Skip to main content

DTX COMPLEX DAN BENGKAK HATI

Assalamualaikum semua. Selamat pagi! Bagi yang tengah baca posting ni selain pagi, selamatlah ye untuk selain pagi itu, hehe


Apa khabar korang semua harini? Caza doakan semuanya baik-baik saja ya. Doakan Caza juga taw :)

Macam ni, haritu kan Caza teringat ada sorang adik ni, order DTX Complex Shaklee dari Caza. Actually takde lah "haritu" sangat pun, hihi! Order tu pada 26 Jun haritu. Adik ni baik sangat masyaAllah. DTX Complex tu adik ni belikan untuk ayah dia.

Ayah dia tengah kena bengkak hati. Jadi adiknya cuba cari ikhtiar dengan nak try DTX Complex sebab dok baca review, feedback and testimoni yang DTX ni boleh membantu untuk hilangkan bengkak hati. Terkejut taw Caza! Sebabnya bengkak hati tu dah sampai tahap perut ayah dia macam busung katanya.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"
"Ayah makan ubat banyak, jadi doc kata semua tu efek kat hati dia,"

Allahu. Biasanya memang macam tu la. Itu yang Caza risau dekat mak Caza. Mak makan ubat banyak. Doakan Caza dapat supply Vivix dekat mak setiap bulan ya kawan-kawan. Kita semua mesti nak yang terbaik untuk mak ayah kita, betul?

Kita ikhtiar, kita cuba dan semestinya dalam mencuba tadi kita pilih yang terbaik. As for me dan adik tadi, yang terbaik setelah timbang tara pilihan lain semestiya jenama Shaklee. Selain dari sebab Shaklee ni dah hampir 100++ tahun dalam pasaran dunia, kajian yang third parties buat untuk Shaklee yang nama jowo-nya Landmark Study, lagi kukuhkan untuk yakin Shaklee is the best!

So far living proof dari Shaklee memang awesome. Living proof tu maksudnya bukti orang hidup yang masih consume Shaklee dan sihat walafiat. Ramai taw! Dah consume sampai berpuluh tahun dan alhamdulillah syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik.

Actually kesihatan ni kita jaga sebelum kita kena sakit. Bila dah sakit, namanya kita nak ubati, bukan jaga. Pernah dengar kan, mencegah lebih baik dari merawat?

Ok, membebel ke situ pulak dah. Hehe. Selingan, iklan jap.

Kalau korang nak taw, puasa haritu, suami Caza kena denggi taw. Sedih iolls, uolss. Jap, tapi kenapa nak sedih? Sepatutnya Caza happy sebabnya suami Caza direzekikan Allah sakit dalam bulan yang mulia iaitu Ramadhan!

Means what?

Means, dosa suami Caza terhapus sepanjang kesakitan yang beliau alami. Sakit adalah penghapus dosa! :') Tahniah sayang.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Waktu Melawat Suami di Wad di HTAR Klang

Dan, korang nak taw lagi tak? Efek lepas kena denggi tu, hati suami Caza bengkak! Memang apa lagi terus Caza bagi suami makan DTX Complex.



Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa dalam banyak-banyak produk Shaklee, kena amek DTX Complex?

Sebabnya, kawan-kawan, DTX Complex ni KHAS untuk hati. Memang untuk Liver Health, kesihatan hati, Senangkan! Haha. Tak payah nak pilih lagi dah. Terus ngap DTX Complex yang memang Shaklee dah khususkan untuk kesihatan hati.

Bengkak Hati Shaklee
DTX Complex untuk kesihatan hati

.
Hubungi Caza di talian 018-768-4817 untuk order DTX Complex :)


Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...