Skip to main content

4 Vitamin Anti-Kemurungan Terbaik

vitamin shaklee untuk masalah murung

Kira-kira 14.8 million orang iaitu hampir 7% orang dewasa US, merana akibat masalah kemurungan lampau (National Institutes of Health). Di Malaysia sendiri, kadar ugutan bunuh diri dan berjaya bunuh diri akibat masalah kemurungan ini semakin meningkat saban tahun.

Adakah kemurungan ini suatu perkara yang boleh di buat main? Tidak sama sekali.

Antara punca kemurungan, selain daripada sejarah hitam masa lampau, tekanan perasaan berlebihan, pemakanan dan gaya hidup seseorang juga memberi pengaruh besar terhadap mudahnya untuk mendapat masalah murung.

Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam General Psychiatry pada tahun 2005, melaporkan, terhadap 240 pesakit yang mengalami kemurungan, hasilnya menunjukkan, separuh daripada mereka tidak menunjukkan sebarang kesan pemulihan kemurungan walaupun setelah di beri ubat-ubatan untuk anti-murung atau antidepressant ini. 

38% responden dalam kajian terkini sebuah syarikat penyelidikan di Chicago, Mintel, menunjukkan, mereka lebih memilih untuk menggunakan kaedah rawatan secara natural dan semulajadi berbanding menggunakan ubatan yang ada kesan sampingan jangka masa panjang.

Ini adalah 5 Jenis Vitamin Paling Top dalam mengatasi dan mengawal masalah stress, murung, depression dan untuk mengembalikan mood dari hari ke sehari.

3 Vitamin Anti-Kemurungan Terbaik

1. Minyak Ikan (Fish Oil)

"Minyak ikan, kaya dengan asid lemak omega-3, yang menjadi pembentuk asas untuk perkembangan otak manusia," kata Paul Anderson, seorang Professor dalam bidang Perubatan Naturophatic di Universiti Bastyr di Kenmore.

Kajian menyokong teori bahawa asid lemak baik omega-3 memainkan peranan penting di dalam kesihatan otak dan minda terutama dalam memperbaiki mood seseorang, gejala kemurungan (depression) dan fungsi kognitif minda seseorang. 

Elizabeth Trattner, AP dan Doktor bagi Perubatan Oriental dan Akupuntur menyatakan, sekurang-kurangnya 2,000mg omega-3s iaitu DHA dan EPA diperlukan dalam diet harian kita bagi merangsang mood harian yang lebih baik dan mengelakkan masalah murung yang berlanjutan.

2. Vitamin B

Ketidakseimbangan bahan yang diperlukan dalam membantu proses neuron otak untuk berfungsi dengan baik iaitu serotonin, menyebabkan sering menyumbang kepada masalah kemurungan. Kehadiran serotonin amat diperlukan bagi memastikan sistem neuron dan otak seseorang berjalan dengan baik.

Pengambilan Vitamin B (B3, B6 dan B12) membantu proses pertukaran triprofan asid amino dalam badan kepada serotonin dengan baik menjadikan serotonin lebih seimbang. 

Kajian pada tahun 2004 melaporkan, 140 orang yang didapati mengalami masalah kemurungan mempunyai kadar kandungan Vitamin B6 yang sangat rendah dalam darah mereka.

"Mengambil B-Complex sekurang-kurangnya 20mg sehari membantu untuk memperbaiki mood dan anti-depressant yang lebih baik," Sally Warren, PhD ND, Metro Intergrative Pharmacy. 

3. Iron

Antara tanda kekurangan iron paling kritikal ialah masalah lemah kurang tenaga, keletihan melampau dan mood, emosi harian yang tidak stabil. Jika simptom ini ada pada diri anda, maka anda adalah termasuk dalam kalangan 10% wanita dan 2% lelaki yang merana akibat kekurangan iron.

4. Kalsium & Magnesium

Magnesium membantu mengurangkan ketegangan otot, sembelit, memberi sensasi tenang dan memainkan peranan penting di dalam penghasilan hormon untuk kegunaan proses regulasi otak, seperti yang diterangkan oleh Trattner, AP dan Doktor bagi Perubatan Oriental dan Akupuntur.

Makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang kering, dan sayuran berdaun hijau. Selain itu, disyorkan untuk mengambil suplimen dengan kandungan magnesium 320 hingga 450mg setiap hari terutama malam, bagi mengelakkan masalah insomnia yang menjadi antara punca utama kemurungan berlarutan ini.

Cadangan Vitamin Shaklee & Masalah Murung

Set Anti-Kemurungan Shaklee


vitamin shaklee untuk masalah murung
Klik untuk Order

Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor,
COD Shaklee Melaka [Free COD Malim Jaya & Pokok Mangga],
Pos Seluruh Malaysia.

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...