Skip to main content

7 Gaya Pemakanan Untuk Kehamilan Sihat


Ketika mengandung, ada satu sahaja sumber makanan yang bayi dapat iaitu daripada kita! Ini bermakna, kita kena menjaga pemakanan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk anak dalam kandungan.

Gaya Pemakanan #1 : Diet Seimbang

Seperti yang dinyatakan di dalam sistem piramid makanan, diet ketika mengandung perlu mengandungi karbohidrat, lebuh sayur dan buah, sumber protein serta produk tenusu dan susu. Akhir sekali ialah, gula, garam dan lemak.

Gaya Pemakanan #2 : Pelbagaikan Menu

Setiap makanan menawarkan kombinasi nutrisi yang berbeza. Bagi mendapatkan sumber kebaikan nutrisi terbaik, ambil makanan yang pelbagai dan datang dalam pelbagai jenis warna untuk mendapat sumber nutrisi yang lebih luas.

Gaya Pemakanan #3 : Makan Bergantung Keperluan

Perkembangan dan pertumbuhan bayi serta perubahan yang dialami tubuh badan kita ialah signal awal untuk pengambilan makanan yang lebih sedikit berbanding ibu yang tidak mengandung bagi membekalkan tenaga harian. Jadi, adalah normal sekiranya kita mendapati selera makan lebih daripada biasa. Walaubagaimanapun, pemakanan yang lebih tadi akan di bakar semula seperti biasa. Hal ini menunjukkan sebab mengapa walaupun di samping selera makan yang lebih sedikit berbanding biasa, berat badan ibu tetap maintain.

Gaya Pemakanan #4 : Makan Menu Mengikut Masa

Kekalkan kepada 3 menu utama, iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk memastikan diri kita dan bayi mendapat makan yang cukup sepanjang siang dan malam. Jika menu atau makanan utama adalah sedikit dan kita rasa lapar di antara waktu makan utama, jangan teragak-agak untuk mengambil snek di waktu pagi dan tengahari seperti susu, yogurt, biskut sihat, roti dan buah-buahan.

Gaya Pemakanan #5 : Pilih Makanan Kaya Vitamin dan Mineral

Ketika mengandung kita memerlukan hampir kesemua jenis vitamin dan mineral. Kebanyakan peningkatan terhadap keperluan ini boleh didapatkan daripada perancangan cara makan yang baik. Utamakan makanan yang kata dengan kalsium, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan tinggi folate (asid folik). Mickronutrien ini boleh di temui di dalam real food. Bagi makanan dalam tin atau packing, baca label sebelum membeli.

Gaya Pemakanan #6 : Jangan Makan Terlalu Banyak atau Sedikit

Makan terlebih boleh mengakibatkan kenaikan berat badan yang berlebihan, tidak selari dengan keperluan naik ketika mengandung. Dan dalam masa yang sama, waktu mengandung juga bukan waktu terbaik untuk turunkan berat badan. Dua situasi ini boleh memberi bahaya kepada bayi yang dikandung.

Gaya Pemakanan #7 : Seimbangkan Pemakanan dengan Aktiviti Fizikal

Mengandung adalah salah satu sebab paling utama untuk membawa kepada gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Sama ada jogging, berjalan, berenang atau regangan mudah yang kita suka. Lakukan dalam masa 30 minit (dalam satu sesi atau 10 minit untuk 3 sesi), setiap hari. Rutin ini akan membantu untuk membakar lemak lebihan dari makanan dan menambah baik sistem penghadaman.

Tips Tambahan
  • Elakkan pengambilan makanan mentah atau separuh masak untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria pada bayi
  • Pemanis tiruan tidak digalakkan ketika mengandung
  • Kurangkan pengambilan minuman berkaffein
  • Sekiranya mengalami alahan, makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit
  • Sekiranya rasa craving nak sesuatu, dapatkannya dan makanlah dalam kuantiti terkawal



Mengidam assam boi masa pregnant?

Alternatif terbaik berbanding asam boi >> Chewable C Plus! Lebih sihat berbanding asam boi dan rasanya setanding asam boi :)

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...