Skip to main content

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk


Dulu  saya  fikir  solat  Dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki, dan dulu juga saya  fikir, Rezeki itu  berupa wang, gaji yg besar, banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di Bank, banyak asset seperti kenderaan, properties di sana-sini, dll. Setelah mencari  apa makna Rezeki sebenar dalam Islam (sesuai yg tertera dalam  Al Quran dan  Hadis ternyata anggapan saya benar2 salah dan melencung jauh.

Ternyata.....

🍁 Langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah  rezeki.

🍁 Langkah kaki yg dimudahkan untuk  solat  berjemaah di masjid, adalah  rezeki.

🍁 Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah  rezeki.

🍁  Punyai  kawan2 & sahabat yang  soleh & solehah yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

🍁  Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga  rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri & mudah trdorong melakukan maksiat.

🍁  Punya orang tua yang sakit2, ternyata itu adalah  rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu surga bila kita tulus  ikhlas menjaga & mengurus kedua orng tua kita.

🍁 Tubuh yang  sihat, adalah  rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redho dan sabar.

🍁 Dan...dan...dan mungkin ada lagi jutaan list lainnya bentuk2  rezeki yang kita tidak  sedari dan tak terfikirkan.....

Suami Istri dan anak2  sihat itu  rezeki, anak-anak pelajaran nya  lancar itu  rezeki, hidup  rukun  sesama  jiran tetangga itu rezeki... Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yg mengajak kebajikan dari Group WhatsApp itu juga  rezeki, kerana  anda mendapatkan Ilmu darinya...

Justru apa yang harus kita  berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih2 lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan,  sedangkan... masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...

"Mari sebarkan kebaikan dan nikmati  Rezeki2 yg Allah amanahkan  kepada  kita"

‎ *ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*

".. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid - 57:20)

(Dipetik daripada facebook Usrah Wanita Solehah)

.


Semoga kita sama-sama dapat ambil manfaat darinya :)

Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor | 1245903,
018-768-4817 , COD Shaklee Melaka Available.

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...