Skip to main content

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017
Alamanda, Putrajaya
Kelas SEO Offline Coaching
Bersama Cikgu Oliess.


************
Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini.

Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee.

Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah.
1. Tentang keperluan bertanya
2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee
3. Sunnah berniaga Rasulullah

Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini.

Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya Syaza wajib tahu lama dah (apa la Syaza ni hihi)

Yela, supposedly Syaza kena tanya soalan advance dekat cikgu. Buat malu jer taw tanya soalan basic.
But, pernah dengar kan kata pepatah, ehem,

"Malu bertanya sesat jalan."

Kalau banyak bertanya? Tak tahu malu! Ish, ada pulak macam tu Syaza, hihi.

Memandangkan 9/10/2017 exam PT3, jadi nak menyeru semua, janganlah kita segan dan malu untuk bertanya soalan. Mungkin pada orang lain soalan tu kelihatan kurang pandai atau kata kasarnya bodoh, tapi percayalah, sesungguhnya kitalah yang bodoh apabila kekal mendiamkan diri dengan persoalan demi persoalan tanpa melontarkannya kepada orang yang tepat.

So kawan-kawan!

After this, jangan malu bertanya okay kalau ada dalam kelas, tak kiralah kelas apa pun! 
Termasuk kelas memasak, memandu, ehe. Semuanya. Kerana ilmu Allah itu luas sangat. Bayangkanlah, ilmu yang kita ada ni, kita p dekat laut, celup jari, angkat dan titiskan air laut di hujung jari.

Titisan itulah ilmu kita, manusia. Manakala lautan yang terbentang luasa itu adalah ilmu Allah.
Jangan pernah kedekut ilmu taww. Haa, pengalaman Syaza sendiri, kedekut ilmu membawa padah 
Allahu Allah! Terima kasih kerana banyak mentarbiyyah aku sepanjang berada dalam bisnes Shaklee ini, wahai Allah

Sesungguhnya benarlah bahawa berniaga itu merupakan antara sunnah baginda Rasulullah saw, rasul junjungan mulia daku dan kita semua

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

InshaAllah di kelapangan lainnya, Syaza akan berusaha untuk berkongsi sedikit demi sedikit ilmu yang Syaza berjaya serap dari Cikgu Olies tadi okay!

Rajin-rajinlah drop by dekat blog Syaza taw. Comments with love gittuwww.

Fatin Syaza,
Pengedar Shaklee Nilai & USIM,
COD Nilai | USIM | Bangi | Kajang | Putrajaya,
POS Shaklee Seluruh Malaysia,
syazaf92@gmail.com,
0187684817

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...