Skip to main content

6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena


Kebanyakan ibu mengandung mengalami kesukaran tidur yang boleh diselesaikan dengan beberapa tabiat waktu tidur yang mudah dan senang. Tips yang bakal dikongsikan ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan risiko untuk masalah susah tidur dan juga berguna bagi sesiapa sahaja termasuklah mereka yang tidak mengandung untuk tahu rahsia tidur lebih lena.

6 Tips Ibu Hamil Tidur Lena

1. Kekalkan Waktu Tidur Sekata

Utamakan waktu tidur yang sekata adalah kunci utama untuk mudah tidur apabila waktu tidur sudah sampai. Pastikan anda tidur dan bangun dari tidur di waktu yang sama setiap hari (termasuk ketika hari minggu). 

2. Senaman dan Regangan Ringkas

Melainkan jikalau doktor menyarankan anda untuk elak daripada aktiviti fizikal, senaman berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan peredaran darah, menambah baik emosi dan membantu tidur yang lebih lena di malam hari. Walaubagaimanapun, senaman yang melampau atau berlebihan perlu dielakkan daripada melakukannya ketika hampir di waktu tidur. Selain itu, boleh amalkan regangan ringkas untuk ibu mengandung sebelum tidur. Ini bukan sahaja membantu tidur lena tetapi mengurangkan risiko kekejangan kaki.

3. Kurangkan Air Waktu malam

Sangat penting untuk kekal hidrat sepanjang mengandung, tetapi kurangkan pengambilan cecair atau air waktu malam kerana ia akan menganggu tidur. Anda akan kerap melawat bilik air untuk buang air yang akhirnya makan masa tidur lena.

4. Elak Makanan Pedas dan Bergoreng Sebelum Tidur

Pengambilan makanan pedas sebelum tidur boleh meningkatkan masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman di waktu malam. Mengambil makanan berat sebelum waktu tidur juga menyebabkan badan bekerja lebih keras ketika tidur untuk menghadamkan makanan dan menganggu proses merehatkan badan ketika tidur. Sekiranya anda rasa lapar ketika waktu tidur, ambil snek ringan seperti buah, biskut sihat atau semangkuk bijirin penuh. 

5. Gunakan Bantal

Penggunaan bantal khas untuk wanita mengandung boleh membantu memberikan keselesaan sepanjang malam ketika tidur. Satu lagi tips untuk kurangkan masalah sakit belakang adalah dengan tidur secara meringkuk dengan membengkokkan kaki dan peha dan meletakkan bantal di antara lutut, bawah belakang badan dan di bawah abdomen.

Posisi tidur yang betul semasa hamil (gambar bawah)

6. Tidur Siang Sebentar

Tidur sebentar atau nap di waktu siang menurut membantu memberikan lebih lena di waktu malam. Asalkan waktu tidur itu terletak sebelum Zohor iaitu kira-kira sebelum jam 1 tengahari dan tidak melebihi 30 minit.

Tidur Lena dengan Ostematrix Shaklee..

Kenapa Ostematrix boleh membantu para Ibu tidur lena? Ostematrix ni digemari ramai dan proven membantu untuk tidur yang lebih lena sebab di dalam dia ada magnesium yang akan beri kita kesan rileks so tidur pun lena dan mudah nak lelapkan diri di waktu malam!

Bukan itu sahaja, Ostematrix Shaklee ini juga membantu menyelesaikan masalah kekejangan, simpul biawak atau tarik mengkarung, cramp yang selalu ibu hamil alami. 

Jom kita lihat pengalaman pengguna Ostematrix yang telah mendapatkan manfaat tidur lena asbab pengambilan Ostematrix secara konsisten ini.

Testimoni Ostematrix Shaklee Tidur Lena, masalah cramp masa mengandung tiada lagi
Testimoni Ostematrix Shaklee Tidur Lena, masalah cramp masa mengandung tiada lagi

Lenguh badan hilang, tidur lebih lena -- Testimoni Ostematrix Shaklee
Lenguh badan hilang, tidur lebih lena -- Testimoni Ostematrix Shaklee

Testimoni Ostematrix Shaklee Kak Fit, tiada masalah sembelit, tidur lena dan mudah bangun pagi
Testimoni Ostematrix Shaklee Kak Fit, tiada masalah sembelit, tidur lena dan mudah bangun pagi

Dapatkan Ostematrix Shaklee hari ini dengan menghubungi Syaza di talian 0187684817 atau klik je di sini jika nak terus order sendiri direct daripada HQ Shaklee.

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...