Skip to main content

Cramp Ketika Hamil, 6 Benda Wajib Tahu

cramp ketika hamil fakta info

Cramp atau kejang semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan malah ia menakutkan. Kekejangan boleh menyebabkan seorang Ibu mengandung terguling-guling dan menjerit kesakitan. Berita baiknya, kejang atau cramp ketika hamil ini ialah perkara biasa yang mudah terjadi semasa proses kehamilan. Apa yang penting ialah kita kena tahu bila waktu yang paling tepat untuk minta bantuan.

Kenapa Cramp Berlaku Waktu Hamil?

Kekejangan berpunca daripada otot rahim (uterus) yang mengembang, menurut keterangan daripada Amanda Selk, ob-gyn daripada Women's College Hospital di Toronto, Kanada. Sewaktu trimester pertama, cramp datang daripada ovum wanita yang sedang dalam proses untuk melekat di dinding rahim, dan juga kerana rahim kita semakin mengembang dari hari ke hari bermula trimester pertama. Walaubagaimanapun sekiranya kekejangan itu diiringi dengan pendarahan, ia boleh jadi sebagai salah satu tanda keguguran. Apabila usia kandungan semakin meningkat, cramp juga boleh jadi salah satu tanda kelahiran pra-matang, atau apabila kandungan mencecah 37 minggu ke atas, maksudnya saat melahirkan hampir tiba!


Braxton Hicks Contraction

Braxton Hicks Contraction boleh berlaku seawal trimester kedua. Dengan Braxton Hicks, otot rahim akan mengetat selama kira-kira 30 hingga 60 saat. Ia berulang dalam intensiti yang tidak sekata, tak kerap dan tidak boleh di jangka. Kita akan berasa sangat tidak selesa.

Sakit Ligamen

Ibu hamil kebiasaannya akan rasa sakit yang mencucuk di bahagian abdomen dan pangkal peha, selalunya hanya di satu bahagian sahaja. Ini bukan cramp atau kejang tetapi merupakan hasil regangan yang berlaku di bahagian ligamen sekitar perut. Sangat tidak selesa dan berakhir selepas beberapa saat. Ia tidak berbahaya.

Kejang Selepas Seks

Segelintir Ibu, mengalami kekejangan selepas melakukan hubungan suami isteri. Walaupun ia tidak berbahaya, namun kebanyakan dari kita selalu tertanya-tanya sama ada perlu berhenti daripada melakukan seks kerana kekejangan itu atau tidak? Jawapannya ialah, tidak. Amanda Selk, ob-gyn menyatakan bahawa kekejangan selepas seks ini tidak bertahan lama. Namun begitu, jika seks tersebut menyebabkan kesakitan melampau atau pendarahan, segera berhenti daripada meneruskannya dan berjumpa segera dengan doktor dan bidan.


Apa Saya Perlu Buat?

Bahagian terpenting ialah, buat diri kita selesa. Banyakkan berehat. Kurang air juga boleh menyebabkan cramp bertambah teruk! Oleh itu, minum banyak air kosong. Pastikan pundi kencing kita sentiasa kosong kerana pundi kencing yang penuh, suka tahan kencing akan menyebabkan kekejangan bertambah teruk hari demi hari. Mandian suam juga membantu untuk mengurangkan simptom kekejangan dan dapatkan tali pinggang sokongan yang sesuai bagi Ibu hamil ketika trimester ketiga. Pastikan pengambilan kalsium mencukupi bermula dari trimester pertama hingga ketiga kerana kalsium membantu otot untuk rileks dan mengurangkan risiko kekejangan.


Bila Saya Patut Berjumpa Doktor atau Bidan?

Apabila cramp diikuti dengan pendarahan, tumpah air atau kadar kekerapan cramp itu semakin kuat dari saat ke minit dan seterusnya, malah tidak berkurang walaupun anda sudah duduk, baring dan berehat. Dapatkan segera nasihat doktor dan bidan berdekatan.

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...