![]() |
| Pagi ni Syaza minum Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dulu untuk tenaga dan juga bagi kecantikan kulit [sesuai di ambil waktu perut kosong bagi tujuan ini]! |
Salam Jumaat semua! Assalamualaikum.
Hari Jumaat ni penghulu segala hari. Di hari Jumaat inilah pelbagai kejadian yang besar-besar telah dan akan berlaku. Antaranya ialah penciptaan bumi dan juga kiamat.
Di hari Jumaat juga adalah hari yang kita digalakkan untuk amalkan perkara-perkara yang sunat. Paling simple dan mudah; potong kuku.
Syaza senaraikan antara perkara sunat yang kita boleh amalkan hari ini ya [hari Jumaat] :
- Potong kuku
- Kemaskan bulu [ketiak, ari-ari]
- Pakai minyak wangi [bagi lelaki]
- Mandi sunat pagi Jumaat
- Pakai baju yang cantik & kemas ke Solat Jumaat
- Baca Al-Kahf
- Berdoa selepas Asar hingga penghujungnya [waktu mustajab doa]
Simple-kan semua ni? Dan boleh di buat dalam sekelip mata je!
[TAZKIRAH JUMAAT]
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
"Wahai orang-orang yang beriman!
اتَّقُوا اللَّهَ
Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya);
وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ
dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah,
إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."
[Surat Al-Hashr 18]
