Skip to main content

Ayat Al-Quran Pilihan #1 : Al-Qasas (Ayat 71-73)

Hari ini Syaza nak share tentang ayat pilihan dari surah Al-Qasas iaitu ayat 71 hingga 73. Ayat ini sangat related dengan kehidupan seharian kita! 💓😇

siang dan malam

Ayat pilihan kali ini, membawa kita kepada tentang pertanyaan Allah kepada kita mengenai siang dan malam. Untuk kita sama-sama berfikir. 

Dalam ayat 71 ini, sangat direct pertanyaan Allah, kalau malam tu Allah terus jadikannya tanpa siang, agak-agak macam mana? Mesti kita sendiri yang duduk dalam dunia ni stress je kan? Haha

Yela malam, gelap gelita, tak ada cahaya langsung! Stress. Duduk dalam bilik gelap lama-lama pun rimas. Habis tu takkan nak tidur je? Kalau pergi kerja pun, kena buka lampu? Bil eletrik makin mahal-lah macam tu. Siang tak wujud maknanya matahari tak berfungsi sangat. Ish!

Kalau difikirkan, macam tu la. Dan dalam erti yang tersirat lainnya, kalau Allah tak datangkan sinar hidayah pada kita, agak-agak macam mana hidup kita? Tak ada cahaya hidayah dari Allah, gelaplah dunia kita. Terkapai-kapai.

Dengarlah setiap hidayah yang Allah dah kirimkan pada kita dan grab peluang tersebut untuk melayakkan kita menjadi insan yang bertaqwa dan tidak mensiakan nikmat hidayah tersebut.


قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَآءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?" (Al-Qasas 28:71)

Ayat 72 pulak, Allah bertanya macam mana kalau siang tanpa malam? Ok, lagi stress haha. Allah juga berkata dalam ayat ini untuk kita memerhatikan kejadian-kejadian alam ini. Supaya di situ kita boleh berfikir dan akhirnya jumpa kebesaran Allah yang tiada tolok bandingnya.

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ ٱللَّهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Al-Qasas 28:72)

Ayat 73, Allah terangkan kembali kenapa ada siang dan kenapa ada malam. Antara sebabnya ialah
🔷 Siang untuk mencari kurniaan Allah (bekerja)
🔷 Malam untuk berehat

وَمِن رَّحْمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. (Al-Qasas 28:73)

Dan, kita semua perlu bersyukur kepada Allah dengan sebenar-benar syukur. Syukur paling mudah adalah dengan mengucapkan 'Alhamdulillah'.

Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...