Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kewanitaan

Ketahui 7 Kelebihan Zink Untuk Wanita Hari Ini

Mineral penting zink diperlukan wanita untuk kekal sihat. Walaupun keperluan zink ini cuma sedikit, tapi ia mampu untuk berikan banyak kebaikan. 7 Kebaikan Zinc Untuk Wanita 1. Rambut Kuat dan Berkilau Zink diperlukan bagi pertumbuhan sel, menyokong penghasilan sel yang optimum. Struktur rambut menjadi lebih kuat dengan kecukupan pengambilan zink dalam kehidupan harian wanita. Malah ia turut menyumbang untuk proses folikel rambut yang sihat selain daripada mempercepat penghasilan folikel rambut. Masalah rambut gugur dapat dielakkan dan meningkatkan pertumbuhan rambut. 2. Kulit Cantik dan Berseri Sifat zink yang anti keradangan membantu mencegah masalah kulit akibat radang seperti jerawat. Ia meninggalkan kulit yang berseri dengan meningkatkan pembaharuan sel serta mempercepat penyembuhan luka pada kulit seperti kesan luka selepas memicit jerawat. 3. Permulaan yang Sihat Zink bekerja bersama dengan enzim lain untuk mengekalkan taraf kesihatan sistem reproduk...

6 Tanda Senggugut Teruk

Senggugut adalah masalah yang selalu terjadi dalam kalangan wanita (semestinya). Waktu senggugut ini, kebiasaannya ialah pada sebelum dan semasa berlakunya haid.  Ada yang hanya alami senggugut dengan tanda biasa sahaja, namun, ada yang berhadapan dengan masalah senggugut yang amat teruk sehingga boleh menganggu perjalanan hidup seharian masing-masing. Sejujurnya, Syaza belum pernah ada pengalaman hadapi masalah senggugut yang teruk, tapi pernah lihat sendiri sahabat-sahabat yang ada masalah ini. Setiap kali datang haid, memang kesian melihat nasib mereka yang senggugut teruk ni. Syaza pun tak berani nak tegur dan ajak berbual kalau nampak mereka sedang senggugut yang teruk. Lebih baik beri masa untuk mereka berehat, kan? Dan, kisah benar, bukan nak menakutkan, tapi memang kebanyakan dari mereka yang Syaza kenal ni, bila dah kahwin baru dapat di diagnos yang sebenarnya masalah senggugut teruk tu telah merebak jadi masalah lain sebab tak diatasi awal. Antaranya ial...