Skip to main content

4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan

4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan 

"Memang tidak wajib,"
"Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan, kita boleh rugi besar!"

Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita berupaya selalu melaksanakannya.

(1) Solat Tahajud

"Solat tahajud" merupakan solat sunat yang "paling utama".

Rasulullah mensabdakan:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. An Nasa’i)

Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (solat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah kerjakan. Sebab bagi beliau, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad.

Tahajud juga merupakan satu-satunya "solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran" berikut keutamaannya.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
“Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)

(2). Solat Witir

Seperti halnya solat tahajud, solat witir juga sentiasa Rasulullah lakukan. Beliau juga mewasiatkan agar kita memelihara solat ganjil tersebut.

إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، فَحَافِظُوْا عَلَيْهَا، وَهِيَ اَلْوِتْرُ

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi kalian tambahan solat, maka peliharalah dia, iaitu Solat Witir.” (HR. Ahmad)

Solat witir merupakan "salah satu dari tiga wasiat Rasulullah" kepada Abu Hurairah untuk sentiasa dikerjakan, "jangan sampai ditinggalkan".

(3) Solat Sunat Fajar

Solat sunat fajar atau solat sunat qabliyah (sebelum Subuh) hendaklah kita upayakan sekuat tenaga untuk kita amalkan.

Keutamaannya yang luar biasa, sungguh membuat kita merugi jika meninggalkannya.

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

“Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.”(HR. Muslim)

Dalam praktiknya, Rasulullah sentiasa menjaga solat sunat ini bahkan melebihi solat sunat lainnya.

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu solat sunat pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat solat sunat fajar.” (HR Bukhari dan Muslim)

(4). Solat Dhuha

Jika ketiga solat tahajud dan solat witir dikerjakan di malam hari dan solat fajar dikerjakan setelah terbitnya fajar, Solat dhuha adalah "Solat sunat di pagi hari" yang keutamaannya luar biasa. 
Kerananya, Rasulullah mewasiatkan Abu Hurairah untuk tidak pernah meninggalkannya.

أَوْصَانِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِثَلاَثٍ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَىِ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

“Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...