Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Umum

Jenama Skincare Yang Di Uji Atas Haiwan : Kejamnya!

Syaza yakin, kita semua akan terkejut bila tahu jenama-jenama di bawah yang awalnya dikenali sebagai organik, botani dan sebagainya, namun mereka kejam denagn melakukan ujian ke atas haiwan. Waktu Syaza share tempoh hari info ini dekat Facebook Syaza, kawan-kawan Syaza pun terkejut taw. Sebab jenama yang tak di sangka turut ada dalam satu barisan kejam. Berikut ialah jenama Skincare yang diuji ke atas haiwan: * Aveeno * Avene * Avon * Bioderma * Biotherm * Bliss * Boscia * Caudalie * Chanel * Clarins * Clarisonic * Clean & Clear   * Clearasil   * Coppertone   * DDF * DHC * Dermablend * Dior * Dr. Brandt * Dr. Jart * EOS * Eucerin * Fresh * Garnier   * Gatineau   * Glamglow * Good Skin Labs   * Jurlique * Kiehl’s   * L’Occitane * La Mer   * La Roche Posay   * Lab Series for Men   * Lubriderm * Mederma * Neutrogena * Nivea * Noxzema * Nuxe * Ojon ...

Salam Takziah Muhammad Adib

Menggemparkan dan menyedihkan. Ya, mati itu suatu kepastian, namun bagi Muhammad Adib, yang menjadi mangsa rusuhan kuil tempoh hari, ia sesuatu yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia.  Syaza sangat berharap, keadilan dapat ditegakkan untuk Muhammad Adib dan pelaku serta pesalah di bawa ke muka pengadilan. Kalau dulu, waktu Adib masih hidup, kes ini disabitkan atas seksyen 304, namun sekarang, Adib telah meninggal dunia, jam 9.41 malam semalam di Institut Jantung Negara, secara automatik, kes jadi di bawah seksyen 302 kanun keseksaan sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Kes Muhammad Adib ini patut kita jadikan iktibar bagi seluruh rakyat Malaysia terutama dalam kejadian rusuhan kuil di USJ tempoh hari. Salam Takziah untuk Muhammad Adib sekeluarga.

Senarai Premium Outlet di Malaysia

Premium Outlet ni, tempat shopping yang sangat best! Malah, bukan sahaja shopping, boleh dijadikan tempat untuk cuci mata atau pun, window shopping. Semua kedai dan barangan berjenama disatukan di dalam satu tempat. Dia bukan sahaja ada dekat Malaysia bah kan di negara lain juga seperti, Jepun dan Florida City. Malah, yang bestnya, setiap hari ada je diskaun taw dekat sini. Kalau waktu cuti, atau akhir tahun, lagi banyak diskaun di sana sini. Kalau pandai cari memang cun harga dia beb! Premium Outlet ada cawangan-cawangan dia dekat Malaysia ni. Jom kita terjah senarai Premium Outlet yang ada dekat Malaysia ni. 1. Genting Highland Premium Outlet Terletak atas bukit. Memang best dan sejuk! Pada Syaza, ni adalah Premium Outlet yang tercantik dekat Malaysia. Mungkin sebab kedudukannya. Selain dari tu, dia besar dan ada 3 tingkat kesemuanya.  Alang dah datang sini, boleh singgah terus Genting Highland, kan! 2. Johor Premium Outlet Lebih kurang sa...

20 Fakta Tentang Facebook

20 perkara tentang Facebook yang kita semua kena tahu Sehingga Oktober 2018, jumlah pengguna Facebook seluruh dunia ialah 2.27 Billion, Malaysia 20.5 Juta. 1.74 Billion pengguna aktif pada setiap hari (77%) yang memuat naik 4-6 status sehari, react dengan sekurang-kurangnya 25 status orang lain setiap hari. 76% pengguna Facebook ialah wanita. High traffic user ialah pada 1-3pm, manakala kadar aktif biasa ialah pada 7am-10pm. Khamis dan jumaat adalah hari paling tinggi engagement. 300 juta gambar dimuat naik pada setiap hari. Setiap 60 saat, ada 510,000 komen diberikan naik, 293,000 status dimuat naik, 230,000 butang share dipicit. Posting dalam bentuk content disedut oleh software Facebook melalui ejaan yang ditulis dengan betul, penuh dan sempurna. Posting content terkumpul setakat ini dari 2012 ialah sebanyak 4.75 Billion. Malaysia masih ketinggalan 10 tahun di belakang UK dan USA dalam pembangunan content di Facebook walau duduk di ranking top 10 paling aktif berma...

Sujud Bunyi Kruppp Krapp

Korang pernah tak masa sujud lepas tu bunyi lutut macam berderap-derap? Serammmmm. Syaza pernah! Huhu Rasa macam, "Ya Allah, tua sangat ke aku ni?" 😐😑 Waktu kena tu masa dekat zaman U (sekarang alhamdulillah tak ada dah). Satu lagi bila nak lari, huhu, rasa macam lutut dah tercabut sebelum lari. Sakit. Tambah lepas lari cecah atas lantai, lepas tu lantai sejuk, aduh, sakit giler. 😕 Ke Syaza sorang yang pernah ada pengalaman masa muda bunyi lutu berderap masa sujud? 🙋🙉 Siapa ada, ce angkat tangan sikit, nak cari geng 😆🙌

7 Kes Bunuh Diri di Malaysia Setiap Hari

Semalam Syaza ada baca satu sharing tentang data dan statistik bunuh diri di dunia dan Malaysia. Mengejutkan! Secara statistiknya, di Malaysia dan dunia: Setiap 40 saat ada seorang maut kerana bunuh diri Di Malaysia, kes bunuh diri adalah 7 kes SETIAP HARI Ini perkara yang sangat membimbangkan. Kita semua tak boleh ambil remeh dan hanya fikir ia sekadar kerana kegagalan menguruskan emosi. Mungkin kita termasuk dalam golongan yang bijak uruskan emosi, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menghakimi orang lain dengan mengatakan mereka tidak bijak urus emosi sendiri. Persoalannya di sini, menurut Dr Adlin , mereka atau golongan yang hendaklah di beri perhatian ialah: 1. Mereka yang ada masalah kesihatan mental Seseorang yang ada simptom atau tanda kemurungan dan schizophrenia mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri. Lebih membimbangkan, masalah mental ini, dianggarkan akan menjadi masalah utama di peringkat kesihatan awam menjelang 2030, di seluruh dun...

Salam Jumaat!

Pagi ni Syaza minum Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dulu untuk tenaga dan juga bagi kecantikan kulit [sesuai di ambil waktu perut kosong bagi tujuan ini]! Salam Jumaat semua! Assalamualaikum. Hari Jumaat ni penghulu segala hari. Di hari Jumaat inilah pelbagai kejadian yang besar-besar telah dan akan berlaku. Antaranya ialah penciptaan bumi dan juga kiamat. Di hari Jumaat juga adalah hari yang kita digalakkan untuk amalkan perkara-perkara yang sunat. Paling simple dan mudah; potong kuku.  Syaza senaraikan antara perkara sunat yang kita boleh amalkan hari ini ya [hari Jumaat] : Potong kuku Kemaskan bulu [ketiak, ari-ari] Pakai minyak wangi [bagi lelaki] Mandi sunat pagi Jumaat Pakai baju yang cantik & kemas ke Solat Jumaat Baca Al-Kahf Berdoa selepas Asar hingga penghujungnya [waktu mustajab doa] Simple-kan semua ni? Dan boleh di buat dalam sekelip mata je!  [TAZKIRAH JUMAAT] Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُو...

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September

Hari Malaysia  disambut pada  16 September  setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan  Malaysia  di tarikh yang sama pada tahun  1963 . Ia menandakan penyertaan bersama  Tanah Melayu , Sabah,  Sarawak  dan  Singapura  bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada  1 Jun   1963  namun kemudiannya ditangguhkan ke  31 Ogos   1963  bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan  Indonesia  dan  Filipina  untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke  16 September  pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini  Sabah ) dan  Sarawak . Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri  Sabah ...

Awal Muharram 1440 H

Alhamdulillah. Hari ini, 11 September 2018 tahun masihi bersamaan 1 Muharram 1440 H merupakan hari 'tahun baru' bagi umat Islam. Hari ini adalah hari terbaik untuk kita sama-sama memperbaharui diri kita kepada yang lebih baik berbanding sebelumnya. 😁 Awal Muharram adalah hari di mana telah di angkat semua buku cacatan amalan yang lama dan dikembalikan buku catatan yang baru. Marilah kita sama-sama memastikan kita menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Bertepatan dengan Sabda Rasulullah saw, mafhumnya : “Sesungguhnya orang yang paling  BERJAYA  ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang  GAGAL  adalah orang yang harini ini adalah lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang  TERPEDAYA  adalah orang yang hari ini adalah sama dengan  hari semalam," ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ) Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik  sini  untuk WhatsApp) Page FB :...

Selamat Bercuti : Share Apa Aktiviti Waktu Cuti di Komen ")

Selamat bercuti kawan-kawan blogger! Apa nak buat waktu cuti ni ya? Hihi. Tidur? Aipp jangan. Membazir waktu kalau tidur lama-lama. Sayang masa, terbazir macam tu je. Sempena cuti hari ini, Syaza nak share apa yang kita boleh buat waktu cuti ni. Cuti dua hari pulak tu. Isnin dan Selasa ") Ini apa yang Syaza selalu buat waktu cuti : 1. Bercuti Bersama Tersayang 2. Masak Makanan Rare 3. Jalan-jalan Cari Makan 4. Bermain Bersama Anak-anak 5. Blogwalking  6. Kemas Rumah 7. Spring Cleaning Rumah 8. Membaca Buku Dan banyak lagi! Mana taw nanti Syaza boleh follow, korang share la apa korang buat waktu cuti-cuti selalunya dekat komen, boleh? ") Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik  sini  untuk WhatsApp) Page FB :  Pengedar Shaklee Melaka - 0187684817 Instagram :  @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Shaklee Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia

Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Tahun 2018, pada 9 September hari ini. Daulat Tuanku. Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik  sini  untuk WhatsApp) Page FB :  Pengedar Shaklee Melaka - 0187684817 Instagram :  @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Shaklee Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia

Kedai Mamak & Semua Restoran Terbuka Diwartakan Tempat Larangan Merokok Mulai Disember

7 September 2018 - Semua restoran terbuka diisytihar sebagai tempat larangan merokok mulai Disember 2018 ini. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, "Perkara itu kini dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan," "Saya berharap serta memohon sokongan anda semua (ahli parlimen). Sekiranya peraturan ini tidak dapat dipatuhi, perokok yang terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM 10,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun," katanya ketika menggulung tentang usul yang dibahaskan menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara hari ini.  Ini merupakan inisiatif kerajaan dalam melindungi orang ramai dan orang awam daripada bahaya asap rokok. Sebelum ini, 23 tempat telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk dalam lif, tandas awam, hentian awam dan tempat akan berhawa dingin. Di samping itu, pengusaha restoran akui, keputusan ini bakal menjejaskan per...