Skip to main content

Cara Secure Domain dan Website Percuma


Now, Syaza nak share dengan semua orang cara nak pastikan website kita selamat dan secure tanpa perlu nak beli lagi SSL Certificate yang lain. Kalau nak beli, boleh. Takde masalah. Boleh beli di GoDaddy, dan dapatkan kupon. Harganya dalam RM 50 dan ke atas (paling murah).

So, takpelah! Terima kasih je la. I nak yang free dan sah selamat. Ahaks


Perasan tak, kadang-kadang bila buka website atau blog atau apa saja di laman sesawang ni, kadang-kadang kita akan jumpa dengan maran bahawa site kita yang kita join tu tak selamat atau tak secure?
Simbolnya begini : 
  • Secure
  • Info or Not secure
  • Not secure or Dangerous
Maksud di sebalik setiap lambang ini
  •  Secure
    • Informasi yang kita hantar dan dapat dari site seperti ini adalah private.
    • Walaubagaimanapun, kalau nampak site dengan lambang ini, tetap berhati-hati dalam menghantar info private. Pantau address bar (alamat utama) site tersebut sama ada ianya betul laman web yang kita nak masuk atau tak. 
  •  Info or Not secure
    • Site ini tak gunakan connection yang selamat dan private
    • Orang lain mungkin boleh curi data di sini
    • Ada beberapa site, kita boleh cuba untuk masukkan ayat HTTPS dan refresh sekali lagi, sekiranya tak berjaya, boleh hubungi pemilik site untuk secure kan site mereka
  •  Not secure or Dangerous
    • Sebaiknya jangan masuk ke laman sesawang begini
    • Ianya tidak selamat untuk dilawati terutama yang ada tulis
      • Login Not Secure
      • Payment Not Secure
      • Dangerous : Avoid This Site
      • Not Secure : Proceed with Caution
Untuk pastikan laman yang kita lawati selamat, ia perlu ada simbol 'secure'. Bagi pemilik website atau blog yang ada domain, sudah pasti perlu pastikan website anda selamat dari ancaman penggodam dan spamming.
Cuba check website masing-masing, ada simbol yang mana dari tiga di atas tu?
Ok sebelum kita pergi jauh, 

Apa itu SSL Certificate?

Bila kita pergi kepada satu site yang menggunakan HTTPS (connection yang ada sekuriti). Sesiapa sahaja boleh beli certificate dan claim mereka 'selamat'.

Walaubagaimanapun, Chrome, memerlukan laman sesawang untuk gunakan certificate ini dari organisasi yang sah sahaja! Contoh dia, macam blogger ni memang truster organizations dah. 

Disebabkan Syaza pun pening kenapalah kena bayar nak beli dia ni. Jadi, Syaza cuba jaya dan jumpa cara ini! Itu pun sebab google yang hantar notification yang setting macam ni wujud. Thank you for notify me Google! Love ya. Selepas pembelian domain, kita akan aktifkan blog kita untuk transfer domain yang kita beli tadi. 

Contoh simbol tak secure. Yang ini sebelum Syaza aktifkan bagi domain ini secure di website Syaza.

Cara Secure Domain dan Website Percuma

Nota : Tips ini khas bagi yang dah beli domain

1. Login ke blogger

2. Pergi kepada Setting > Basic


3. Lihat pada option https:
Klik 'Yes' pada kedua-dua pilihan https: 


4. Siap!




Nota : Akan mengambil sedikit masa untuk website anda di proses sehingga simbol secure muncul. Syaza punya dalam setengah jam je!

Dah berjaya buat sudi-sudi kan komen dan sebarkan ilmu ni taw. Semoga bermanfaat. Yang belum berjaya boleh hubungi Syaza ok. 

Hubungi Syaza bagi maklumat atau pertanyaan lanjut tentang ini ya. Saya sedia membantu! 😂

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...