Skip to main content

Kandungan GLA Complex Shaklee

Kandungan GLA Complex Shaklee - Perlu Dimiliki Semua Wanita

Pengedar Shaklee Melaka

Pernah dengar tentang EPO? Atau nama penuhnya adalah Evening Primrose Oil. GLA dari Shaklee ini merupakan EPO keluaran Shaklee. Baik, kita bercerita dahulu tentang EPO. 

Apa itu EPO? 

Secara ringkasnya EPO digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan atau vitamin yang memberi khasiat untuk :
  • Rheumatic dan Arthritic
  • Eczema
  • Sindrom PMS datang bulan
  • Sindrom Menopaus
Di Shaklee EPO kami ialah GLA Shaklee. Kerana itu, terdapat ramai yang menggelarkan GLA Complex ini sebagai Evening Primrose Oil Shaklee. Dan, GLA Complex mempunyai kandungan yang lebih baik berbanding EPO sahaja. Nama penuh bagi GLA Complex ini ialah Gamma Linolenic Acid ataupun Asid Linolenik Gamma


Image result for evening primrose oil
GLA Complex Shaklee turut dikenali sebagai EPO

Bagi seorang wanita, keselesaan dan kesejahteraan terutama ketika proses kitaran haid berlaku adalah sangat perlu. Maka, bagi seorang wanita yang sentiasa ingin memastikan proses kitaran haid berjalan lancar, GLA Complex Shaklee adalah jawapan yang di cari!

Apakah kandungan utama GLA Complex dari Shaklee?

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut dan jelas akan fungsi setiap kandungan utama dalam GLA ini, mari kita kupas secara asas apakah kandungan utama yang terdapat di dalam GLA Complex yang didatangkan dengan 60 softgels sebotol ini.

Kandungan utama GLA dari Shaklee ini adalah asid lemak penting Omega-6. Asid lemak penting iaitu Omega-6 ini digunakan tubuh kita bagi penghasilan prostaglandin iaitu sejenis bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Ia sangat bermanfaat untuk wanita di semua jenis peringkat umur.

Selain itu, GLA Complex keluaran Shaklee ini didapati dari minyak Borage yang memiliki kepekatan tinggi GLA iaitu sebanyak 17%-25%. Ianya

  1. Tulen
  2. Bersifat semulajadi
  3. Bentuk yang mudah di serap.
Di samping itu, selain dari asid lemak Omega-6, GLA turut mempunyai formulasi khas dari minyak biji bunga matahari dan vitamin E untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk pengetahuan, minyak biji bunga matahari adalah salah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.

Dapat disimpulkan bahawa kandungan utama GLA Complex Shaklee adalah :
  1. Minyak Borage (Kandungan GLA berkepekatan tinggi)
  2. Minyak Bunga Matahari
  3. Vitamin E
RamuanAmaun Setiap Softgel
Minyak Biji Borage (Borago officinalis)500 mg
Minyak Biji Bunga Matahari (Helianthus annus)
(Menyediakan 216 mg Asid Linolenik &
90 mg Asid Linolenik Gamma)
D-Alfa Tokoferol (15 IU Vitamin E)15 mg


GLA atau Asid Linolenik Asid yang turut dikenali sebagai EPO dari Shaklee ini diformulasikan khas bagi membantu para wanita untuk mengekalkan kesejahteraan dan keselesaan secara keseluruhan sepanjang kitaran haid bulanan. 

Pengedar Shaklee Melaka


Sebagaimana semua sedia maklum bahawa GLA secara khusus membantu wanita dalam proses mendapatkan keselesaan terutama bagi proses kitaran haid. Sekarang mari kita lihat kebaikan setiap kandungan UTAMA yang terdapat dalam GLA Complex ini terhadap kesihatan dan kecantikan!

11 Kebaikan Minyak Bunga Matahari :

  • Membantu merendahkan paras kolestrol
    • Keseimbangan asid lemak yang ditemui dalam minyak bunga matahari termasuklah jumlah kandungan asid linolenik (sejenis asid lemak omega-6) adalah sangat baik
    • Ianya merupakan asid lemak yang diperlukan tubuh kita
    • Minyak bunga matahari tidak mengandungi sebarang jenis lemak tepu
    • Membantu merendahkan kolestrol seseorang
  • Merawat kaki (Tinea Pedis)
Pengedar Shaklee Melaka
Gambar menunjukkan Tinea Pedis - Jankitan fungus ke atas kaki
    • Kajian menunjukkan minyak bunga matahari merupakan alternatif yang efektif dalam merawat masalah kaki (Tinea pedis)
    • Tinea Pedis adalah sejenis jangkitan fungus yang bermula di antara jari kaki
    • Aplikasi rawatan dengan minyak bunga matahari membantu mempercepat proses sembuh
  • Memperbaiki sistem imun
    • Minyak bunga matahari kaya dengan kandungan Vitamin E
    • Vitamin E ini bertindak sebagai anti-oksidan kepada tubuh
    • Ianya mempunyai hubungan langsung untuk mengelakkan penyakit jantung dan menjadi penggalak untuk sistem imun yang lebih baik
  • Penjagaan kulit
    • Vitamin E dalam minyak bunga matahari ini ada hubung kait untuk kulit lebih sihat
    • Membantu proses penghasilan sel kulit baru
    • Kulit akan dilindungi dari kerosakan berpunca dari matahari
    • Anti-oksidan seperti Vitamin E membantu
      • Neutralkan kembali radikal bebas
      • Membantu menjaga kulit dari rosak
    • Kebaikan untuk kulit
      • Parut pudar
      • Proses penyembuhan luka lebih cepat
      • Kulit akan lebih berseri secara semulajadi
*Ini adalah sebab utama mengapa minyak bunga matahari sering digunakan di dalam aplikasi kecantikan
  • Memberi tenaga
    • Asid lemak yang terkandung dalamnya adalah berhubung kait dengan kadar tenaga dalam tubuh
    • Lemak tepu boleh akibatkan seseorang lembab dan lesu manakala lemak tidak tepu yang terdapat dalam minyak bunga matahari ini membantu mengekalkan tenaga!
  • Membantu pencegahan kanser
    • Mempunyai anti-oksidan yang membantu mencegah kanser
    • Caranya?
      • Anti-oksidan (contohnya Vitamin E dalam minyak bunga matahari ini) menyingkirkan radikal bebas sebelum mereka menyebabkan mutasi kepada sel sihat menjadi sel kanser
    • Secara khusus, minyak bunga matahari diketahui baik dalam mencegah kanser usus tetapi masih terdapat pelbagai kajian yang sedang giat dijalankan bagi mengesahkan hal ini dengan lebih tepat dan terperinci
  • Mengurangkan keradangan
Pengedar Shaklee Melaka
Asma merupakan penyakit yang melibatkan pernafasan
    • Asma menyerang hampir ramai manusia di seluruh dunia
    • Masalah pernafasan ini boleh wujud dari biasa-biasa sampai tahap menyebabkan kematian
    • Minyak bunga matahari mempunyai hubung kait dalam mengurangkan risiko serangan asma kerana sifat anti-radang yang didapati dari kandungan vitamin serta asid lemak yang terdapat dalamnya
  • Mengurangkan arthritis
    • Selain asma/semput, ia turut membantu dalam mengurangkan arthritis
  • Melindungi tubuh badan
    • Memberi kesan baik terhadap sistem imun secara umum
    • Meningkatkan potensi badan untuk menangkis serangan jangkitan
    • Melindungi kulit dengan memperkuat sempadan sel membran
  • Mengelakkan Infeksi/Jangkitan
    • Minyak bunga matahari sangat digalakkan terhadap bayi kerana melindungi mereka dari jangkitan
    • Terutama bayi yang dilahirkan secara pra-matang dan sangat mudah terkena infeksi
    • Sama juga dengan orang dewasa 
  • Menggalakkan proses kesihatan jantung
    • Mengurangkan risiko penyakit atheroscelorosis
    • Artheroscelorosis :
      • Arteri sumbat
      • Meningkatkan tekanan darah
      • Meningkatkan risiko serangan jantung dan strok
    • Minyak bunga matahari adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mementingkan kesihatan jantung
Seterusnya mari kita lihat tentang kandungan GLA selepas minyak bunga matahari di atas iaitu Vitamin E,

7 Kebaikan Vitamin E untuk Kulit

  • Bertindak sebagai pelembab
    • Nutrien larut minyak yang lebih baik dari produk jenis larut air
    • Bertindak sangat baik ke atas kulit kering dan kulit rosak
    • Mengisi semula lembapan yang hilang akibat kulit rosak
  • Melambatkan proses penuaan
Pengedar Shaklee Melaka
Vitamin E membantu mencegah penuaan awal
    • Menggalakkan penghasilan kolagen
    • Kolagen adalah sejenis fiber protein yang bertanggungjawab untuk memastikan keanjalan kulit berkekalan
    • Mengurangkan kehadiran kedutan dan tanda awal penuaan
  • Merawat sunburn
    • Bersifat anti-oksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas yang berpunca dari sinaran ultraviolet yang mengakibatkan sunburn
  • Mencerahkan tompok hitam (jeragat)
Pengedar Shaklee Melaka
Kesan ke atas kulit yang tidak sihat
    • Menghapuskan radikal bebas yang akibatkan pigmentasi
  • Bertindak sebagai agen pembersih
    • Memudahkan untuk proses bersihkan muka di samping mengekalkan kelembapan kulit
  • Merawat masalah kuku kering
    • Rawatan efektif mengelakkan kuku kering dan pecah
  • Merawat stretchmark
Pengedar Shaklee Melaka
Strectmark ke atas perempuan selalu hadir selepas proses bersalin atau semasa
    • Stretchmark muncul kerana kehilangupayaan keanjalan kulit kerana kesan rekahan di bahagian atas dan bawah kulit
    • Ia akan menghasilkan tanda warna putih berjalur-jalur
    • Vitamin E berfungsi terkenal bagi mengembalikan keanjalan kulit dan memudarkan kesan rekahan tersebut
Kesimpulannya, kandungan utama GLA Complex memberi pelbagai manfaat terutama ke atas wanita dari segi kitaran haid, kesihatan umum dan kecantikan. GLA sangat sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Sebotol GLA Complex mengandungi 60 softgels.


Dapatkan GLA Complex keluaran Shaklee hari ini dari Syaza. Hubungi Syaza di talian 0187684817 (Touch to Whatsapp)


Fatin Syaza,0187684817 (Touch to Whatsapp),Pengedar Vivix Shaklee Melaka,COD Shaklee Melaka,Pos Shaklee Seluruh Malaysia.

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...