Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Testimoni Set Berat Badan

20 Tips Tingkatkan Selera Makan Anak

20 Tips Tingkatkan Selera Makan Anak Berhadapan dengan anak kita yang agak kurang selera makan, sangat meresahkan hati kita. Anak yang tak ada selera makan, akan makan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kadangkala agak memilih makanan. Bila jadi macam ni, kita sebagai ibu bapa akan risau, tentang nutrisi dan zat yang anak akan dapat kalau cuma makan sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, be happy. Ada jalan dia yang kita boleh guna untuk tingkatkan selera makan anak. Berikut adalah 20 tips yang dicadangkan dapat membantu untuk meningkatkan selera makan anak. 1. Wajib Sarapan Sarapan adalah menu utama yang wajib dan perlu sentiasa dimasukkan dalam jadual rutin pemakanan anak. Sarapan seimbang akan meningkatkan selera makan anak selepas sesi 'puasa' malam hari waktu tidur. Pastikan, anak mendapat sarapan setiap kali sejurus selepas bangun dari tidur. 2. Beri Air 30 Minit Sebelum Makan Kanak-kanak memerlukan air terlebih dahulu...