Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Wanita

8 Punca Haid Tak Teratur dan 8 Cara Mengatasi Haid Tak Teratur

Bagi sesetengah wanita, haid mereka normal, datang dalam masa yang ditetapkan. Namun, ada sesetengah yang tak mempunyai kitaran haid yang teratur dan sempurna. Waktu tak teratur ni, stress pun boleh datang. Mula macam-macam kita fikir. Especially kita akan fikir yang kita ni sakit ke? Dulu, waktu zaman study dekat USM, sorang housemate Syaza, dia ada masalah haid tak teratur yang sangat teruk. Haid dia tu, kalau tak datang, dalam tempoh lama sangat. Dan kalau datang, pun lama. Lebih 2 minggu! And part paling tak tahannya, kesian kalau tengok dia menanggung senggugut. Haid maksimum 2 minggu sahaja. Lebih dari tu, adalah darah kotor atau istihadhah. Cara nak sucikan darah istihadhah pun ada syarat-syaratnya. Ini menurut pandangan Imam Syafie rahimahullah. Menurut seorang Professor Klinikal bernama Dr Amy Auntry di Jabatan Obstetrics-Gynecology and Reproductive Sciences di University of California, San Fransisco, "Sekurang-kurangnya, 30 peratus wanita mengalami masalah ...