Skip to main content

8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda

8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda

8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda 

1. Teh Hijau

Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan dan persekitaran. Ia juga kaya dengan sumber catechins yang terbukti membantu untuk mengelakkan tisu badan rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel badan dan tisu yang akan menyebabkan terjadinya penuaan awal. Oleh itu pengambilan teh hijau mampu membantu untuk memberikan kulit yang lebih muda.

2. Koko

Koko merupakan senarai wajib yang perlu diletakkan di dalam minuman awet muda kita. Koko digunakan untuk menghasilkan coklat, ubatan, makanan dan juga pelbagai minuman kecantikan seperti yang terdapat di pasaran kebanyakkannya. Minuman koko kaya dengan flavonols yang terkenal dalam melancarkan aliran darah. Mengekalkan keremajaan dan kesihatan aliran darah dalam badan kita membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang, diabetes jenis ii dan juga tekanan darah tinggi. Malah paling penting sekali ialah, apabila aliran darah lancar kulit akan lebih anjal dan berseri, serta kemerah-merahan secara semulajadi dan lebih awet muda!


3. Yogurt

Yogurt sudah lama terkenal dengan fungsinya dalam memberi kecantikan kulit. Ia kaya dengan kalsium bagi membantu memperbaiki kesihatan tulang serta mengelakkan osteoporosis. Yogurt mengandungi bakteria baik yang membantu untuk menjadikan sistem imun dan pencernaan berfungsi dengan sempurna. Di samping itu, bakteria baik ini memberikan yogurt fungsi untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan usus. Usus yang sihat, menunjukkan badan kita bebas daripada toksin. Badan yang bebas toksin akan terserlah kecantikannya di luaran. Perkara ini akan menyumbang kepada kulit wajah yang sihat, cerah dan lebih muda.


4. Susu Soya

Susu soya adalah minuman awet muda paling efektif terutama bagi perempuan. Ia mengandungi flavonoids dan antioksidan yang membantu menyerang keradangan. Malah jenis flavonoids yang terdapat di dalam susu soya boleh meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan. Hal ini akan membuat kulit lebih anjal dan gebu, serta mengelakkan berlakunya pembentukan kedutan dan garis halus. Maka, tambahkan susu soya di dalam diet harian untuk memberikan kulit yang lebih muda.


5. Jus Beetroot

Beetroot atau ubi bit merah dalam Bahasa Melayu ini adalah jus harian yang sangat baik untuk melancarkan aliran darah kepada otak. Malah ia juga terkenal dalam membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan usia seperti dementia. Beetroot mengandungi nitrate, satu bahan yang wujud secara semulajadi di dalam tanah dan di serap oleh sayuran seperti beetroot ini. Kajian menunjukkan pengambilan sayuran yang kaya dengan nitrate semulajadi seperti beetroot boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's, dementia dan juga menjadikan kulit lebih awet muda.


6. Jus Pegaga

Dalam masyarakat Melayu, pegaga bukanlah perkara yang asing. Namun, ada di antara kita belum tahu yang sebenarnya daun pegaga boleh dijadikan jus minuman harian untuk kesihatan dan kulit yang lebih cantik berseri. Rasanya yang semestinya tidak sedap seperti jus atau minuman lain yang disenaraikan di sini, tetapi khasiatnya sangat baik. Bagi yang ingin mencuba jus pegaga boleh mendapatkan dan membuatnya sendiri di rumah. Jadikan ia minuman harian bagi mengelakkan masalah penuaan awal.

7. Jus Buah

Buah merupakan sumber mineral, fiber, vitamin dan antioksidan terbaik untuk kulit. Setiap buah mempunyai kelebihan tersendiri. Kita perlu memastikan dalam sehari ada pengambilan jus buah yang segar. Buah seperti lemon, anggur, delima adalah antara jenis buah yang sangat popular bagi mengekalkan kulit yang awet muda. Buah-buahan ini kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang membantu melambatkan proses penuaan serta memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik.


8. Air Kosong

Tidak dapat dinafikan lagi kuasa air kosong ini kepada kecantikan dan kesihatan kulit kita. Untuk kulit yang kekal muda dan tidak tercemar dengan sebarang jenis pigmentasi serta tanda penuaan lain, kita hendaklah memastikan kulit kita dalam keadaan yang lembap serta tidak terlalu kering. Hal ini kerana kulit yang kering akan menyebabkan terjadinya penampakan garis halus dan kedutan yang sangat mudah. Minum air kosong secukupnya dalam sehari mengikut keperluan masing-masing. Kulit yang lembap akan kelihatan lebih muda dan anjal.

Baca Selanjutnya :
Tips Sihat :

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...