Skip to main content

Betul Ke Kulit Berminyak Awet Muda?


Kita selalu dengar orang kata, untung siapa yang ada kulit berminyak ni. Sebab mereka lebih susah nak 'makan tua'. Wajah kekal awet muda. Malah kulit bertambah seri, glowing, kurang kedutan! Berbanding jenis muka yang lain, kulit berminyak sangat mudah untuk kekal awet muda.

Persoalan dia sekarang, betul ke?

Ya, betul! Ia bukan mitos. Memang kulit yang berminyak membantu kita untuk lebih kekal awet muda. 

"Sisi positif kulit berminyak ialah ia melambatkan kehadiran kedutan lebih baik berbanding mereka yang mempunyai kulit jenis kering," nyata Dr Debbie Palmer seorang ahli dalam bidang dermatologi.

Wow, syoknya macam ni. Lepas ni kita dah tak perlu nak merungut, perlu beli banyak kertas penyerap minyak semata sebab nak serap lebihan minyak di muka. 

Sebenarnya, antara punca utama kulit kita cepat nampak tua dan penuh kedutan halus yang jelas ialah kerana kerosakan kulit akibat pencemaran alam sekitar dan juga sinaran matahari. Bagi kita yang terdedah dengan kerap kepada cahaya matahari, habuk, asap, proses untuk kulit cepat tua adalah lebih mudah.

Oleh sebab itu, penggunaan sunscreen, pelindung tabir suria ialah wajib dan perlu sekiranya kita ingin menjaga dan melindungi kulit daripada kelihatan tua bagi kekal awet muda. 

Kelebihan bagi seseorang yang memiliki kulit berminyak menurut Dr Palmer ialah, "Minyak yang semulajadi dari kulit muka seseorang membantu untuk memberi kelembapan kepada kulit dan menjadikannya lebih lembut. Malah, minyak semulajadi juga membantu untuk mengatasi masalah kerosakan kulit muka kerana radikal bebas dari persekitaran kerana kaya Vitamin E - sejenis anti-oksidan untuk kulit. Sapuan Vitamin E dari luaran juga membantu mengatasi masalah kerosakan kulit kerana radikal bebas kesan terdedah dengan sinaran matahari dan pencemaran alam sekitar,"

Tapi macam mana pula kita yang tak ada kulit berminyak sangat ni? Takkan nak sapu dan lumur minyak pula di seluruh muka kita bagi mewujudkan lapisan pelindung kulit dari radikal bebas, cahaya matahari, habuk, asap dan pencemaran?

Jangan risau, ada solusi dia. Bagi yang tak memiliki kulit berminyak secara semulajadi, adalah dinasihatkan untuk kita selalu pastikan wajib konsisten penggunaan sunscreen dan anti-oksidan untuk mengelakkan penuaan awal; kedutan.

Dr Debbie Palmer, menasihatkan penggunaan sunscreen terbaik ialah yang mengandungi zinc oxide dan titanium dioxide. Malah, penggunaan sunscreen dengan jaringan spektrum luas (broad spectrum) UVA/UVB, SPF 30 ke atas adalah sangat digalakkan bagi kita yang benar-benar menjaga kecantikan kulit untuk kekal awet muda.

Ini adalah Sunscreen dari YOUTH Shaklee Skincare. Jelas terlihat di tulis di situ, seperti yang disarankan Dr Palmer, untuk menggunakan sunscreen broadspectrum SPF 30 dan ke atas. Sunscreen YOUTH ini adalah bernilai SPF 50. Memang elok kita guna untuk kekal awet muda


Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...