Skip to main content

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Kalsium, salah satu mineral penting yang perlu di ambil berat sewaktu mengandung. Badan kita menggunakan kalsium bersama dengan vitamin dan mineral lain dan apa yang lebih perlu di beri perhatian ialah bayi dalam kandungan juga amat memerlukannya.

Keperluan kalsium ini berubah mengikut usia dan terlalu berlebihan atau terlalu sedikit kalsium boleh memberi komplikasi di masa akan datang. Teruskan membaca untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diperlukan ketika sedang dalam kehamilan, kenapa ia penting dan bagaimana caranya untuk memastikan kita mendapat keperluan kalsium secukupnya.

Keperluan Harian

American College of Obstetricians and Gynecologist (AGOC) menyarankan wanita mengandung dan menyusukan anak berusia 19 tahun dan ke atas untuk mengambil kalsium sebanyak 1,000 mg sehari.
keperluan kalsium harian
Keperluan kalsium harian mengikut usia serta bagi ibu mengandung dan menyusu

Saranan ini bertepatan dengan yang dikemukakan oleh Reccomended Nutrient Intake (RNA) Malaysia.

Kalsium diperlukan bagi memastikan badan Ibu dapat sumber kalsium secukupnya untuk tulang dan menyimpan kalsium bagi badan diri sendiri serta menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan.

Kepentingan Kalsium

Oleh kerana kalsium ialah nutrien penting untuk badan, ketika hamil kita perlukan lebih kalsium untuk kesihatan diri sendiri dan perkembangan bayi yang ada di dalam rahim.

Untuk Bayi

Ibu kuat saya pun tulang kuat!
Bayi yang sedang berkembang bulan demi bulan perlu kalsium bagi formasi dan pembentukan tulang serta gigi. Mereka membina keseluruhan sistem skeleton. Kalsium juga amat penting untuk kesihatan jantung bayi, otot, sistem saraf dan hormon mereka.

Untuk Diri Ibu Sendiri

Ketika mengandung, kita memberikan bayi kesemua kalsium yang diperlukan mereka, jadi apabila kita mengambil jumlah saranan kalsium setiap hari iaitu kira-kira 1,000 mg sehari, sebenarnya kita bukan sahaja menjaga bayi tetapi juga diri sendiri. Sekiranya kita gagal mendapatkan kalsium secukupnya sewaktu hamil, komplikasi di masa akan datang mudah berlaku.

Beza tulang sihat dan osteoporosis

Tidak kira sama ada kita ambil kalsium yang cukup atau tidak, badan kita tetap membekalkan kalsium yang tinggal di dalam badan kita. Jadi, andai kata kita tidak menggantikan kalsium yang telah diberikan kepada bayi kita akhirnya tulang kita sendiri akan semakin rapuh dan boleh menyumbang kepada masalah osteoporosis sekiranya kita terus mengabaikan kepentingan kalsium dalam hidup kita terutama ketika mengandung.

Komplikasi

Komplikasi ialah hasil yang tidak mustahil bagi pengambilan kalsium yang tidak seimbang; terlalu sedikit atau terlebih banyak. Berita baik, ia mudah untuk dielakkan.

Terlalu Sedikit Kalsium boleh menyebabkan
  • Tekanan darah tinggi sewaktu mengandung
  • Kelahiran pra-matang
  • Berat badan anak terlalu rendah
  • Kebas di bahagian jari jemari
  • Perkembangan bayi yang lambat
  • Bayi gagal mendapatkan nutrien kalsium 
  • Masalah jantung
  • Otot dan kaki kekejangan (cramp)
  • Masalah selera makan
  • Tinggi risiko untuk masalah tulang rapuh 

Terlebih Kalsium boleh mengakibatkan
  • Sembelit
  • Batu karang
  • Masalah dalam penyerapan mineral lain seperti zink dan iron
  • Pegerakan nadi laju

Sumber

Badan kita tidak menghasilkan kalsium sendiri, oleh itu wajib kita dapatkan daripada makanan dan supplemen.

Sumber Makanan

Makanan tinggi kalsium dan vitamin

4 gelas susu dan produk tenusu lain dapat memenuhi keperluan kalsium harian dengan memberikan kira-kira 1,200 mg kalsium. Segelas jus oren bersama kalsium menyumbang amaun 300 mg dalam setiap hidangan. Makanan lain seperti sayuran hijau, kekacang menyumbang kira-kira cuma 100 mg sahaja bagi setiap hidangan.

Pastikan produk tenusu yang di ambil telah di pasteur dengan baik. Susu tanpa lemak atau rendah lemak mengandungi semua kalsium dan nutrien yang ada pada susu penuh tanpa lemak dan kalori berlebihan. Walaubagaimanapun, doktor akan sentiasa menasihati pengambilan susu jenis ini mengikut berat badan kita masing-masing.

Produk tenusu dengan sumber kalsium terbaik termasuklah
  • Susu
  • Keju
  • Yogurt

Makanan lain yang tinggi kalsium
  • Sayuran hijau seperti kale, brokoli dan bok choy 
  • Kekacang
  • Bijian
  • Ikan
  • Sardin dengan tulang

Makanan diperkaya kalsium (yang sudah di campur dengan kalsium-- baca label sebelum beli)
  • Roti
  • Jus oren dan jus buah lain
  • Bijirin penuh
  • Oat
  • Susu soya

Suplimen Makanan tambahan kalsium
  • Vitamin pra-kelahiran
  • Kalsium sitrat
  • Kalsium karbonat

Jenis Makanan Tambahan Suplimen Kalsium

Suplimen Kalsium ketika mengandung termasuklah

  • Vitamin Pra-kelahiran : Tidak membekalkan kalsium secukupnya, tetap perlu mengambil makanan tinggi kalsium dan suplimen khas kalsium yang lain.
  • Kalsium Nitrat : Disarankan terutama bagi yang memiliki kesukaran untuk mendapatkan kalsium harian yang cukup dan mempunyai risiko tekanan darah tinggi ketika hamil.
  • Kalsium Karbonat : Bahan aktif bagi membantu melegakan pedih ulu hati terutama ketika mengandung.

Kenapa Vitamin D Juga Perlu?

Vitamin D ialah mineral asas untuk banyak sebab. Salah satunya ialah Vitamin D membantu badan untuk menyerap kalsium. Vitamin D dan kalsium bekerjasama dalam satu proses bagi memastikan tulang kuat dan sihat.

Ketika kehamilan, pakar menyarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 600 IU Vitamin D setiap hari untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih baik.

Untuk mendapatkan sumber Vitamin D setiap hari, kita boleh :
  • Luangkan sedikit masa dengan cahaya matahari
  • Ambil ikan yang kaya omega 3
  • Makan vitamin pra-kelahiran
  • Supplement yang ada kandungan Vitamin D

Cara terbaik bagi mendapatkan kalsium dan nutrien lain dengan baik ialah pemakanan yang seimbang. Keseimbangan menjurus ke arah kehamilan sihat, malah memberi bayi keperluan terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan mereka serta menggalakkan penghasilan susu badan yang memberangsangkan ketika lahirnya bayi kita.

Produk tenusu mungkin sumber terbaik bagi kalsium tetapi ia bukan satu-satunya pilihan yang ada. Jika kita tidak boleh toleransi dengan sebarang pengambilan laktosa atau susu, atau memang tak suka susu, tetap boleh dapatkan kalsium secukupnya iaitu daripada suplimen makanan tambahan kalsium.


Ostematrix Shaklee Pil Kalsium Lengkap 

Lengkap keperluan kalsium yang diperlukan ibu hamil
Ostematrix Shaklee ialah makanan tambahan suplimen kalsium yang lengkap dengan kalsium dari jenis kalsium nitrat, kalsium karbonat), magnesium dan juga Vitamin D. Ia merupakan pilihan nombor satu para Ibu yang mengandung dan menyusukan anak di Malaysia. 4 caplets Ostematrix membekalkan 1,000 mg kalsium yang sangat diperlukan ibu sekalian.

Bukan sekadar kalsium, lengkap nutrien penuh

Testimoni Pengguna Pil Kalsium Ostematrix Shaklee

testimoni ostematrix dan pil kalsium mengandung shaklee
Peneman start mengandung anak kedua

testimoni ostematrix dan pil kalsium mengandung shaklee
Tak suka susu dan pregnant kembar, need Oste!

testimoni ostematrix dan pil kalsium mengandung shaklee
4 tahun non-stop makan


➡️ Anda sedang mengandung dan sangat mementingkan keperluan kalsium harian? Ostematrix Shaklee ialah makanan tambahan kalsium yang dapat membantu kita, para Ibu dalam membekalkan kalsium harian cukup untuk diri kita dan bayi. ⬅️

Dapatkan Ostematrix hari ini, hubungi Syaza di talian 0187684817.

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...