Skip to main content

11 Punca Sakit Lutut & Cara Atasi

punca sakit lutut

Sakit lutut selalu dikaitkan dengan faktor usia. Namun begitu, tidak semestinya. Di zaman kala ini, orang muda juga senang nak dapat sakit lutut ni. Jom hari ini Syaza kongsikan kepada semua tentang punca yang menyebabkan sakit lutut ini.

11 PUNCA SAKIT LUTUT

1. UMUR
Semakin meningkat umur seseorang, kandungan kolagen yang berfungsi sebagai 'gam' kepada tendon, ligamen dan sendi akan semakin berkurang dan menurun. Jadi, mereka yang berumur akan kerap kali didatangi sakit lutut terutama sekiranya dari zaman muda sudah terdedah kepada risiko awal untuk mendapat sakit lutut.

2. BERAT BADAN BERLEBIHAN
Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengakibatkan lutut perlu menampung beban yang lebih dari sepatutnya. Beban ini akan menyebabkan seseorang mengalami kesakitan di bahagian lutut mereka. 

Perasan tak, bila berat badan naik, kita akan rasa cepat letih dan sengal-sengal terutama bahagian lutut?

Check Body Mass Index (BMI) anda sama ada berat berlebihan, kurang atau normal di sini.

3. BERSUKAN
Mereka yang gemarkan aktiviti sukan dan lasak seperti mendaki gunung, marathon, berlari, berenang dan sebagainya, akan lebih mudah terdedah kepada sakit lutut. Selain daripada terdedah akan bahaya untuk jatuh, cedera dan sebagainya, golongan sebegini memerlukan mineral dan kalsium penting untuk kekal aktif dan segar ketika bersukan dan membuat aktiviti.

4. PEMAKANAN
Pengambilan makanan tidak sihat secara kerap seperti gula putih, fast food, makanan frozen dan yang sewaktu dengannya, akan mengakibatkan kita mendapat berat badan berlebihan. Hal ini akhirnya menangkap sendi dan menyebabkan kesakitan yang dirasakan pada bahagian lutut. 

5. RETAK TULANG
Ketika terjatuh mahupun terseliuh, risiko untuk tempurung lutut retak adalah tinggi.

6. TULANG PATAH
Kecederaan teruk atau ringan akibat kemalangan, terjatuh, yang berkaitan dengan lutut, akan menyumbang kepada tulang lutut patah.

7. KERADANGAN TENDON
Tendon adalah tisu yang bersambung daripada otot kepada bahagian lutut. Kepada golongan yang melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti larian, berbasikal, mendaki gunung dan melompat akan memberi tekanan yang berlebihan ke atas tendon. 

Ia akan mengakibatkan berlaku keradangan dan sakit lutut.

8. RADANG SENDI

Keradangan sendiri terbahagi kepada 4 jenis :

Osteoarthritis. Jenis radang sendi ini selalu menyerang golongan berumur. Tisu rawan di bahagian lutut semakin menghakis dan cecair synovial akan makin kurang kerana peningkatan umur. Disebabkan itu, geseran tulang bersama tisu di sekeliling, menyumbang kepada lutut yang rosak dan akhirnya berlaku kesakitan lutut disebabkan radang sendi jenis ini tadi.

Rheumatoid Arthritis. Keradangan sendi rheumatoid atau rheumatoid arthritis merupakan satu penyakit auto-imun. Sel pertahanan dalam badan akan bertindak menyerang sendi pada badan kita sendiri. Ia disebabkan radikal bebas dan faktor di luar badan seperti asap rokok, jangkitan kuman dan trauma pada badan. Beza antara radang sendi jenis rheumatoid arthritis dan osteoarthritis adalah, dalam rheumatoid arthritis, sel pertahanan badan kita sendiri akan serang lapisan synovial yang menyelaputi sendi di bahagian lutut

Gout. Gout ialah radang sendi yang terjadi kerana berlakunya pengumpan asid urik dikawasan sendi tersebut. Kebiasannya mereka yang ada gout akan mengadu kesakitan melampu terutama di bahagian ibu jari kaki dan lutut.

Septic Arthrtitis. Radang sendi kerana jangkitan kuman di kawasan tersebut.

9. KEPALA LUTUT BERALIH
Tempurung lutut yang beralih juga antara punca yang menyebabkan sakit lutut. Ada pelbagai sebab yang membolehkan ianya teralih antaranya ialah kemalangan.

10. LUTUT BENGKAK
Bengkak berlaku pada selaput yang ada lendir (juga dikenali sebagai pelincir sendi). Rasa sakit berlaku kerana kesan lutut akibat terjatuh, atau terlalu kerap digunakan dengan aktiviti lasak mahu pun kerja-kerja berat.

11. TISU KOYAK
Tisu rawan yang terletak di bahagian sendi lutut, berfungsi sebagai pelancar dalam pergerakan lutut. Ia boleh koyak sekiranya seseorang mengalami kecederaan dalam bersukan seperti bola sepak.

ELAK UBAT SAKIT LUTUT YANG MENGANDUNGI STEROID

elak ubat lutut injection

Terdapat juga ubat-ubatan yang boleh kita dapatkan di farmasi dan hospital, tetapi, perhatikan ubat tersebut sama ada mempunyai kandungan steroid atau pun tidak. Sekiranya mempunyai steroid, adalah lebih baik kita elakkan. Terdapat juga ubat dalam bentuk suntikan di bahagian lutut.

Hal ini kerana, ubat yang mengandungi steroid, hanya akan memberi kelegaan yang bersifat sementara. 

Kesan jangka panjang yang akan kita dapatkan apabila mengamalkan ubat sakit lutut yang ada steroid ialah :
  • Hormon badan terganggu
  • Berat badan naik mendadak
  • Selera makan tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah insomnia (susah tidur)
  • Edema (air berkumpul dalam badan - bengkak)
  • Tulang mudah rapuh (osteoporosis)

CARA ATASI SAKIT LUTUT

Ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah sakit lutut. Antaranya ialah :
🔷 Mengurangkan berat badan 
🔷 Bersenam dan bersukan dengan posisi yang baik dan betul
🔷 Menggunakan alat penyokong lutut jika mengalami masalah lutut berlarutan
🔷 Pilih aktiviti sukan yang sesuai
🔷 Makan makanan yang bernutrisi sihat untuk kesihatan lutut dan sendi

NUTRISI UNTUK SENDI LUTUT SIHAT

🔵 GLUKOSAMINA. Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir synovial.
🔵 VITAMIN C. Menghalang kerosakan yang disebabkan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit Rheumathoid Arthritis dan sendi pada radang.
🔵 KALSIUM & MINERAL. Penting dalam membina sel tulang sihat dan kuat.
🔵 OMEGA-3. Agen anti-inflamasi dan anti-radang pada sendi. 

CADANGAN VITAMIN (SET SENDI & LUTUT SHAKLEE)

set sendi dan lutut shaklee

Dalam Set Sendi dan Lutut Shaklee, kami mempunyai 3 item yang berfungsi dan bekerjasama dalam mengatasi sakit lutut ini. Item dalam set ini, akan mengekalkan tulang rawan yang sihat, mengelakkan inflamasi atau keradangan, dan mengekalkan sel tulang yang kuat.

FUNGSI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE

AJHT SHAKLEE SAKIT LUTUT

Advanced Joint Health Tablet Shaklee (AJHT Shaklee)
➤ Menyokong keselesaan sendi
➤ Meningkatkan kesan kusyen
➤ Memelihara tisu 
➤ Penyambung tulang rawan yang sihat


OMEGA GUARD SHAKLEE
Omega Guard
➤ Melambatkan proses penurunan tulang rawan kerana faktor umur
➤ Mengurangkan reaksi keradangan sendi dan kesakitan
➤ Bertindak sebagai pelincir sendi 
➤ Kurangkan kesakitan akibat geseran

OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix
➤ Membantu menguatkan tulang
➤ Mengelakkan masalah radang sendi terutamanya Osteoarthritis

TESTIMONI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE

TESTIMONI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE

TESTIMONI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE

TESTIMONI SET SENDI & LUTUT SHAKLEE


Dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...