Skip to main content

Bahaya Air Suam Pada Bayi

Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru lepas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka.

Susu ibu adalah yang terbaik. Tak perlu nak bilas-bilas ni. Siapa yang rajin bilas baby mereka especially yang bawah 6 bulan tu, tolong baca sampai habis. Share dekat kawan-kawan, atau sedara mara atau sesiapa sahaja yang kita perlu tahu tentang ini.

Kenapa tak boleh beri bayi minum air suam?

sebab baby tak boleh minum air suam

Air suam, air masak, air mineral dan seangkatan dengannya, adalah sama. Jangan beri pada bayi anda melebihi keperluannya. Apatah lagi air paip. Memberi bayi di bawah usia 6 bulan air masak yang melebihi dari keperluannya, akan menyebabkan kepekatan sodium dalam darah cair. Bayi boleh kena sawan walaupun tidak demam.

Dr. Jeniffer Anders, seorang doktor pediatrik di Johns Hopkins Children's Centre, Baltimore berkata, "Buah pinggang bayi belum matang. Beri air yang berlebihan akan menyebabkan badan mereka kehilangan garam sodium bersama-sama dengan air yang di minum tadi,"

Kehilangan sodium ini akan menyebabkan kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik dan akhirnya bayi sawan dan perubahan mental boleh terjadi.

Ini di panggil Water Intoxication.

Jika bayi bawah 6 bulan di beri air masak, selepas minum susu, garam sodium (Na) akan cair dalam darahnya. Pernah tak, kita rendam daging yang masih fresh dalam cecair, dan bila tinggal lama (terlebih air meresap), akan jadi mengembang daging tu?

Macam tu juga yang terjadi pada otak bayi. Bahasa mudahnya, 'mengembang', kerana sel terdedah pada cecair, dan akhirnya sawan.

Kes bayi di serang sawan kerana air suam

bahaya minum air suam dekat baby

Perkongsian dari Dr Pakar Kanak-Kanak Adda, "Ada satu kes di mana bayi berbangsa India di serang sawan tanpa demam. Ketika itu bayi tersebut telah menghampiri usia 7 bulan. Ceritanya, nenek kepada bayi memberikan cucunya air masak 15 mL hingga 30 mL setiap kali selepas menyusu (FM). 

Susu FM dikatakan panas dan perlu di bilas dengan air, menurut neneknya. Bayi ini selalu dapat berak yang cair dan bila nak mula solid food, baby reject. So, baby belum start makanan pelengkap lagi. 

Satu hari, bayi ini dikejarkan di GH kerana sawan tanpa demam. Semua ujian telah di buat termasuk Lumbar Puncture dan result adalah normal. Yang tak normal adalah kandungan garam dalam darahnya yang hanya 125 semasa tarikh masuk wad dan meningkat kepada 130 selepas 24 jam dalam pemantauan doktor,"

Susu Ibu Kaya dengan Air Semulajadi

Bagi mereka yang menyusukan bayi, ketahuilah, tidak ada alasan untuk menyatakan perlunya bilasan dengan air suam dan sebagainya kerana susu ibu telah mempunyai kandungan air didalamnya sebanyak 85%!

Dapatkan konsultasi percuma hari ini tentang penyusuan dan Set Menyusu yang sesuai, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...