Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Awet Muda

Kekal Awet Muda Dengan 5 Tips Mudah Ini

5 Tips Nampak Muda Mudah 1. Rajin Senyum Tak dapat dinafikan lagi. Hanya dengan senyuman, kita akan nampak lebih muda! Apabila kita senyum, otot muka yang digunakan adalah lebih bermanfaat daripada bermasam muka. Senyuman juga merupakan senaman wajah yang paling mudah dilakukan. Jadi, senyum-senyumlah selalu. Kekalkan manis dalam senyuman, memang mudah nak nampak muda selalu. Baca : 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda 2. Sebar Kebaikan Tua atau muda, sentiasa beri dan sebarkan kebaikan. Sama ada kebaikan dari segi berkata, perbuatan mahu pun kedua-duanya sekali. Kerja penyebaran kebaikan akan membawa emosi yang baik kepada diri, mengekalkan kesihatan semasa dan boleh membantu menyerlahkan keceriaan pada wajah. Kerap membantu memberi kebaikan kepada seluruh persekitaran dan masyarakat agar kita lebih sihat dan kekal muda selamanya. Baca : Nak Nampak 10 Tahun Lebih Muda? Cuba 5 Bahan dari Dapur Rumah Anda Hari Ini 3. Sentiasa Berfikiran Posi...

9 Benda Lelaki Buat Nampak Awet Muda

Eh, bukan perempuan je tau nak nampak awet muda! Lelaki pun haruslah berusaha untuk maintain nampak muda. Nak tahu tips untuk kekal awet muda bagi seorang lelaki? Jom baca tips di bawah. 9 Tips Lelaki Awet Muda 1. Jaga Rambut Rambut juga merupakan mahkota lelaki. Semakin tua, lagi semakin perlu untuk lelaki menjaga perapian rambut. Zaman sekarang ada macam jenis fashion gaya rambut lelaki. Malah, botak juga dah jadi trend! Nak nampak muda selalu, pastikan rambut dikemaskan dengan rapi.  2. Trim Semua Benda Buang segala macam jenis bulu. Bulu ketiak, di kawasan private, dan kawasan yang memerlukan untuk di buang. Kekemasan dan kebersihan ini menjadikan lelaki senang sangat nak nampak muda remaja. Baca : Nak Nampak Awet Muda? Cuba 9 Makanan Ini 3. Cukur Jambang atau Tak Kebanyakan lelaki akan nampak lebih muda tanpa jambang dan misai. Muda 10 tahun pula tu. Namun, jika ingin mengekalkan jambang dan misai, tak nak cukur, ...

9 Makanan Untuk Kesan Kulit Awet Muda

Penuaan adalah normal. Tetapi ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu kita untuk tampak tua yang sihat, cantik berseri atau nama lainnya, awet muda!  9 Makanan Bantu Kulit Awet Muda 1. Minyak Zaitun Minyak zaitun ialah salah satu lemak yang paling sihat di dunia. Kajian menunjukkan ia boleh mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan usia. Malah, ia menurunkan tekanan darah , merendahkan risiko penyakit jantung, mencegah masalah metabolisma serta membantu di dalam melawan kanser. Di samping itu minyak zaitun juga memberikan kulit yang kelihatan lebih muda . Kajian yang dilakukan menunjukkan, minyak zaitun memiliki sifat anti radang yang kuat. Sifat ini memberi fungsi untuk melindungi kulit kita dari kerosakan matahari. Tambahan pula, hampir 73% minyak zaitun mengandungi lemak baik yang berkait rapat dalam keanjalan kulit. Dua penyelidikan yang dijalankan ke atas rekod makanan dan soal jawab yang di ambil dari golongan usia pertengahan serta warg...

Nak Nampak 10 Tahun Lebih Mudah? Guna 5 Bahan Ini.

Siapa yang tak nak nampak muda selamanya, betul? Kegilaan ini membawa kita bukan saja sanggup mendapatkan rawatan seperti botox malah termasuklah rawatan yang pelik seperti facial muka dengan lintah dan sebagainya. Tapi ramai lupa sebenarnya ada banyak bahan semulajadi yang kita boleh guna untuk dapatkan kulit yang 10 tahun lebih muda dan semua bahan itu ada di depan mata kita. Tinggal nak gunakan sahaja. #1 Jus Lemon Mengurangkan Tanda Penuaan Kandungan Vitamin C dalam lemon merupakan antioksidan yang kuat. Di samping itu, lemon berfungsi untuk mengurangkan tanda penuaan awal seperti kulit merekah dan bintik penuaan dan mengekalkan kulit awet muda. Cara menggunakan jus lemon ini sangat mudah. Perah lemon dan dapatkan jus, biarkan di atas kulit wajah selama 15 minit setiap hari, kemudian basuh kulit muka dengan air sejuk. Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan 1 sudu teh jus lemon dengan 1 setengah sudu teh susu dan 1 sudu teh putih telur. Gaulkan semua bahan ini dan l...

8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda

8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda  1. Teh Hijau Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan dan persekitaran. Ia juga kaya dengan sumber catechins yang terbukti membantu untuk mengelakkan tisu badan rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel badan dan tisu yang akan menyebabkan terjadinya penuaan awal. Oleh itu pengambilan teh hijau mampu membantu untuk memberikan kulit yang lebih muda. 2. Koko Koko merupakan senarai wajib yang perlu diletakkan di dalam minuman awet muda kita. Koko digunakan untuk menghasilkan coklat, ubatan, makanan dan juga pelbagai minuman kecantikan seperti yang terdapat di pasaran kebanyakkannya. Minuman koko kaya dengan flavonols yang terkenal dalam melancarkan aliran darah. Mengekalkan keremajaan dan kesihatan aliran darah dalam badan kita membantu mengu...