Skip to main content

Nak Nampak 10 Tahun Lebih Mudah? Guna 5 Bahan Ini.

rahsia awet muda cara tradisional

Siapa yang tak nak nampak muda selamanya, betul? Kegilaan ini membawa kita bukan saja sanggup mendapatkan rawatan seperti botox malah termasuklah rawatan yang pelik seperti facial muka dengan lintah dan sebagainya. Tapi ramai lupa sebenarnya ada banyak bahan semulajadi yang kita boleh guna untuk dapatkan kulit yang 10 tahun lebih muda dan semua bahan itu ada di depan mata kita. Tinggal nak gunakan sahaja.

#1 Jus Lemon Mengurangkan Tanda Penuaan

Kandungan Vitamin C dalam lemon merupakan antioksidan yang kuat. Di samping itu, lemon berfungsi untuk mengurangkan tanda penuaan awal seperti kulit merekah dan bintik penuaan dan mengekalkan kulit awet muda. Cara menggunakan jus lemon ini sangat mudah. Perah lemon dan dapatkan jus, biarkan di atas kulit wajah selama 15 minit setiap hari, kemudian basuh kulit muka dengan air sejuk.

Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan 1 sudu teh jus lemon dengan 1 setengah sudu teh susu dan 1 sudu teh putih telur. Gaulkan semua bahan ini dan letakkan di wajah selama 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk.

Selain itu, gabungan lemon dan madu juga merupakan remedi efektif bagi melambatkan proses penuaan dari luar kulit kerana madu ada fungsi untuk melembapkan kulit. Gaul bersama 1 sudu teh madu dan jus lemon, urut lembut di sekitar kawasan muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. 

#2 Santan Melembapkan Kulit Kering

Kulit kering adalah punca utama yang menyukarkan urusan nak bagi kulit nampak lagi muda. Gunakan santan bagi melembapkan kulit yang kering kerana santan mengandungi banyak jenis vitamin dan mineral. Kebolehannya ialah dalam melembapkan kulit dan menjadikan kulit lembut, anjal berseri. Kukur kelapa dan dapatkan santan daripadanya. Ratakan santan ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Boleh dapatkan santan segar dari pasar berdekatan kita.

#3 Betik Untuk Kulit Anjal

Kita mesti tahu yang betik ini baik untuk kesihatan mata kerana ia mengandungi banyak kandungan Vitamin A. Bukan itu sahaja, Vitamin A serta antioksidan yang terkandung di dalam betik memberi kelebihan untuk kulit yang lebih muda dan anjal. Malah, enzim di dalam betik iaitu papain boleh menghapuskan sel kulit mati dan menggantikannya dengan kulit baru yang lagi tegang. Untuk menghasilkan masker betik; potong betik dalam beberapa keping. Gunakan betik yang dah masak dan tumbuk kepingan tadi sampai menjadi pes. Ratakan pes masker betik di atas kulit muka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

#4 Ros Ketatkan Kulit

Air bunga ros, atau air ros adalah pencuci muka yang terbaik di dalam membersihkan pori tersumbat muka kita. Ia juga mempunyai tindak balas astringen yang bermaksud membantu mengetatkan kulit muka dan menganjalkannya sekaligus mengurangkan masalah sembab di bawah mata. Gaulkan 2 sudu teh air ros dengan 3-4 titik glycerine dan setengah sudu teh jus lemon. Ratakan campuran ini menggunakan pad kapas sebelum tidur. 

#5 Timun dan Yogurt Pek Semulajadi Kembalikan Keremajaan Kulit

Mata sembab dan lingkaran hitam bawah mata menyebabkan kita akan nampak lebih tua. Timun membantu mengurangkan masalah ini di samping ia mempunyai kelebihan dalam menyegarkan kulit wajah. Yogurt pula mempunyai asid laktik yang bertanggungjawab membuang sel kulit mati dan mengembalikan kulit yang lebih remaja.

Sediakan masker dua bahan ini dengan menggaul separuh cawan yogurt bersama 2 sudu teh timun yang telah di racik halus dan sapu pada seluruh wajah. Selepas 20 minit bilas menggunakan air suam. Gunakan pek ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan muda.

Kesimpulan

Sementara aplikasi masker muka dari luaran ini mampu menolong untuk mengelakkan kita dari terkena penuaan awal, adalah perlu kita tahu bahawa bagi mengembalikan keremajaan kulit sebenar, semuanya bermula dari dalam. Ambil makanan dengan nutrisi sebenar seperti perbanyakkan buah, sayur, minyak ikan dan juga kekacang seperti almond dan walnut yang kaya dengan sumber antioksidan. Pastikan sebelum kita cuba pelbagai rawatan alternatif seperti botox di luar sana, kita usaha untuk cukupkan nutrien harian kita kerana kulit yang sihat datang dari badan yang sihat! Bagi yang sedang serius mencari produk suplemen sesuai dan selamat untuk kulit awet muda boleh baca di sini.


Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...