Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Testimoni

7 Punca Berak Berdarah - Awas dengan Nombor 7!

Punca Berak Berdarah Ramai malu menyatakan masalah ni. Berak berdarah. Malah ada yang ambil jalan mudah mendiamkan diri tak berjumpa dengan doktor sehingga mengakibatkan masalah yang lebih besar.  Kita semua tahu bahawa berak berdarah sangat sinonim dengan buasir . Permulaan buasir bermula dengan pendarahan najis .  Walaubagaimanapun, hakikatnya buasir hanyalah salah satu dari punca berak berdarah. Hakikat sebenar, terdapat sekurang-kurangnya tujuh (7) punca berak berdarah ini.  7 Punca Berak Berdarah 1. BUASIR (Haemorrhoids) Secara amnya buasir ialah fenomena di mana pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi anus (lubang dubur) luka . Pendarahan selalu berlaku bagi mereka yang sering mengalami sembelit atau kesukaran untuk membuang air besar.  Darah dari buasir bersifat selalunya jenis fresh dan tidak bercampur dengan najis serta menitis selepas buang air besar.  Selain dari itu, seseorang juga dapat merasakan terdapat ben...