penulis sangat berbesar hati untuk memberitahu kepada semua Ibu bahawa, Shaklee menyediakan supplemen Ostematrix yang lengkap dengan kalsium dan magnesium bagi mengelakkan masalah cramp berlaku dan terus berulang ketika mengandung. Lihat sendiri TESTIMONI IBU MENGANDUNG yang merupakan pengguna Ostematrix Shaklee ini. Testimoni Ostematrix Shaklee & Cramp Ketika Hamil Saya sukakan Ostematrix sebab ia adalah TEMAN WAJIB saya sebelum tidur. Saya makan non-stop sejak hamil dan menyusu sepanjang 4 tahun ni. Tiada cramp , sakit pinggang, sakit gigi dan sembelit. Sebelum ni anak pertama SETIAP MALAM cramp kaki. Masa tu belum kenal Ostema...

6 Tips Elak Cramp Ketika Hamil Berulang

Kekejangan, cramp semasa hamil adalah kesan daripada pergerakan otot yang kebiasaannya menyerang tapak kaki, betis, peha dan seluruh kawasan kaki. Ia fenomena biasa, menyerang di waktu malam terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Jom ikuti tips di bawah ini bagi mengelakkan masalah cramp ketika hamil ini.  6 Tips Atasi Cramp Ketika Hamil 1. Senaman Regangan Betis senaman regangan betis elak cramp ketika hamil Regangan sebelum tidur boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan semasa mengandung. Berdiri dengan jarak sedepa lengan daripada dinding, letakkan tangan di hadapan dinding dan gerakkan kaki kanan ke bahagian belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, dan kekalkan posisi kaki kanan ke hadapan. Tahan dan regang selama 30 saar. Tukar kaki dan ulang regangan yang sama. 2. Kekal Aktif Aktiviti fizikal yang kerap membantu untuk mengurangkan risiko cramp sewaktu hamil. Sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman, pastik...

Cramp Ketika Hamil, 6 Benda Wajib Tahu

Cramp atau kejang semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan malah ia menakutkan. Kekejangan boleh menyebabkan seorang Ibu mengandung terguling-guling dan menjerit kesakitan . Berita baiknya, kejang atau cramp ketika hamil ini ialah perkara biasa yang mudah terjadi semasa proses kehamilan. Apa yang penting ialah kita kena tahu bila waktu yang paling tepat untuk minta bantuan. Kenapa Cramp Berlaku Waktu Hamil? Kekejangan berpunca daripada otot rahim (uterus) yang mengembang, menurut keterangan daripada Amanda Selk, ob-gyn daripada Women's College Hospital di Toronto, Kanada. Sewaktu trimester pertama, cramp datang daripada ovum wanita yang sedang dalam proses untuk melekat di dinding rahim, dan juga kerana rahim kita semakin mengembang dari hari ke hari bermula trimester pertama. Walaubagaimanapun sekiranya kekejangan itu diiringi dengan pendarahan, ia boleh jadi sebagai salah satu tanda keguguran . Apabila usia kandungan semakin meningkat, cramp juga bo...

Pengalaman Makan Ostematrix Masa Mengandung

Selalu Syaza kongsi pengalaman orang lain je kan, kali ni Syaza nak kongsikan sendiri pengalaman Syaza makan Ostematrix sepanjang Syaza pregnant. Daripada pregnant kali pertama, Syaza memang dah mula kenal Shaklee. Sebab Syaza dah makan Shaklee since daripada anak dara lagi, hehehe. Jadi bila pregnant tau ada Set Hamil Shaklee so apa lagi Syaza pun continue je. Dan dalam set ni ada Ostematrix. Yang ni la Syaza nak share macam mana rasa dan apa yang best nya makan Ostematrix sepanjang mengandung. Sejujurnya Syaza tak pernah kena cramp waktu pregnant macam kawan-kawan yang lain kecuali sekali je, waktu sekali tu masa tu dah 39 minggu dan waktu tu seharian Syaza drive daripada pagi sampai malam, lepas tu balik terus tidur tanpa makan Oste, hasilnya? Tahniah! Syaza kena cramp hahaha. Sakit giler ok. Menyesal terus tidur tak makan Oste, huhuhu. Baca Kalsium dan Ostematrix Syaza tak boleh bayangkan mak-mak lain yang kena cramp masa mengandung almost setiap malam especial...

Nutrisi Kalsium Ketika Mengandung

Apabila kita mengandung, bayi yang membesar di dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang sihat serta kuat. Malah kalsium juga membantu untuk membantu perkembangan jantung, otot dan saraf bayi dengan lebih sihat bagi memastikan kebolehupayaan ritma jantung bayi berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, untuk ibu mengandung kalsium sangat penting bagi diri ibu itu sendiri dalam mengelakkan masalah darah tinggi dan preeklampsia. Sekiranya kita sebagai seorang ibu mengandung gagal mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung, bayi akan menyerap seluruh kalsium dari tubuh badan kita dan meninggalkan kita dengan kesihatan tulang yang bakal terjejas sama ada lambat atau cepat. Berapa banyak kalsium yang ibu perlukan? 🤰 Wanita berusia 19 hingga 50 tahun : 1,000 mg sehari sebelum, semasa dan selepas mengandung 🤰 Wanita berusia 18 tahun ke bawah : 1,300 mg sehari sebelum, semasa dan selepas mengandung Bagi memenuhi keperluan di atas, sebany...

Bacaan HB Time Pregnant Cantik!

Waktu pregnant, bacaan darah atau HB yang cantik idaman setiap ibu-ibu yang pregnant! HB ni kalau nak tahu adalah singkatan kepada haemoglobin. Haemoglobin ni ada dalam sel darah merah atau red blood cell kita yer ibu-ibu. Haemoglobin atau HB ni fungsi utama dia ada dua iaitu : Angkut oksigen yang kita sedut dari luar dan transfer kepada sel-sel badan yang memerlukan Bawak keluar karbon dioksida dari dalam badan kita Jadi, kalau kita masa pregnant HB rendah sebab itu sangat banyak masalah boleh berlaku! Bayangkan, fungsi asas dan utama HB ni, angkut oksigen dan bawak keluar karbon dioksida kan, so kalau ibu dah pregnant, for sure, HB ni berperanan untuk dua orang - which is ibu dan anak dalam kandungan. Kalau HB rendah, anak pun boleh beri kesan dan jika kita ni ibu, tak kawal, tak control, alamatnya boleh bawa kepada kematian anak dalam perut, nauzubillah kan ibu-ibu. Selain dari tu, akibat daripada masalah HB rendah time pregnant ialah : Ibu cepat letih ...

Vitamin Terbaik Ibu Mengandung | Set Hamil Shaklee

Hamil, mengandung atau pregnant atau apa je nama dia, adalah keterujaan bagi semua wanita. Menjaga kesihatan ketika hamil merupakan prioriti penting bagi seorang wanita hamil. Hal ini kerana, ketika sarat hamil, kini badan kita mengandungi seorang lagi nyawa iaitu anak kita di dalam rahim untuk kita sama-sama menjaga kesihatannya. Cara menjaga kesihatan anak di dalam perut kita adalah dengan memastikan pengambilan vitamin lengkap ketika hamil. Keperluan vitamin bagi seorang wanita hamil adalah keperluan wajib berbanding bagi wanita lainnya. Syaza, merupakan pengguna setia Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan anak pertama Syaza 6 bulan yang lalu (waktu enti ini di tulis). Kehamilan pertama ini sangat best dan bermakna kerana Syaza sendiri merasai betapa cergas dan ceria dengan Set Hamil ni. Personally, Syaza tak amek langsung vitamin dari KK. Fully from Shaklee. ^^ SET HAMIL SHAKLEE Dalam set hamil ini ada 6 item penting, iaitu : Energizing Soy Protein (ESP)...