Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Sihat

Ketahui 7 Kelebihan Zink Untuk Wanita Hari Ini

Mineral penting zink diperlukan wanita untuk kekal sihat. Walaupun keperluan zink ini cuma sedikit, tapi ia mampu untuk berikan banyak kebaikan. 7 Kebaikan Zinc Untuk Wanita 1. Rambut Kuat dan Berkilau Zink diperlukan bagi pertumbuhan sel, menyokong penghasilan sel yang optimum. Struktur rambut menjadi lebih kuat dengan kecukupan pengambilan zink dalam kehidupan harian wanita. Malah ia turut menyumbang untuk proses folikel rambut yang sihat selain daripada mempercepat penghasilan folikel rambut. Masalah rambut gugur dapat dielakkan dan meningkatkan pertumbuhan rambut. 2. Kulit Cantik dan Berseri Sifat zink yang anti keradangan membantu mencegah masalah kulit akibat radang seperti jerawat. Ia meninggalkan kulit yang berseri dengan meningkatkan pembaharuan sel serta mempercepat penyembuhan luka pada kulit seperti kesan luka selepas memicit jerawat. 3. Permulaan yang Sihat Zink bekerja bersama dengan enzim lain untuk mengekalkan taraf kesihatan sistem reproduk...

7 Manfaat Luar Biasa Zink

Gelaran mineral lelaki macho yang di beri sesetengah orang menyebabkan Zink begitu popular dalam kalangan lelaki terutama sekali. Ada juga yang menggelarkan sebagai nutrien yang baik untuk sel dan membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Walau apa pun gelaran yang Zink dapat, ia sememangnya mineral yang mujarab dan berkesan dalam memberikan pelbagai manfaat kesihatan, tidak kira sama ada untuk lelaki mahu pun wanita. 7 Manfaat Luar Biasa Zink 1. Meningkatkan Kesihatan Imun Para penyelidik mendapati bahawa zink membantu di dalam memberi kawalan terhadap keradangan.  Mengurangkan tempoh masa seseorang selesema Memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel imun untuk berfungsi secara optimum 2. Rambut Kuat dan Berkilau Zink sangat penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel sihat dan bagi prestasi badan yang dapat berfungsi sempurna. Menyokong struktur rambut yang lebih kuat Membina folikel rambut yang sihat Meningkatkan kadar pertumbuhan rambut Men...

4 Manfaat Utama Vitamin C

Vitamin adalah nutrien asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk melancarkan pelbagai proses biokimia dan fisiologi kita. Umum mengetahui bahawa kebanyakan vitamin tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan kita perlu dapatkannya daripada pemakanan harian dan melalui pengambilan suplemen. Antara jenis-jenis vitamin ialah Vitamin larut air (Vitamin C & B) Vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) Bagi vitamin jenis larut air yang merupakan keperluan utama seharian kita, Vitamin C, mudah untuk teroksida dan dimusnahkan oleh oksigen, alkali dan suhu tinggi. Selain itu, Kebanyakan tumbuhan dan haiwan mampu menghasilkan Vitamin C sendiri bagi kegunaan badan mereka. Namun, sebaliknya untuk manusia yang tidak boleh hasilkan Vitamin C sendiri bagi keperluan tubuh badan. Kita, memerlukan tidak lebih dari, 2,000 mg Vitamin C sehari . Kekurangan Vitamin C dalam diri kita, boleh menyebabkan keadaan badan yang lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan.  4...

6 Makanan Terbaik Untuk Penghidap Kencing Manis

Kawalan ke atas kencing manis adalah sangat perlu bagi mengelakkan ianya semakin teruk dari hari ke hari. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu apa makanan terbaik yang boleh kerap di ambil bagi penghidap kencing manis. Di sini, disenaraikan 10 makanan terbaik untuk mereka yang ada kencing manis. Walaubagaimanapun, sebenarnya, ada banyak lagi makanan lain yang boleh di cuba rasa oleh penghidap kencing manis di luar sana. Asalkan ianya sesuai untuk di makan oleh pesakit diabetes ini. 6 MAKANAN TERBAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS 1. Sayuran Hijau Sayuran hijau kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien. Ia juga hanya memberi kesan minimum ke atas paras gula dalam darah. Antara sayuran hijau yang wajib di ambil dalam diet harian penghidap kencing manis ialah bayam, kale yang kaya dengan potassium, vitamin A dan juga kalsium. Malah ia turut menyediakan protein dan fiber dalam diet harian. Kajian mendapati, dengan mengamalkan sayuran hijau ini, ia akan membantu untuk pesak...

11 Punca Utama Risiko Dapat Kencing Manis

Bila sebut je kencing manis, yang akan kita terus secara automatik terbayang confirm, potong kaki, air manis, cucuk insulin, dan luka bernanah. Mesti ada salah satu ni kita terus terbayang bila sebut je pasal kencing manis. Lagi power, kalau kita terus terbayang semua! Maksudnya kita dah sangat arif dan terdedah dengan kencing manis ni. 😥 Salah satu sebab dia, adalah mak, ayah, pakcik, makcik kita semua ada kencing manis. Tak lain, tak bukan, keturunan, senang cerita semua ada sejarah kencing manis. 😄 Walaubagaimanapun, adakah kencing manis ni semata-mata sebab dari keturunan sahaja? Inilah yang kita perlu tahu. Kencing manis ni terbahagi kepada 3 yang utama. Sebelum kita tahu apa 3 utama kencing manis ni, elok untuk kita sentiasa alert dan waspada, bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, sangat terdedah dengan risiko kencing manis. Sebab, Malaysia adalah negara Asia yang mempunyai penghidap kencing manis tertinggi. Bukan itu sahaja, malah Malaysia adalah negara tertinggi d...

15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis

Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan baik. Kira-kira hampir 2.5 juta dewasa Malaysia, berumur lingkungan 18 tahun dan ke atas disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di dalam rekod Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) . Malah, separuh daripadanya langsung tidak sedar bahawa mereka sedang mendapat penyakit kencing manis ini. Hal ini kerana, kebanyakan kencing manis terutama kencing manis dari jenis 2, langsung tidak memberi sebarang tanda kepada pesakit sehingga sampai pada waktu pesakit mendapat terus serangan yang lebih kronik seperti strok, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Malah, lebih teruk lagi, ialah buta dan juga kematian....

3 Jenis Kencing Manis Diabetes Utama

"Potong kaki minum air ni!" seloroh Cik Mat pada kawannya. Dialog ini selalu kita dengar di warung, tentang manisnya suatu minuman sehingga dikaitkan dengan 'potong kaki' yang dikiaskan sebagai penyakit kencing manis ini. Kenapa 'potong kaki' dikaitkan dengan kencing manis? Sebab, di saat kritikal diabetes, kebiasaan untuk mendapat risiko potong kaki sangat tinggi. Kencing manis, ada 3 jenis yang utama selalu dihidapi rakyat Malaysia.  Penyakit ini berlaku apabila tubuh tidak lagi mampu untuk menjalankan fungsi insulin secara normal, dan paras gula di dalam darah adalah sangat tinggi berbanding di dalam sel badan. Antara punca yang selalu dikaitkan dengan diabetes atau kencing manis ini ialah makanan manis dan keturunan. Namun, terdapat juga punca lain yang dikenalpasti sebagai punca seseorang mudah mendapat sakit kencing manis ini. Malaysia mempunyai statistik pesakit kencing manis tertinggi di Asia! Malah, antara yang tertinggi di dunia sel...

10 Jenis Makanan Sumber Kalsium Vegetarian

Ada tak dalam ni yang vegetarian? Vegetarian ni ada banyak jenis. Ada yang totally 100% makan sayur sahaja! Tak ada langsung daging, dan even bahan-bahan yang ada kaitan dengan daging, ikan or ayam pun diorang tak makan. Contohnya, macam telur. Selain dari tu, ada yang vegetarian tapi masih makan daging atau ayam cuma tak makan daging merah. But, basically, vegetarian means, makanan harian utama ialah, sayuran dan buah. Walaupun begitu, vegetarian ni selalu terdedah kepada risiko kekurangan nutrien terutama kalsium. Sebab dalam sayur dan buah, tak cukup kandungan kalsium harian yang diperlukan tubuh badan kita. Malah, sayur dan buah itu sendiri, dalamnya ada kandungan kalsium yang sangat sedikit, atau hampir tiada! Kalau badan kita kurang kalsium, ada bermacam penyakit dan akibat yang kita boleh dapat antaranya ialah Masalah susah tidur (insomnia) Kaki tangan mudah kebas dan kejang Otot lemah Mudah terdedah kepada osteoporosis Tulang rapuh Stress Baca selanjutny...

[Tahukah Anda] 4 Fakta Vitamin C

Badan kita tak boleh hasilkan Vitamin C sendiri Info menarik! 4 fakta utama Vitamin C paling asas yang kita semua kena tahu. Syaza yakin dan pasti ramai yang belum tahu tentang fakta-fakta asas ni. Jom kita tahu sama-sama, sebab Syaza pun baru tahu! Eh, banyak pulak tahu-nya 😋 Kenapa penting untuk kita tahu fakta ni? Sebab, supaya kita jelas dan tahu dengan ilmu kenapa dan mengapa Vitamin C ni sangat penting bagi keperluan tubuh badan kita. Bila dah tahu dengan jelas, jadi, kita pun lebih gembira dan tak akan miss Vitamin C everyday! 😍 Ok, jom kita check it out sama-sama. [Tahukah Anda] 4 Fakta Vitamin C Merokok akan menyebabkan sel darah merah rosak, yang akhirnya membawa kepada strok dan serangan jantung berisiko tinggi. Perokok memerlukan Vitamin C yang lebih setiap hari (dinasihatkan untuk berhenti rokok). Dengan mengambil Vitamin C setiap hari, ia membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan juga tekanan darah tinggi. Vit...

10 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan

Ada banyak kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga bunuh orang lain akibat kesan kemurungan melampau. Please, jangan ambil remeh kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau kenalan kita yang kita lihat ada tanda-tanda murung ni. Hulurkan bantuan untuk dengari mereka. Tips berhadapan dengan pesakit murung: Banyakkan mendengar Elak judge dan hakimi mereka di hadapan mereka dan di belakang Bawa mereka berjumpa pakar psikiatri Kenalpasti punca depression tersebut [melalui sesi luahan-dengar] Kemurungan bukan akibat tak cukup solat, tak baca Quran dan yang sewaktu dengannya. Ianya adalah penyakit! Macam sakit-sakit yang lain. Sakit jantung, demam, sakit kencing manis. Ibaratnya begitulah. Ianya satu jenis penyakit yang boleh dihadapi oleh semua jenis orang dan lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan umur. Senang cerita, Pak Lebai, pun boleh murung dan depress! Walaupun secara zahir kita kata seseorang tu nampak kuat iman gitu. Kerana, murung ni sejenis...