Skip to main content

Kisah Benar : Akibat Suka Makan Pedas dan Lambat Makan (Hampir Kanser!)

Makan Pedas Satu Kelebihan?

Majoriti rakyat Malaysia suka makan pedas. Tak pedas tak sah. Lagi pedas lagi kaw. Siapa tak makan pedas umpama salah di sisi masyarakat. Seolah satu kelemahan. Makan pedas memang sedap tapi akibat dia, kita sendiri tak sangka.


Lambat / Skip Waktu Makan Normal?

Gambar Sekadar Hiasan
Bangun pagi, kelam kabut nak pergi kerja sampai makan pun tak sempat. Masuk waktu lunch, busy. Akhirnya waktu makan kita skip atau kita lambat-lambatkan.

Bila dah skip atau lambat mulalah sakit perut. Mula-mula macam biasa. Tapi kalau dah sampai bertahun, parah akibat dia!

10 Tahun Suka Makan Pedas Sakit Perut

Sharing dari Twitter dalam bentuk thread. Kisah benar, Sister kita-- Jia namanya, suka makan pedas dan skip / lambatkan waktu makan!

Jia share akibat selepas habit atau tabiat dia yang suka sangat makan pedas. Lagi pedas lagi kaw! Dan habit Jia satu lagi adalah suka lambatkan waktu makan. Akibatnya.. Sangat menakutkan. Seksa.

Ikuti Kisah Benar, Jia telah disahkan 1st stage Barret's Esophagus yang jika terlambat dalam rawat dan kawal boleh membawa kepada kanser.

"Jia, suka makan pedas dan lambatkan waktu makan. Sejak dari zaman U dan terbawa sampai sekarang. Kalau makan pedas tu, lagi pedas lagi kaw! Lagi Jia suka. And bila lambat makan, sekali makan dia punya melahap, kau pepaham je la! Nak pedas lagi dan lagi. Macam tiada hari esok?!

Awalnya tu, Jia rasa sakit perut. Mulanya ingat macam biasa je la. Jia amek Gaviscon dan yag lainnya. Dalam handbag memang siap sedia je la. Bila kena 'attack' Jia amek yang sachets tu. So, macam tu je la. Jia rasa ok je. Kena 'attack' amek la Gaviscon semua tu.

Sampailah satu hari tu, SELEPAS 10 TAHUN, satu hari, Jia rasa sakit perut, susah nak nafas, tengkuk stiff, macam kejang, tidur pun terkejut-kejut, and dalam perut rasa benda bergerak-gerak. Jumpa doc, doc nak buat Endoscopy. 

Endoscopy ni ada dua cara, ada yang 'tidurkan' patient dulu, and satu lagi tak 'tidurkan'. Macam Jia, kena yang 'tidurkan' masa endoscopy tu.

Result endo Jia, doc jumpa hati yang berlemak dan kolestrol. Siapa cakap orang kurus macam Jia takde masalah kolestrol? 

And, Doc kata, esophagus merah gile sebab long term asid reflux. Dan LES Jia dah longgar, dan ada Hiatal Hernia dan polyps (kalau dibiarkan boleh jadi kanser!).

Jadi doc diagnosed Jia ada 1st stage Barret's Esophagus (BE). Doc kata boleh bawa pada kanser. Jia sangat cuak dan takut, bila doc cakap boleh lead to cancer. Tapi nasib baik jumpa awal. Kalau nak taw, orang yang ada BE ni, senang nak dapat kanser tapi rare cases la. Dalam ramai-ramai tu 1% je but still kena berhati-hati.

Bila dah masuk group GERD dengan BE, baru taw rupanya siapa ada dua ni ada penyakit anxietty. Yela, bayangkan bila tidur tu rasa sesak nafas macam nak mati!

Bila dah kena BE tu memang ada follow up check up. Lagi 6 bulan nak endoscopy lagi. So memang dah kena start jaga makan. Kalau gi kenduri kendara tu, control je la makan. Yela takkan nak tuan rumah buat salmon grilled pulak kan.

So kalau siapa yang cakap, "Ala gastrik je pun," Asal dari gastrik tu la boleh melarat sampai kanser taw! So, jagalah pemakanan dari sekarang. Jangan cakap sis tak payung,"

Apa itu GERD?

maksud GERD blog

Singkatan dari gastroesophageal reflux disease (GERD) atau refluks gastroesofageal

GERD berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.

GERD juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.

Apa itu LES?

maksud LES blog

Satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter esofagus bawah (LES)

Apa itu Barrett's Esophagus (BE)?

maksud be gastrik

Barrett's Esofagus adalah komplikasi serius GERD yang bermaksud penyakit refluks gastroesophageal. Untuk penyakit Barrett's Esofagus ini, tisu biasa lapisan esofagus tiub itu membawa makanan dari mulut ke perut - perubahan kepada tisu yang menyerupai lapisan usus.

Apa itu Polyps / Polips?

orang gastrik ada polips

Polip adalah tisu-tisu yang secara tidak normal telah tumbuh dan boleh ditemui di mana-mana organ yang mempunyai saluran darah. Antara tempat yang biasa ditemui ialah di usus, hidung atau rahim (uterus). 

Kerana ia merupakan sel tidak normal yang tumbuh, maka, diakhirnya (sekiranya tidak di rawat sebaiknya) boleh membawa kepada barah atau kanser (malignant). Walaubagaimanapun, kebanyakan polip bukan kanser (benign).

Tips dari Jia :


  • Jangan makan benda pedas
  • Makan kerap
  • Jangan skip makan
  • Tak boleh lambatkan makan
  • Makan kerap dengan kuantiti sedikit

Bacaan lanjut di sini. Perkongsian dari Jia Shamsuri

1. Ini Thread untuk yang SUKA MAKAN PEDAS + LAMBATKAN MEALTIME


2. "Lepas 10 tahun baru rasa azab akibat lambat makan dan suka makan pedas,"


3. "Rasa sakit dekat tengah-tengah perut. Nak sendawa, kentut macam stuck (tersekat). Bernafas pun tak boleh! Rasa terbakar dekat ulu hati,"


4. "Mula-mula ingat benda biasa. Jadi makan je la Gaviscon semua tu. Sampailah rasa kena pergi jumpa doctor. Rasa benda gerak-gerak dalam perut! Sakit kepala, tengkuk, tak boleh nafas, tekak rasa sempit je."



5. "Pergi hospital. Dan doktor buat ENDOSCOPY (masukkan kamera dalam tu),"




Tips
Sebelum endoscopy : Jangan makan banyak-banyak

6. "Hati berlemak, kolestrol tinggi!"


7. "Result endoscopy : Eosophagus dah merah giler sebab long term asid reflux yang jadi tu. Ada polyps, kalau biar boleh jadi cancer! Doc diagnos aku ada 1st stage of BARRETT'S ESOPHAGUS!"


8. "Dah cuak dah doc kata, can lead to cancer!"


9. "Kena start jaga dan pantang makan,"


10. "Orang GERD dan BE ada anxiety. Yela tidur malam sampai sesak nafas rasa nak mati tahu!"


11. "Jagalah pemakanan, jangan ingat gastrik boleh buat main-main!"


Formula simple : Bermula dari gastrik > Ulser Perut > Kanser

Nauzubillah, minta dijauhkan. 

Bacaan Selanjutnya : Atasi Gastrik dari Awal

Fatin Syaza
Stokis Vivix Shaklee Melaka
0187684817 (Touch to Order Shaklee)

COD Shaklee Melaka

Pos Seluruh Malaysia 

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...