Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Berhenti Merokok

Mak Saya Bekas Perokok Tegar

Jarang taw kita dengar orang perempuan hisap rokok. Atau mungkin lebih tepat, budaya di Malaysia menyebabkan kadang kala perokok perempuan ini sembunyikan diri di sebalik masyarakat.  Apa pun, merokok memang membahayakan kesihatan. Di tambah pula jika perokok adalah perempuan yang bertanggungjawab untuk sentiasa pastikan rahim sihat dan elok.  Rahim itu bukan sahaja untuk diri kita, tetapi untuk anak yang bakal kita kandung kelak. Dan anak akan serap segala apa yang ibu ambil taw. Sebab itu tak hairan dalam mana-mana buku panduan kesihatan waktu mengandung, selalu diingatkan tentang, jauhi rokok ketika mengandung. Seeloknya ia perlu dijauhi selamanya, kerana membahayakan nyawa! Mengikut fatwa yang diputuskan pada 1995, tabuat merokok adalah HARAM mengikut padangan Islam.