Skip to main content

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?

Kita selalu dengar dan baca tentang sunburn tapi kita jarang dengan serta baca tentang suntan. Sebab, di Asia, amat jarang untuk orang Asia nak dapatkan suntan, kerana kulit kita kebanyakannya dah sedia tan atau warna sawo matang.

BEZA UMUM SUNBURN SUNTAN..

Sebenarnya, sunburn dan suntan ada perbezaanya. Secara umumnya, sunburn ni, kulit akan jadi kemerahan, dan biasanya menyerang mereka yang berkulit cerah. Manakala, suntan pula adalah keadaan kulit menjadi lebih gelap dari kulit asal dan biasanya menyerang mereka yang berkulit gelap.

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?
Sunbathing : Sengaja mendedahkan diri dengan UV 
Di negara 4 musim, apabila tiba waktu musim panas, kebanyakan mereka yang berkulit cerah nak rasa perasaan memiliki kulit yang lebih gelap. Jadi mereka suka mendedahkan diri dengan matahari di tepi pantai untuk mendapatkan suntan. Nama lainnya ialah sunbathing. Namun semua ini hanya mendedahkan kepada risiko penyakit kulit atau lebih teruk, kanser kulit.

SEMUA SEBAB MELANIN..

Setiap dari kita mempunyai kandungan melanin yang berbeza. Melanin adalah ejen yang bertanggungjawab memberikan warna kulit kita. Seseorang yang berkulit gelap mempunyai kandungan melanin yang tinggi. Manakala, mereka yang mempunyai kulit cerah memiliki kandungan melanin yang rendah dan sedikit.

apa itu melanin

CARA MELANIN BEKERJA..

Berikut adalah cara macam mana melanin menyebabkan kulit kita burn atau tan :

  • Kebiasannya badan kita buat melanin untuk melindungi lapisan kulit paling dalam daripada rosak
  • Apabila kulit rosak kerana cahaya matahari, melanin akan terhasil lebih banyak daripada biasa untuk melindungi kulit daripada rosak lagi. Ini yang menyebabkan warna kulit berubah warna
    • Mereka yang berkulit gelap akan lebih gelap, atau tan jika terdedah cahaya matahari
    • Mereka yang berkulit cerah akan menjadi kemerah-merahan, atau burn jika terdedah kepada cahaya matahari.


Selain dari suntan atau sunburn, ada juga mereka yang mendapat tompokan tak sekata atau freckles. 

kandungan melanin kulit cerah dan gelap
Melanin kulit cerah lebih sedikit berbanding kulit gelap
Dan jangan fikir, walauapun kita ada kulit yang semulajadi gelap atau tak pernah burn dan sentiasa tan, kulit kita takkan rosak. Kita tetap ada potensi untuk memiliki kulit yang rosak sekiranya tidak memakai sunscreen atau sunblock apabila keluar rumah. 

Apa Beza Sunburn Dengan Suntan?
Macam udang terbakar!

Jadi lepas ni, kita cuba periksa kulit masing-masing. Selepas seharian main pantai, kulit jadi merah macam udang terbakar atau kulit lebih gelap? Kalau macam udang merah, sunburn. Kalau lebih gelap, kena suntan la tu. 

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...