Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Kecantikan

Betul ke Kopi Punca Jerawat?

Kopi sangat sedap. Ada pelbagai jenis kopi dekat pasaran. Kopi segar, dah di campur susu, tambahan gula atau sirap dan lain-lain. Nama bagi setiap jenis bancuhan kopi ini juga berbeza. Di tambah dengan lambakan kedai kopi sama ada di tepi jalan mahu pun di dalam pusat membeli-belah, ianya seolah suatu kemestian untuk kita mendapat sendiri dan mencuba kopi. Begitu juga buat pencinta kopi yang kebanyakkannya memilih untuk ada mesin bancuhan kopi sendiri di rumah.  Namun begitu, sejak sekian lama kopi telah dikaitkan dengan masalah jerawat. Umum mengatakan bahawa kopi ialah punca utama jerawat. Sebenarnya ada faktor yang menyebabkan kopi itu boleh menjadi penyebab dan penyumbang kepada masalah jerawat. Antara faktornya ialah cara bancuhan, kekerapan pengambilan dan jenis kopi itu sendiri. 1. Kafein Apabila dah ada kopi jadi mesti wajib ada kafein. Kalau nak tahu kafein ini akan membuatkan kita sukar untuk tidur dan meningkatkan kadar stress dalam badan. Peningkatan st...

5 Tips Hilangkan Suntan Guna Barang Dari Dapur Rumah Je

Bila terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama, kulit boleh kelihatan lebih gelap berbanding kulit asal. Terutama bagi kita yang baru sahaja lepas beraktiviti di pantai, pulau, main snorkelling dan sebagainya. Seronok, dapat bercuti, dan bermandi manda. Tetapi, yang tak tahannya, lepas dah selesai seronok tadi, periksa muka kat cermin, "Aduhai! Gelapnya kulit aku,"  Masa ni, rasa malu sikit nak jumpa dengan orang. Tak pasal orang tegur, "Amboi baru balik mandi laut ke?" Baca Selanjutnya Apa Beza Sunburn dan Suntan? Sunburn Hilang Dalam Masa Sebulan Tak apa, jangan risau, pergi terus ke dapur rumah kita dan cuba 5 tips ini hanya dengan gunakan barang dari dapur rumah je tau. 5 Tips Hilangkan Suntan  1. Jus Kentang Hiris kentang. Perah kentang sehingga dapat airnya sahaja. Sapu airnya ke seluruh muka. Dah penuh satu muka, tinggal dan biarkan jus kentang tadi di atas muka sampai kering. kemudian bilas. 2. Serbuk Kunyit dan Tep...

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?

Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan . Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang . BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN.. Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap. Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV  Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing . Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit . SEMUA SEBAB MELANI...

5 Sebab Kita Perlu Kolagen Hari Ini

5 Sebab Kita Perlu Kolagen Hari Ini 1. Kolagen Bahan Utama Kulit yang Kukuh 30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, serta mengekalkan keanjalan kulit dan juga memastikan ikatan di bahagian dalam dan luar kulit, kuat! Keanjalan kulit akibat pengurangan kolagen dalam badan boleh berlaku kerana pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah kerana faktor umur. Pengambilan suplemen kolagen dalam menu suplemen harian akan membantu mengekalkan paras kolagen di tahap optimum. 2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi Kolagen membina blok asas untuk sendi dan ia memainkan peranan penting untuk menyokong sendi supaya lebih fleksibel. Di samping itu, kolagen kaya dengan asid amino yang bertanggungjawab memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif. 3. Kolegan Menghasilkan Rambut dan Kuku yang Sihat Rambut dan kuku kita sangat meme...

Nak Kulit Awet Muda? Elak 10 Hal Ini

Kulit awet muda idaman setiap insan tak kira lelaki atau perempuan. Tapi ada syaratnya, kena elak 10 perkara ni taw. 10 PERKARA WAJIB ELAK NAK NAMPAK AWET MUDA 1. Tidur Dengan Solekan (Make-Up) Tidur tanpa membersihkan kulit dari solekan akan menyebabkan kulit jadi 'berat' dan menyumbatkan liang pori. Malah kulit boleh cepat kering. Kedutan halus mudah muncul dan wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tak dapat ler awet muda macam tu. 2. Sembur Minyak Wangi di Leher Memang wangi tapi sangat tak sesuai untuk orang kulit kering dan sensitif. Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Cukup hanya sekadar semburan di pergelangan tangan sahaja. 3. Kurang Minum Air Masak Sifat suka minum air masak membantu untuk dapatkan kulit sihat awet muda yang diidamkan. Namun jika kita tak suka minum air masak, kulit akan dehydrated dan akan cepat nampak tua. 4. Tak Suka Makan Sayur Sayur adalah sumber anti-oksidan terbaik....

Betul Ke Kulit Berminyak Awet Muda?

Kita selalu dengar orang kata, untung siapa yang ada kulit berminyak ni. Sebab mereka lebih susah nak 'makan tua'. Wajah kekal awet muda. Malah kulit bertambah seri, glowing, kurang kedutan! Berbanding jenis muka yang lain, kulit berminyak sangat mudah untuk kekal awet muda. Persoalan dia sekarang, betul ke? Ya, betul! Ia bukan mitos. Memang kulit yang berminyak membantu kita untuk lebih kekal awet muda.  "Sisi positif kulit berminyak ialah ia melambatkan kehadiran kedutan lebih baik berbanding mereka yang mempunyai kulit jenis kering," nyata Dr Debbie Palmer seorang ahli dalam bidang dermatologi. Wow, syoknya macam ni. Lepas ni kita dah tak perlu nak merungut, perlu beli banyak kertas penyerap minyak semata sebab nak serap lebihan minyak di muka.  Sebenarnya, antara punca utama kulit kita cepat nampak tua dan penuh kedutan halus yang jelas ialah kerana kerosakan kulit akibat pencemaran alam sekitar dan juga sinaran matahari. Bagi kita ya...

Azie Korek 11 Rahsia Ibu Mertua Maintain Jelita Awet Muda

Siapa yang tak teringin, masa usia kian emas atau senja tapi maintain cantik jelita persis anak dara. Itu semua idaman setiap wanita. Kekal menjaga diri dan tetap cantik di mata suami. Malah menjadi role model terbaik bagi anak-anak dan juga menantu. Begitulah ibu mertua kepada Azie. Kalau nak tahu Azie pernah share tentang rahsia awet muda ibu mertuanya ini di laman Twitter miliknya dan telah mendapat ribuan shares di media sosial! Jadi, jom kita korek dan hadamkan sampai lumat rahsia awet muda ibu mertua Azie ini untuk kita sendiri jadikan amalan seharian kita. Firstly I want to introduce my MIL. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mentua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ini gambar mama dgn cucu-cucunya; my kids. My first son, Muhammad Adam Furqan - 2 tahun 7 bulan dan my second baby princess, Medina Safiyya - 7 bulan. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. Yes, kalau kami keluar sam...