Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Agama

Ayat Al-Quran Pilihan #3 : Al-Ankabut (Ayat 19 & 20)

Al-Ankabut adalah surah yang ke 29 dalam Al-Quran. Hari ini Syaza nak kongsi kepada semua tentang ayat yang ke 19 dan 20 dalam surah ini. Ayat-ayat ini menceritakan tentang bagaimana Allah memberitahu agar kita sentiasa berfikir mengenai kejadian manusia. Bagi seseorang yang mempunyai akal fikiran, cuba kita berfikir sedalamnya, kejadian manusia itu adalah antara kebesaran Allah dan bukti Allah itu wujud yang tidak dapat di sangkal lagi. Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah. Sehebat mana pun manusia itu, tidak ada lagi yang mampu mencipta manusia. Yang ada -- robot! Itu pun banyak masalah yang terjadi dalam penghasilan robot. Bagi yang pernah mengandung, bersalin, fikir sedalamya, Maha Suci Allah -- Subhanallah, yang telah menciptakan seorang manusia. Duduk di dalam rahim ibu selama mana w...

Ayat Al-Quran Pilihan #2 : Al-Qasas (Ayat 78-79 dan 81)

Kali ini Syaza nak share pada semua pembaca yang dikasihi ayat pilihan dari Surah Al-Qasas, surah yang ke-28.  Pembaca semua pernah dengar perkataan harta karun? Harta karun maksudnya harta yang banyak dan kaya. Nak tahu tak sebenarnya harta karun itu memang wujud. Dalam pelbagai siri filem dan drama oleh luar daripada Malaysia terutamanya US, mereka banyak membuat filem yang menceritakan tentang pencarian harta karun ini. Qarun, merupakan seorang manusia yang sangat kaya ketika di zaman Nabi Musa as. Kekayaan Qarun ini sehinggakan, kunci untuk membuka gudang miliknya, sangat besar dan perlu di bawa oleh ramai orang hanya untuk membuka gudangnya. Namun begitu, Qarun telah kufur nikmat kepada Allah dan sombong. Dia menganggap bahawa kekayaan yang dia miliki adalah atas usaha dia sendiri tanpa pertolongan daripada sesiapa pun termasuklah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Ertinya : Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah diseba...

Ayat Al-Quran Pilihan #1 : Al-Qasas (Ayat 71-73)

Hari ini Syaza nak share tentang ayat pilihan dari surah Al-Qasas iaitu ayat 71 hingga 73. Ayat ini sangat related dengan kehidupan seharian kita! 💓😇 Ayat pilihan kali ini, membawa kita kepada tentang pertanyaan Allah kepada kita mengenai siang dan malam. Untuk kita sama-sama berfikir.  Dalam ayat 71 ini, sangat direct pertanyaan Allah, kalau malam tu Allah terus jadikannya tanpa siang, agak-agak macam mana? Mesti kita sendiri yang duduk dalam dunia ni stress je kan? Haha Yela malam, gelap gelita, tak ada cahaya langsung! Stress. Duduk dalam bilik gelap lama-lama pun rimas. Habis tu takkan nak tidur je? Kalau pergi kerja pun, kena buka lampu? Bil eletrik makin mahal-lah macam tu. Siang tak wujud maknanya matahari tak berfungsi sangat. Ish! Kalau difikirkan, macam tu la. Dan dalam erti yang tersirat lainnya, kalau Allah tak datangkan sinar hidayah pada kita, agak-agak macam mana hidup kita? Tak ada cahaya hidayah dari Allah, gelaplah dunia kita. Terkapai-kap...