Skip to main content

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap


Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler.

*kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com

Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha

But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu. Yela, takkan nak cerita je kan, bawaklah isteri makan, hehehe.

Rajanya sambal, jaguhnya talapia, topnya ayam kampung | Gitu moto Cibuk!

Dengar cerita sambal dekat sini free of charge boleh tambah banyak kali. I like! And memang pun. Tambahlah nak banyak mana pun. Tapi sambal yang free tu tak pedas mana pun, atau sebenarnya langsung tak pedas but still sedap! :)

Seketul cili dia letak pergh yummy, tak pedas langsung pun. Maybe cili jenis tak pedas. :) Tapi mindset Syaza masa makan fikir pedas je cewah

Yang pedas Syaza syak ada satu lagi sambal tu, which is Syaza tak try pun, iaitu nama dia Sambal Ceurik. Dalam menu pun dia kata Sambal Ceurik ni extra pedas! InshaAllah next time datang lagi Syaza boleh cuba pulak yang extra pedas ni. 

Layanzz asal usul Rumah Makan Cibiuk

Menu kanak-kanak menurut waiter dia, dulu ada menu bubur yang sesuai tuk budak but waktu Syaza pergi tu tak ada katanya dah discotinued gitu. 

Bebek~ :) Sedapppp. Lembut yummy, perfect. xx

So Syaza order kan anak Syaza, nasi goreng je. Bolehlah, sedap dan paling penting tak pedas! Bukan Syaza yang request tak pedas tau, memang nasi tu tak pedas menurut waiter tersebut. 

Ok kira yang Kajang ni first kedai dia la xx :)
Harga makanan dekat sini sangat affordable dan berpatutan. Paling penting portion dia besar, kenyang makan. Asalnya nak order dessert, tapi lepas dah makan nasi tu ha menyandor suami isteri, kekenyangan. Ingat memula nak order Pavlova, sekali dah kenyang dan pavlova pun takde haritu! Hahahaha. Mujur sangat kenyang kalau tak frust menonggeng kot. LOL

Cibiuk ialah sebuah desa yang terletak di kacamatan (daerah) Cibiuk, kabupaten Garut, provinsi Jawa Barat Indonesia

Syaza order bebek. Masa dapat menu tu, kami suami isteri blur, apa ek bebek ni? Dalam kepala macam pernah dengar, tapi lupa. Maka kami tanyalah waiter yang sangat baik hati di situ. Rupanya bebek ni itik, hehehe. Lepas dah tau tu terus teringat dulu masa kecik rajin layan cerita Indonesia dekat TV3 yang selalu keluar masa cuti sekolah tu. Bebek dan Angsa Ajaib la, telur emas la. Korang layan tak dulu-dulu? Hahaha. Masa tu barulah, oooooo ye ye ingat Bebek tu itik. Cewah, masa tu jugaklah kau acah tau ye hahaha

Tempat boleh tambah menambah, licin sayur mayur orang tambah. Bagus orang Malaysia suka makan sayur hihi

Suami Syaza pulak order yang ayam je. Satu pinggan didatangkan sekali bersama nasi (ada dua pilihan nasi biasa or panggang), cekodok jagung (atau dalam menu ada yang berasingan namanya perkedel jagung), sayur mayur dan paling best ada petai bakar weh! Pergh rangup giler masyaAllah petai dia. Kami jumpa petai tu di sebalik nasi lepas dah makan separuh nasinya. We be like, " Ehhhh petai la," Jakun~ Haha

Pelbagai pilihan sambal. Next time boleh try Sambal Ceurik (Extra pedas katanya!)

Dekat dalam nasi dia siap ada cili merah tapi cili merah jenis tak pedas pun. Oh ye, bukan sambal je boleh tambah. Nak tambah sayur mayur dia pun boleh. Bagi yang diet tu, nasi bagi cik suami, pastu kita amek nasi suku je lelain separuh amek sayur banyak-banyak ok. Syaza tak buat pun hahahaha. Sebab Syaza tak diet <?> kihkihkih.

Kami order ais kosong je. Takde air lain. Very the sihat uolss. Macam tu la kami suami isteri kalau keluar. Kadang-kadang tak order pun minum air bekal lepas tu waiter buat muka pelik erkkkk air tak order? Haha

Macam-macam ada dalam sepinggang. Macam Wang Solo pun yer jugak. Bukan Han Solo, Wang Solo xx

So overall, best ke tak Cibiuk? Best! Sedap. Environment makan pun ok. Awalnya nak duduk bersila kat bawah tapi mengenangkan ada anak kecik yang akan bersilat kat atas tu, tak pe la kita duduk meja biasa je la ok, hahahaha. Cuma satu je, lighting dia malap giler rasa cam sendunya. Tak rasa romantik tau, rasa sendu. Makanan sedap, kalau datang dengan family ramai-ramai order menu yang macam dalam dulang tu, pastu share. Awhhhh nikmatnya~ Sharing is caring. Kami suami isteri nak rasa menu lain-lain, tak order sedulang hahahaha

Jemput datang ke Rumah Makan Cibiuk, Kajang! Bismillah~ :)

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...