Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Penyusuan Ibu

5 Langkah Mudah Beri Stok Susu Pada Anak

5 Langkah Mudah Beri Stok Susu  1. Keluarkan Pek Susu Keluarkan pek susu beku bergantung pada kepeluan anak anda. 2. Cairkan Susu Untuk cairkan susu, rendam dalam semangkuk air atau lakukan bawah air paip. 3. Letak Botol Tuang susu yang dah dicairkan ke dalam botol susu. 4. Panaskan Susu Panaskan susu menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuk air suam. Nisbah air ialah secawan air panas bersama setengah cawan air sejuk. 5. Periksa Suhu Periksa suhu susu sebelum beri pada anak anda. Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk, Ingin tambah susu badan ?  Baca tips di sini  : Susu badan sikit dalam pantang, apa nak buat? Set Milk Booster Shaklee Penyusuan Ibu Kali Pertama 10 Makanan Milk Booster Terbaik Set Menyusu Shaklee

Kenapa Syaza Memilih Breastfeeding?

Kenapa ya? Kenapa Syaza pilih untuk breastfeed berbanding beri anak Syaza susu formula? :) Pada diri Syaza sendiri, Syaza pilih breastfeed anak Syaza kerana dia adalah anak Syaza, dan Syaza di tuntut dan digalakkan untuk beri kepada anak Syaza the most nutritious milk in the world; susu ibu. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Surah Luqman : Ayat 14 Siapa yang galakkan? Islam itu sendiri menggalakannya. Bertepatan dengan ayat di atas, tempoh cerai susu adalah dalam masa dua tahun. Sebab tu Allah cipta breast :) Fungsi breast semestinya untuk menghasilkan susu. Maka, secara automatik, susu itu hak anak. Apa hukum kala...

4 Mitos Milk Booster

Mitos adalah lawan kepada fakta. Dalam penggunaan milk booster, juga tidak lari dari beberapa mitos. Ibu wajib tahu supaya para ibu sentiasa berhati-hati terutama dalam pemilihan milk booster terbaik. 4 Mitos Milk Booster 1. Milk Booster 100% Membantu Ini mitos pertama. Milk booster membantu sebanyak 30% dalam menghasilkan susu badan. Lebih 70% adalah usaha dan teknik ibu. Tanpa usaha dan teknik, milkb ooster berseorangan tidak akan berjaya. Ia ibarat, ada kunci kereta tetapi tidak start enjin kereta. Adakah kereta boleh berjalan tanpa start enjinnya?  Kunci = Milk booster Start Enjin = Teknik Penyusuan Kereta Berjalan = Penghasilan susu Mudah, analogi ini.  Teknik yang paling asas wajib ibu perhatikan dalam penyusuan badan ialah : Demand & Supply Kosongkan payudara selalu [pam/susu anak kerap] Elak bengkak susu secara sengaja Mulakan penyusuan awal 2. Milk Booster Hanya Protein Ramai beranggapan hanya protein dalam ben...

10 Makanan Milk Booster Terbaik Banyakkan Susu Badan

Nak tahu, nama lain bagi milk booster adalah galactagogues yang membawa maksud, makanan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, atau susu badan. Ada 10 jenis makanan yang paling terbaik, boleh dijadikan pilihan sebagai milk booster harian. Kenapa yang terbaik? Kerana selain dari memberi dan meningkatkan penghasilan susu, ia juga tidak menaikkan berat badan ibu dan ibu maintain slim walaupun menyusukan anak. Sebelum kita pergi kepada senarai 10 makanan ini, pastikan kita sentiasa melakukan teknik paling utama dalam konsep penyusuan iaitu demand & supply. Milk booster membantu penghasilan susu sekiranya kita iringkan bersama konsep dan teknik ini di dalam penyusuan ibu.  Apa itu demand & supply? Beri anak susu sebaik sahaja anak minta [berdasarkan tanda-tanda yang di beri] Kosongkan payudara selalu [elak bengkak susu] [Baca Selanjutnya : Cara Milk booster Tingkatkan Susu Sikit Kepada Banyak ] Payudara yang kosong, akan di refill balik. In...

"Susu saya sikit dalam pantang, apa nak buat?"

"Susu saya sikit dalam pantang, apa nak buat?" Bagi ibu kali pertama ingin melalui pengalaman menyusukan anak, akan bertemu dengan situasi susu sikit ketika dalam pantang. Malah, ada juga ibu-ibu berpengalaman mengalami situasi ini cuma, sudah tahu dengan cara atasinya. Jadi, apa kita kena buat bila susu sikit waktu dalam pantang? 1. Tingkatkan Demand & Supply "Anak asyik menangis kerap sangat! Jarak hanya 1 hingga 2 jam sahaja," Syukur, alhamdulillah, ini bermakna anak kita adalah normal . Bayi yang normal sejurus selepas kelahiran amnya dan dalam tempoh sebulan pertama khasnya, akan meminta makan kerana kelaparan 1 hingga 2 jam sekali. Jangan putus asa dan buat keputusan untuk terus beri anak susu formula atau makan makanan lain yang sememangnya hanya akan membebankan usus anak. Untuk info, keperluan susu adalah mengikut saiz perut bayi dan susu ibu sangat mudah di hadam. Kapasiti (Keperluan) Susu Ibu untuk Baby Dalam Pantang ...

Komik : Lawak Anak Waktu Menyusu | Santai

Order Set Menyusu Shaklee hari ini, milkbooster terbaik : Klik Sini

3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu

Semakin kita bersama dengan seorang bayi yang kian membesar, semakin penting konsep demand & supply. Payudara perlu sentiasa dikosongkan sama ada dengan cara menyusu secara diret atau pam susu. Semakin kerap payudara kosong, semakin kerap susu baru akan dihasilkan. Ini adalah faktor utama dalam teknik penyusuan. Milk booster membantu meningkatkan aliran susu sebanyak 30%. Konsep demand & supply perlu dititikberatkan sepanjang fasa penyusuan ibu dan anak. Demand & supply beerti, aliran susu bergantung kepada tahap keperluan (demand) anak terhadap susu. Anak minum susu, maka ada susu. Itu trick dan tips paling simple! Persoalannya, bagi mereka yang ingin mengambil milk booster dalam masa sama mengamalkan tips dan teknik penyusuan utama; demand & supply, bagaimana milk booster ini membantu di dalam meningkatkan susu? 3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu 1. Aliran Susu Meningkat Dalam Pantang Sewaktu dalam pantang, diawalnya, ibu akan mengh...

Apa Maksud Milk Booster?

Apa Maksud Milkbooster? Milk booster, milkbooster, milkbooster. Selalu dengar, tapi sebenarnya apa maksud dan yang dimaksudkan dengan milk booster ni? Apa itu Milk Booster? Kalau kita semua nak tahu, milk booster jatuh di bawah definisi, galactogogues yang membawa maksud, makanan yang meningkatkan aliran susu ibu. Ianya sering kali di ambil oleh para ibu yang menyusu badan. Nak sebut galactogogues, terbelit lidah! Jadi, kita sebut milk booster. Kalau kita perhati maksud milk dan booster itu sendiri dah jelas, untuk boost, naikkan aliran milk, iaitu susu.  Berkesan ke Milk Booster? Milk booster adalah salah satu cara bagi memperbanyak aliran susu ibu. Milk booster, berkesan. Cuma, wajib untuk kita tahu, milk booster tidak bertindak sendirian. Maksudnya, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada milk booster tanpa melakukan tips dan teknik lain dalam memperbanyak susu seperti, pam berjadual, menyusukan anak on-demand, makan makanan berkhasiat dan minum air se...

Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit?

Kenapa Ibu Dalam Pantang Susu Sikit? Selepas melahirkan anak, tanggungjawab pertama yang kita sebagai ibu akan tunaikan semestinya menyusukan anak kita. Kolostrum, susu pekat pertama yang keluar dari payudara ibu sangat memiliki khasiat yang tinggi. Persoalannya, kebanyakan ibu mengatakan bahawa sewaktu dalam pantang, susu badan mereka sikit dan seolah hampir kering. Betul atau tidak dan kenapa jadi begitu? 6 Sebab Susu Sikit Waktu Dalam Pantang 1. Tidak Mulakan Penyusuan Awal Sebaik sahaja selepas melahirkan, kita hendaklah terus mulakan sesi penyusuan. Jangan bertangguh! Bagi saja anak hisap puting payudara kita. Hal ini bagi memastikan kelenjar susu kita mula bekerja dan untuk beri siren kepada kelenjar susu untuk hasilkan susu kerana 'tuan susu' dah lahir. 2. Pam dalam Pantang Seeloknya waktu dalam pantang, beri anak minum direct. Elak pam. Pam lebih sesuai jika dah nak dekat habis pantang sekurangnya selepas 2 bulan dan ke atas. Kita perlu ba...

5 Cara Atasi Susu Sikit

Cara Atasi Susu Sikit Setiap masalah ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah susu sikit. Cara-cara di bawah cukup mudah dan senang untuk kita buat bagi banyakkan susu yang sikit tadi. Jom kita tengok sama-sama ^^ 5 Cara Atasi Susu Sikit 1. Susu on-demand Beri anak susu ikut kemahuan dan kehendak mereka. Jika anak nak susu dalam selang 1 jam sekali, beri saja! Bukan sahaja bantu banyakkan susu, tetapi, anak juga akan kurang ragam apabila sudah besar nanti. Jika kita lambat-lambatkan pemberian susu kepada anak apabila anak dah minta, bukan sahaja susu akan drop dan sikit, tapi anak makin kuat melalaknya! 2. Pam Berjadual Pam ikut jadual yang dah jadi rutin untuk kita. Khas bagi ibu bekerja ya. Ibu yang sentiasa di rumah bersama anak, jangan pam. Beri direct. 3. Kerap Susu Waktu Malam Malam adalah waktu emas! Inilah waktu terbaik bagi menghasilkan lebih banyak susu dan yang berkhasiat. Pastikan anak anda menyusu waktu malam. Jika mereka tidu...

10 Mitos Susu Badan Kita Sikit [Sebenarnya Tidak]

Anak menangis setiap jam, mak kita dah bising. Katanya cucu tak cukup minum susu sebab susu emak dia sikit . Mulalah si nenek ni nak sumbat cucu dengan nasi lembik, bubur air, biskut, nasi berlauk pun ada! Si ibu dah stress, dengan sakit bersalinnya lagi. Anak menangis di tambah orang sekeliling, nenek dan suami pun sama terus berkata susu si ibu sikit , tak banyak. Si ibu yang pada awalnya nak bagi anak susu sepenuhnya hingga  tahun, jadi goyah, mula putus asa kerana terpedaya dengan mitos, anak menangis tanda susu sikit, tak cukup. Ini hanyalah sebahagian dari situasi biasa yang selalu berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Akibat tidak ada ilmu, hanya menurut emosi, akhirnya kita, ibu yang tekad nak beri penyusuan pada anak kita hampir di cabut tekad tadi.  Untuk menguatkan lagi tekad dan keazaman ingin menyusui bayi kita, jom kita sama-sama tengok dan baca satu persatu mitos susu badan sikit walhal sebenarnya tidak. 10 Mitos Susu Badan Kita Siki...

3 Tanda Susu Badan Sikit

Kejadian susu sikit sebenarnya sangat jarang berlaku sekiranya anda mengikut cara dan teknik yang betul dalam penyusuan ibu. Namun, kadangkala, ia boleh berlaku. Cara paling mudah nak kenal dan tahu susu badan kita sikit adalah dari pengamatan dan pemerhatian terhadap anak kita. 3 Tanda Susu Badan Sikit  🔵 Masalah Berat Badan Normal untuk newborn, hilang beberapa kgs sehingga 5% ke 7% dari berat badan sewaktu lahir dulu. Ada juga yang hilang sehingga 10% dari berat asal! Namun, selepas proses normal ini, mereka wajib untuk mendapat kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 20 hingga 30g sehari dan kembali ke berat asal (seperti baru lahir) pada hari ke 10 hingga 14 kelahiran. Jika, anak anda kurang 10% atau lebih berat badan asal, dan dia tidak mengalami kenaikan berat badan secara normal, ini adalah tanda awal dan utama susu anda tidak mencukupi untuknya. Baca Selanjutnya >> Milkbooster Shaklee untuk Susu Sikit 🔵 Kurang buang air kecil dan besar ...

4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit

Elakkan 5 jenis makanan ini, buat semua ibu yang menyusukan anak khas yang mengalami masalah susu sikit. Bagi ibu yang sedang berhadapan masalah kekurangan susu, elak 5 makanan ini dan boleh di ambil seperti biasa sekiranya anak sesuai dengan makanan-makanan ini.  4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit Air Karbonat Air berkarbonat atau air gas, sama ada susu anda sedang banyak, apatah lagi sikit, wajib sentiasa kita elak bagi mengatasi masalah obesiti kepada ibu dan juga anak. Kopi Hati-hati, ada sesetengah bayi yang sensitif dengan pengambilan kopi oleh ibunya, yang akan mengakibatkan mereka sukar tidur dan berjaga tengah malam; insomnia! Malah, denyutan jantung di kecil juga akan berdegup lebih pantas dari kebiasaan. Peppermint Nak tahu? Bagi ibu yang ingin 'putus susu' atau wean-off, antara tips ialah mengambil teh mint atau sebarang bentuk makanan yang ada peppermint. Hal ini bagi memastikan penghasilan susu sikit masa demi masa. Teta...

9 Punca Susu Badan Sikit

Susu sikit, adakala, kita mungkin tidak sedar. Jika kita seorang ibu yang menyusui anak, perhatikan setiap satu dari perkara ini yang menyebabkan susu badan sikit. Kita ada tanda yang mana satu? 6 Sebab Susu Badan Sikit 1. Gaya Minum Susu (Hisapan) Salah Keadaan mulut anak dan kedudukannya dengan aerola puting payudara mestilah berada di kedudukan yang betul supaya, rangsangan dari hisapan anak dapat memastikan kelenjar susu 'bekerja' mengeluarkan susu. Sekiranya cara hisapan anak salah, ini akan menyebabkan, kelenjar susu gagal berfungsi dengan baik bagi hasilkan susu untuk setiap sesi penyusuan. Apabila anak menghisap dengan gaya yang betul, kita boleh merasakan seluruh aerola dan puting kita tertangkup sepenuhnya dalam mulut anak. Ajar anak untuk minum susu dengan gaya yang betul. Selain itu, tanpa kita sedari, kadangkala, anak kita mungkin mempunyai masalah anatomi tidak sempurna di bahagian mulut yang mengakibatkan untuk mereka susah menyedut dan m...

5 Cabaran Utama Ibu Menyusu | Real Struggle

Bila kita sebut tentang ibu menyusu kali pertama, tidak semestinya, ia merujuk kepada, seorang ibu yang baru kali pertama menjadi ibu. Tetapi, ia adalah menyeluruh untuk semua ibu yang pertama kali menimba pengalaman untuk menjadi ibu yang menyusukan anaknya sendiri. Kerana, ada je yang dah anak 3, 4, 5 atau lebih lagi, tapi baru ada ilmu dan kesedaran tentang betapa pentingnya penyusuan susu ibu untuk anak kita. Jadi, sebenarnya, apa cabaran yang biasanya dihadapi oleh seorang ibu menyusu buat kali pertama? 5 Cabaran Utama Ibu Menyusu   1. Sakit Nipple Walaupun anak belum tumbuh gigi, bagi permulaan, agak sakit dan tidak selesa sehingga boleh menyebabkan berlakunya nipple sedikit luka dan melecet. Tetapi, jangan risau, kerana ini hanya sekejap je. Apabila anak kita dah pandai hisap, ia akan hilang dengan sendiri.  Antara cara untuk atasinya ialah boleh dapatkan nipple cream dari farmasi.  2. Bengkak Susu Time anak kurang menyusu atau prod...