Skip to main content

Food Review : Boat Noodle di AEON Melaka

Hai assalamualaikum readers yang sentiasa dirahmati Allah! Al-kisahnya Syaza suka makan Boat Noodle. Tapi dah serik and stop lepas last makan telah kekenyangan dengan jayanya hahaha

Burpp Ahamdulillah dah kenyang! Sikit je makan kali ni. (ok sebenarnya tak kenyang. I am a breastfeeding mother yang selalu lapaq hahaha susu ibu powered by Set Menyusu Shaklee here)
Then, rasa macam muak and bila nampak je kedai Boat Noodle macam taknak pandang je haha. Tapi, semalam craving Boat Noodle pulak. Rindu! Jadinya ajak husbaby makan malam semalam. Pukul 8.30 malam siap-siap, zasss, jom kita ke Boat Noodle dekat AEON Melaka.

Siapa geng Melaka kat sini, angkat tangan jap, please? 🙋💓


Ramai jugak orang even hari Khamis. Penuh parking. Ada dalam 10 minit macam tu kot tunggu parking kat AEON Melaka yang tak pernah sunyi ni. 


pengalaman makan boat noodle
Cara nak order dan pilih makanan dekat Boat Noodle. Ikut je step ni
  • Order Mee
  • Order Side Dish
  • Order Air
  • Repeat Order!

Lama tak datang makan Boat Noodle, banyak menu baru! Mee dia pun baru and lauk baru. Lauk ke? Hentam saja la labu, hehe. 

Kali ni Syaza order 12 mangkuk. But not sure berapa mangkuk Syaza makan compared dengan husbaby. Rasa macam Syaza je makan banyak haha. Breastfeed anak, memang kena banyak makan. We need 500 extra calories berbanding wanita biasa. Just make sure as long as bukan kategori kalori kosong (tak bagi khasiat). 💗

For those yang baru nak berkenalan dengan Boat Noodle ni, portion mee dia sangat sikit. Boleh ngap sekali telan je. Dan satu bowl tu harga sekarang RM 1.90/bowl.


Murahkan? Bolehlah order banyak-banyak! 😜

Yang ni, nampak macam jimat tapi bila kira balik sama jer! haha. Pandai korang marketing yer hehe :D

Flavour Baru (Syaza order ni dua jenis!) Yummy
Save Treat, jimat! :)

New Flavour
Syaza order (cost semua dalam RM 30++)

  • Mee
    • Sweet Kuey Chop
    • Khoo Soi
    • Tomyam Soup (mee dia macam maggi)
  • Meatball Chicken
  • Tempura (terpaksa cancel sebab dah habis, but seriously this one sangat sedap dan list wajib setiap kali ke Boat Noodle)
  • Air Taro (Keladi)

Air order satu -- Share :) Ni perisa keladi. Sedap. Rate : 10/10
Tadaaa. First round dah sampai. Nampak tak macam mee maggi tu? Yang tu jenis Tomyum Soup. Atas dia ada taburan kulit Wonton. Kulit je pun bolehlah labuuu.
Yang ni yang Creamy tu. Mee jenis Khoo Soi tu. Bagi Syaza, Syaza suka. Bagi suami, beliau kata, "Macam masak lemak je," haha



Ni yang Sweet Kuey Chop. Bolehlah. Syukur alhamdulillah.

This one meatball dia. Masa first time dapat, ayat pertama keluar, "Macam pasar malam punya je," Huhu. But actually it isn't. Yang ni lebih sihat sebab tak berminyak dan bukan goreng! :)

Chicken Meatball RM 4.90


My Precious : Dobot

Siap nak cepat pakai sarung je. Looks weirdo sangat bergambar senyum kelat + spek besar gabak! Hehe. Dobot jugak yang omey.

She look sad, makanan dah habis. Haha. Dobot dah 4 bulan dan masih FULLY BREASTFEEDING. Susu ibu powered by Set Menyusu Shaklee.

Dah pandai nak tepuk-tepuk dah nak air, makan semua. Sabaq nohh lagi 2 bulan kita makan ye sayang :)

Ok dah, jom balik! Terima kasih readers yang baca. Jom makan Boat Noodle, jom!

.

Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817 (Klik sini untuk order Shaklee)

COD Shaklee Melaka + Pos Seluruh Malaysia

Founder of DEG Shaklee Group.



Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...