Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Kehamilan

6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena

Kebanyakan ibu mengandung mengalami kesukaran tidur yang boleh diselesaikan dengan beberapa tabiat waktu tidur yang mudah dan senang. Tips yang bakal dikongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan risiko untuk masalah susah tidur dan juga berguna bagi sesiapa sahaja termasuklah mereka yang tidak mengandung untuk tahu rahsia tidur lebih lena. 6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena 1. Kekalkan Waktu Tidur Sekata Utamakan waktu tidur yang sekata adalah kunci utama untuk mudah tidur apabila waktu tidur sudah sampai. Pastikan anda tidur dan bangun dari tidur di waktu yang sama setiap hari (termasuk ketika hari minggu).  2. Senaman dan Regangan Ringkas Melainkan jikalau doktor menyarankan anda untuk elak daripada aktiviti fizikal, senaman berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan peredaran darah, menambah baik emosi dan membantu tidur yang lebih lena di malam hari. Walaubagaimanapun, senaman ...

Berapa Banyak Kalsium Diperlukan Ketika Hamil?

Kalsium, salah satu mineral penting yang perlu di ambil berat sewaktu mengandung. Badan kita menggunakan kalsium bersama dengan vitamin dan mineral lain dan apa yang lebih perlu di beri perhatian ialah bayi dalam kandungan juga amat memerlukannya. Keperluan kalsium ini berubah mengikut usia dan terlalu berlebihan atau terlalu sedikit kalsium boleh memberi komplikasi di masa akan datang. Teruskan membaca untuk mengetahui berapa banyak kalsium yang diperlukan ketika sedang dalam kehamilan, kenapa ia penting dan bagaimana caranya untuk memastikan kita mendapat keperluan kalsium secukupnya. Keperluan Harian American College of Obstetricians and Gynecologist (AGOC) menyarankan wanita mengandung dan menyusukan anak berusia 19 tahun dan ke atas untuk mengambil kalsium sebanyak 1,000 mg sehari . Keperluan kalsium harian mengikut usia serta bagi ibu mengandung dan menyusu Saranan ini bertepatan dengan yang dikemukakan oleh Reccomended Nutrient Intake (RNA) Malaysia. ...

6 Tips Elak Cramp Ketika Hamil Berulang

Kekejangan, cramp semasa hamil adalah kesan daripada pergerakan otot yang kebiasaannya menyerang tapak kaki, betis, peha dan seluruh kawasan kaki. Ia fenomena biasa, menyerang di waktu malam terutama ketika trimester kedua dan ketiga. Jom ikuti tips di bawah ini bagi mengelakkan masalah cramp ketika hamil ini.  6 Tips Atasi Cramp Ketika Hamil 1. Senaman Regangan Betis senaman regangan betis elak cramp ketika hamil Regangan sebelum tidur boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan semasa mengandung. Berdiri dengan jarak sedepa lengan daripada dinding, letakkan tangan di hadapan dinding dan gerakkan kaki kanan ke bahagian belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, dan kekalkan posisi kaki kanan ke hadapan. Tahan dan regang selama 30 saar. Tukar kaki dan ulang regangan yang sama. 2. Kekal Aktif Aktiviti fizikal yang kerap membantu untuk mengurangkan risiko cramp sewaktu hamil. Sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman, pastik...

Cramp Ketika Hamil, 6 Benda Wajib Tahu

Cramp atau kejang semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan malah ia menakutkan. Kekejangan boleh menyebabkan seorang Ibu mengandung terguling-guling dan menjerit kesakitan . Berita baiknya, kejang atau cramp ketika hamil ini ialah perkara biasa yang mudah terjadi semasa proses kehamilan. Apa yang penting ialah kita kena tahu bila waktu yang paling tepat untuk minta bantuan. Kenapa Cramp Berlaku Waktu Hamil? Kekejangan berpunca daripada otot rahim (uterus) yang mengembang, menurut keterangan daripada Amanda Selk, ob-gyn daripada Women's College Hospital di Toronto, Kanada. Sewaktu trimester pertama, cramp datang daripada ovum wanita yang sedang dalam proses untuk melekat di dinding rahim, dan juga kerana rahim kita semakin mengembang dari hari ke hari bermula trimester pertama. Walaubagaimanapun sekiranya kekejangan itu diiringi dengan pendarahan, ia boleh jadi sebagai salah satu tanda keguguran . Apabila usia kandungan semakin meningkat, cramp juga bo...

Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan

Semua ibu confirm nak beri yang terbaik untuk anak-anak, betul? Kerana itu, omega-3 antara nutrien yang paling semua ibu gemari sepanjang waktu pregnant. Nak tahu kenapa? Sebab Omega-3 ni memberi banyak kebaikan dan kelebihan, bukan sahaja kepada bayi yang di kandung, malah kepada ibu yang mengandung juga! Kepentingan Omega-3 Semasa Kehamilan Kepada Ibu Menurunkan risiko kelahiran pra-matang (lahir sebelum waktunya) Menggalakkan tempoh kelahiran yang optimum Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat pre-eklampsia (tekanan darah tinggi waktu kehamilan) Kepada Baby Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat Memudahkah perkembangan mata dan struktur otak dengan sewajarnya ketika baby dalam perut Mengurangkan risiko baby terdedah kepada penyakit berkaitan alahan bila lahir kelak Menggalakkan perkembangan mata, otak, sistem imun dan saraf terutamanya ketika trimester ketiga Sumber Omega-3 Terbaik Sumber omega-3 yang paling terbaik a...

6 Cabaran Ketika Hamil | Suami Wajib Baca

Tempoh kehamilan, kita berhadapan dengan satu situasi yang lain daripada yang lain. Dua roh berada dalam satu jasad. Kadang-kadang pernah atau tak, kita sendiri rasa pelik dengan perubahan yang berlaku pada diri? ⬥ Tak suka bau suami ⬥ Nak muntah ⬥ Suka makan benda pelik-pelik ⬥ Ceria tak tentu pasal ⬥ Kuat tidur Macam-macam! Yang pasti ada satu persamaan dalam setiap wanita mengandung; iaitu sentiasa ingin yang terbaik pada anak dalam kandungan. Para suami kena ambil tahu cabaran-cabaran ini supaya tak terkejut apabila isteri berubah mendadak dan boleh ambil tindakan sewajarnya. 6 Cabaran Ketika Hamil Kekejangan Kaki Biasanya berlaku pada waktu malam dan ketika lewat kehamilan, nak dekat due date. Antara punca berlaku adalah disebabkan Berat badan berlebihan Kurang nutrisi Terlalu aktif Tidak aktif langsung Tips : Alas kaki dengan bantal Regangkan kaki Pusingkan pergelangan kaki dan jari kaki Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium ...

Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Ketiga [Fasa Akhir]

Fuh! Berdebar-debar waktu ni. Due date dah makin dekat. Persiapan untuk adik baby dah banyak di buat. Si ibu makin lama, makin tak sabar menanti. Si ayah juga. Jom kita teropong apa adik baby buat dalam tu. Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan : Trimester Pertama Trimester Kedua "Hi adik! Ibu and ayah tak sabar nak jumpa," Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Ketiga [Fasa Akhir] Trimester ketiga adalah sewaktu bulan ketujuh sehingga bulan kesembilan dan juga kesepuluh Bulan Ketujuh Waktu ini berat otak berkembang 400% hingga 500% sehingga lahir. Lemak semakin bertambah dan kulit semakin kurang berkedut. Tips : Lemak sihat untuk sokong perkembangan lemak sihat dan otak Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit Bulan Kelapan Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf dan bayi sangat memerlukan kalsium yang cukup bagi menyokong, menguatkan dan mengeraskan tulang bayi. Tips : Asid lemak omega-3 perlu untuk ...

Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua

  Ok, selalunya bila dah masuk fasa kedua iaitu trimester kedua ni, para ibu dah kurang atau hampir hilang loya dan alahan. Syaza sendiri, waktu ni masih ada alahan namun dah berkurangan sikit, tak seteruk waktu pertama dulu. Baca sebelumnya >>  Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Pertama Apa pun, lain badan lain ragamnya. Yang penting para ibu pasti sentiasa nak beri yang terbaik pada anak dalam kandungan especially bab penjagaan makanan dan pengambilan vitamin, betul? 😍 "Adik baby dah besar! Dah masuk trimester kedua, mari ibu teropong, adik baby buat apa tu?" Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua Trimester kedua merujuk kepada bulan yang ke-4 sehingga bulan ke-6. Wah biasanya fasa ni mulalah berat badan nak naik la, terpaksa minum air gula la hihi. Yang pasti semua itu pengalaman yang indah belaka. ^^ Bulan Keempat Ini adalah peringkat pertumbuhan yang pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berk...

Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama

Tahniah, syukur alhamdulillah kepada mommies yang sedang tersenyum kegembiraan tika ini meraikan kandungan yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim. Sesungguhnya, tiada yang lebih gembira lebih dari mendapat khabar dari Allah akan menjadi seorang ibu kelak. 😍 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah."(Al- mu'minun : 12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ "Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim)."(Al- mu'minun : 13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kam...

Spina Bifida - CARA ELAK, Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

Spina Bifida, merupakan mimpi ngeri bagi setiap ibu terhadap anak mereka. Walaubagaimanapun, majoriti ibu mengambil remeh akan kehadiran spina bifida ini. Kali ini, Syaza akan cuba untuk sama-sama kongsi ilmu tentang spina bifida khas bagi ibu-ibu sekalian.

8 Makanan Wajib di Elak Ibu Hamil

Makanan Wajib Elak oleh Ibu Hamil Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil. Ini kerana apabila kita tahu untuk elak makanan tertentu ketika hamil, ia membantu untuk kesihatan diri kita sebagai ibu dan bayi yang di kandung. 

Makanan Ketika Hamil

Makanan Ketika Hamil Ketika hamil, kita perlu fokus terhadap pengambilan makanan sewaktu hamil. Pemakanan ketika hamil sangat penting dalam membekalkan nutrisi serta zat untuk perkembangan bayi. 

Segar Bertenaga Ketika Hamil

Bertenaga ketika hamil.  Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri.  Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk memastikan bayi yang berada dalam kandungan ceria selalu, ibu perlu ambil tahu antara cara nak bertenaga ketika hamil.