Skip to main content

Vitamin Syaza Dah Official Daftar SSM


Akhirnya.

Syukur alhamdulillah, setelah sekian lama nak buat (sebab sebelum ni selalu bertangguh disebabkan banyak kerja lain yang lebih utama), akhirnya selesai pendaftaran Vitamin Syaza sebagai sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Phew, panjang perenggan intoduction. Baca sekali nafas taw, hehe

Syaza cari SSM dekat kawasan Melaka and luckily SSM Melaka ni ada dekat UTC! Sebelah UTeM tu. First time keluar berdua dengan si dobot, Zehraa.

Seharian dukung dia. Sakit lengan ibu oi ahaha


Mudah je cara-cara nak daftar. Sebenarnya Syaza dah daftar online di sistem aplikasi SSM e-Biz tapi sebab kena dapat approval touch print ID di SSM so nak tak nak I kena juga menapak ke SSM. 

Sampai je kaunter terus tanya, "Daftar kat sini boleh tak Encik? Kalau kat sini sekejap je kan siap,"


Encik kaunter jawab, "Haah buat kat sini sekejap je siap,"

So Syaza daftar, bayar semua dekat SSM UTC Melaka tu. Serius tak sempat nak snap gambar just snap gambar Sijil SSM je. Bayaran untuk pendaftaran atas nama syarikat yang selain nama di IC adalah sebanyak RM 60 je. Syaza request sijil so extra RM 10.

"Cik, sini cash je ek?"

"Ye cik cash sahaja,"
"Oh singgit-singgit boleh yer cik. Saya ada duit singgit je banyak dalam dompet sekarang ni, huhu,"


Maka, daku keluarkanlah singgit-singgit tu sampai tujuh puluh hengget ahaha

So, secara rasmi, Vitamin Syaza dah berdaftar di bawah SSM secara sah! :)

vitamin syaza ada sijil ssm
Vitamin Syaza jual apa? Jual vitamin dan suplimen jenama Shaklee! Nak beli boleh order dengan Syaza taw, bagi taw kawan-kawan dan saudara mara sekali yea

TQ

:D

xoxo,
Syaza (Certified Shaklee Distributor)

Popular posts from this blog

Short Trip Muar November 2018 : Jalan-Jalan Cari Makan

Sempena cuti Maulid Rasul Nabi Junjungan kita, Rasulullah saw yang jatuh pada Selasa (20/11) hari tu, Syaza dan family kecilku, ada berjalan-jalan sekejap dekat Muar. Actually, kekasih hati, suamiku, out station sebentar kat sana, alang-alang, kami amek kesempatan, jalan-jalan kejap la di Muar! Sambil menyelam, minum air, katakan. Syaza ni nama je orang Johor, tapi belum pernah sekali pun tidur menginap dekat Muar. Mungkin sebab I fikir, ala, Muar je pun (?) Ish! Syaza oi, kalau nak tahu, 'Muar je pun' ini adalah bandar yang terbersih di peringkat negara ASEAN taw. Serius, Muar memang bersih! Sampah sarap memang susah nak jumpa di kawasan tepi-tepi jalan ni.  Terbaik Muar. Trip kali ni singkat jer, tapi cukup untuk cipta memori dan kenangan bagi kami sekeluarga. 1. Dataran Tanjung Mas Dataran ni sama macam dataran yang ada di negeri lain, bezanya, dataran ni ada di sana, replika kenangan stesen kereta api Muar yang satu ketika dahulu ada di ...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Panggilan Lain Yang Lebih Sopan dari "Sis" Saya Terpikat!

Dunia hari ini kadang-kadang menyebabkan kita agak terbatas untuk berfikir dan address seseorang dengan gelaran yang lebih sopan terutama apabila kita tidak tahu nama mereka. Jalan singkat kita lebih gemar panggil gelaran "Sis". Kerana ia sudah seperti kebiasaan di masa kini. Kadang tu tak kisahlah dan tak tahu pun orang tu perempuan atau lelaki semua kita pakai taram panggil "Sis". Hahaha. Sekali rupanya lelaki dah hehehe. Ada juga yang memanggil lelaki dengan gelaran "Abang". Bagi rakyat Malaysia terutama berbangsa Melayu, "Abang" ini ialah panggilan kasih sayang. Jadi mungkin sekiranya kita address dengan panggilan ini, ada hati yang tak suka contohnya isteri mereka sudah tentu! Hihihi. Ada ke isteri yang suka perempuan lain panggil suami mereka "Abang"? Ya mungkin ada sekiranya mereka juga jenis perempuan yang gemar memanggil lelaki selain suami mereka gelaran tersebut.  Untuk golongan wanita dan perempuan pula, k...