Skip to main content

5 Sebab Kita Perlu Kolagen Hari Ini


5 Sebab Kita Perlu Kolagen Hari Ini

1. Kolagen Bahan Utama Kulit yang Kukuh

kenapa kita perlukan collagen
30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, serta mengekalkan keanjalan kulit dan juga memastikan ikatan di bahagian dalam dan luar kulit, kuat!

Keanjalan kulit akibat pengurangan kolagen dalam badan boleh berlaku kerana pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah kerana faktor umur. Pengambilan suplemen kolagen dalam menu suplemen harian akan membantu mengekalkan paras kolagen di tahap optimum.

2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

kenapa kita perlukan collagen

Kolagen membina blok asas untuk sendi dan ia memainkan peranan penting untuk menyokong sendi supaya lebih fleksibel. Di samping itu, kolagen kaya dengan asid amino yang bertanggungjawab memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif.

3. Kolegan Menghasilkan Rambut dan Kuku yang Sihat

kenapa kita perlukan collagen

Rambut dan kuku kita sangat memerlukan kolagen bagi mendapatkan kekuatan. Ciri anti-oksidan dari kolagen itu sendiri membantu melawan radikal bebas yang boleh membuatkan rambut cepat beruban dan kuku menjadi rapuh.

Apabila badan mempunyai kolagen yang mencukupi, ia dapat menghantar nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku, supaya rambut dapat tumbuh dengan sihat, berkilat, serta kuku menjadi lebih kuat!

4. Kolagen Berkurangan Setiap Tahun

kenapa kita perlukan collagen

Menurut seorang Pembantu Profesor Dermatologi di University of Pittburgh dan Pengrah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya.

Pengurangan ini membawa kepada penampakan garis halus, kedutan, kulit kering, dan kusam. Untuk mengurangkan kesan ini, kita perlu mengambil kolagen dari sekarang!

5. Kolagen Rosak Setiap Hari

kenapa kita perlukan collagen


Pendedahan kulit kepada radikal bebas seperti pencemaran alam sekitar dan sinaran UV terik mentari akan menyebabkan kolagen lebih cepat rosak hari demi hari. Ia memberi kesan buruk kepada kulit kita. Oleh itu kita perlu dapatkan sokongan tambahan bagi memastikan kandungan kolagen sentiasa cukup bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.


Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...