Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info Kecantikan

10 Punca Kulit Kusam

Pernah tak kita tengok cermin dan rasa kulit kita nampak kelam dan agak kelabu? Ini salah satu tanda kulit kusam. Sebelum kita nak atasi kulit kusam ni, penting untuk tahu sebenarnya apa punca kulit jadi kusam. Lepas dah tahu baru kita boleh faham dan tahu apa nak buat untuk elak dan atasi masalah kulit yang kusam ini. Apa itu Kulit Kusam ? Kulit kusam ialah kulit yang tak lagi nampak cerah atau berseri. Malah, kulit nampak tua, dan mendatar, tak bermaya. Warna kelabu akan keluar bila dah terlalu teruk. Secara asas, kulit kusam lawan kepada kulit sihat yang nampak remaja, bersinar dan berseri. 10 TANDA AWAL KULIT KUSAM Anda rasa ada masalah kulit kusam tapi tak pasti betul atau tidak? Di bawah ialah 10 tanda awal kulit anda kusam. 1. Kulit Tua Semakin kulit matang, kebolehannya untuk memperbaharui lapisan sel, bergerak perlahan. Menyebabkan sel mati akan berkumpul dengan banyak di dasar kulit. Hasilnya, warna pink natural terkubur di dalam lapisan kulit dan m...

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?

Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan . Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang . BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN.. Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap. Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV  Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing . Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit . SEMUA SEBAB MELANI...

Sebelah Muka Je Jadi Tua!

William McElligott, berusia 69 tahun telah disahkan terkena sindrom UNILATERAL DERMATOHELIOSIS . Beliau merupakan seorang pemandu lori dan kulit muka di sebelah kirinya selalu terdedah kepada matahari (melalui tingkap lori) selama 28 tahun! Unilateral bermaksud, bahagian sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan. Manakala Dermatoheliosis bermaksud proses penuaan kulit disebabkan sinaran UV (photoaging). Perubahan kulit akibat proses penuaan kesan dari sinaran UV yang hanya terjadi pada sebelah bahagian sahaja. Kesimpulannya, marilah kita melindungi kulit kita dari terkena penuaan awal kesan sinaran UV dengan cara menggunakan pelindung tabir suria atau sunscreen protector sama ada ketika di dalam atau di luar rumah.