Skip to main content

Cara Atasi Kulit Breakout

Serlahkan Kecantikan - Penjagaan Luaran dan Dalaman

Kecantikan adalah sangat sinonim dengan wanita. Ianya juga merupakan satu perkara yang subjektif. Mata setiap dari kita mendefiniskan kecantikan itu adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak dapat lari dari sepakat untuk mengatakan bahawa kulit yang bersih dari sebarang cela adalah cantik!


Kulit tanpa cela dan breakout ialah sesuatu yang sangat diidamkan setiap wanita. Perkara ini menyerlahkan keyakinan diri kita untuk berhadapan dengan sekeliling. Pernah atau tidak, kita segan dengan keadaan kulit yang penuh jerawat itu?

Jerawat cuma salah satu jenis masalah breakout kulit. Ada pelbagai jenis masalah kulit lain yang selalu kita ingin elak darinya iaitu :
  1. Jeragat
  2. Whitehead
  3. Blackhead
  4. Bintik hitam
  5. Tona tak sekata
  6. Kulit kusam
  7. Kedutan halus
  8. Lingkaran gelap bawah mata
  9. Kulit kendur
  10. Jerawat
  11. Pori terbuka

Banyakkan? Ada banyak lagi senarai yang boleh disenaraikan dalam list masalah kulit ini. Pernah atau tidak, kita terfikir sebab musabab terjadinya masalah-masalah kulit ini? Selain dari sebab hormone, stress, kita tidak dapat lari dari meletakkan pemakanan sebagai sebab utama.

Pemakanan harian yang terdedah kepada kurangnya nutrien penting seperti protein, vitamin c, collagen dan sebagainya membawa kepada keadaan kulit untuk breakout dari kebiasaan. Di samping itu, rakyat Malaysia sering menjadikan makanan segera dan fastfood sebagai makanan pilihan.

Tidak hairanlah jerawat mudah naik! Malah, kurang minum air masak juga menyumbang ke arah kulit rosak dan kusam.

Turut perlu kita sedar bahawa, amalan tidak mengendahkan jenis produk kulit yang digunapakai mendedahkan kita kepada masalah kulit breakout ini. Penggunaan kosmetik yang berlebihan serta kandungan merbahaya, menjadikan masalah lebih teruk.

Breakout sering terjadi kerana dua faktor utama, dalaman dan luaran iaitu :
  • Kekurangan nutrien penting kulit
  • Tidak menjaga rutin harian penjagaan luaran kulit

Oleh itu secara tidak langsung, dua faktor ini menjadi langkah utama dalam mengatasi kulit breakout. Apabila kulit mendapat nutrien asas penting kulit secukupnya dan untuk luaran, rutin harian kulit di jaga sebaiknya, masalah breakout boleh kita minimakan.

Lengkapi Nutrien Asas untuk Kulit Kita

Kulit adalah organ terbesar manusia. Ia bukan sahaja merujuk kepada muka atau wajah kita tetapi seluruh badan kita disaluti organ yang bernama kulit.

Kitaran 21 hari adalah kitaran sempurna untuk kulit breakout digantikan kepada kulit yang baru. Malangnya, sekiranya kita gagal melengkapi nutrien asas untuk kesihatan kulit, sel kulit baru yang terhasil juga akan kekal sama - breakout.

Kulit yang disalurkan keperluan nutrien yang cukup akan menyerlahkan kecantikan dari dalam. Kulit kita akan lebih mudah dalam kerja-kerja memperbaiki sel kulit yang rosak, kesan daripada breakout tadi. Selepas berjaya memperbaiki sel kulit rosak, yang baru akan di ganti dengan sel yang lebih cantik berseri.

Hal ini hanya boleh berjaya bagi mereka yang menjaga kecantikan dari dalam. Selain dari itu, memenuhi syarat nutrien asas ini membantu untuk melawan radikal bebas dari menyerang kulit kita untuk lebih merosak dari breakout tadi.

Radikal bebas terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya ialah :
  1. Asap rokok
  2. Pencemaran udara
  3. Sinaran UV
  4. Gas memasak
  5. Haba

Semua ini hampir 80% dari kita terdedah kepadanya. Adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan kulit dalam menangkis serangan radikal bebas dari menyebabkan kulit breakout dan rosak.

Meningkat usia 25 tahun, kualiti kolagen akan menurun sedikit demi sedikit. Pentingnya mendapatkan nutrien asas kulit, ialah bagi memastikan sintesis atau penghasilan kolagen kulit kita kekal di paras optimum dan tidak jatuh merudum secara mendadak.

Kolagen; gam yang menyambungkan kulit kita di antara satu sama lain. Hilangnya kolagen akan ditunjukkan dari kendurnya kulit dan banyaknya garis halus

Penjagaan Regim Luaran Kulit

Penggunaan produk muka yang sesuai membantu menyerlahkan kecantikan kita dengan lebih lagi. Rutin penjagaan harian yang ideal ialah dengan memastikan lengkapnya cucian, menyegar, melembap dan merawat kulit.

Kulit breakout lebih sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Pilih produk sesuai yang tidak menambahkan lagi teruk keadaan kulit kita. Adalah menjadi sangat penting untuk memilih produk yang organik!

Tawaran Set Kulit Sihat


Di Shaklee, kami menawarkan set untuk kulit lebih sihat- luaran dan dalaman. 

Dalaman
  • ESP - Membina sel kulit baru
  • GLA Complex - Melembap kulit dan memudarkan jeragat
  • Carotomax - Beri kesan pipi kemerah-merahan
  • Collagen - Mengekalkan tahap optimum kolagen dan kulit anjal berseri
  • Vitamin C - Mengecutkan jerawat
  • Coq-Trol - Mengelakkan sunburn
Luaran
  • YOUTH Skincare - Skincare organik yang terbukti 100% berkesan mengembalikan kulit lebih cantik!

Kesimpulannya, dalam mengatasi kulit breakout, adalah sangat penting dalam menggabungkan dua elemen - dalaman dan luaran. Kulit sihat dari dalam terserlah di luar!



Dapatkan konsultasi percuma hari ini tentang kulit dan produk Shaklee yang sesuai, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...