Skip to main content

Rahsia Kelebihan Minyak Ikan Omega-3

minyak ikan omega 3 terbaik

Minyak ikan adalah nutrisi yang sangat diperlukan kerana dalamnya terkandung omega-3 yang kaya dengan pelbagai khasiat. Omega-3 adalah tidak asing lagi. Syaza yakin ramai di antara kita dah kenal dan pernah dengar tentang minyak ikan omega-3 ini. 

Kandungan Terbahagi

Secara asasnya, minyak ikan adalah minyak atau lemak yang di ekstrak dari ikan. Kebiasaanya ikan-ikan yang di pilih untuk di ekstrak ialah, ikan bilis, hering, tuna dan mackerel. Adakala, sesetengah jenama syarikat suplemen, menghasilkan minyak ikan dari hati ikan atau lebih dikenali sebagai minyak ikan kod.

World Health Organisation (WHO) menyarankan agar kita mendapatkan hidangan ikan penting ini sebanyak 1 hingga 2 hidangan setiap minggu. Hal ini kerana asid lemak omega-3 mempunyai banyak khasiat dalam melindungi diri kita dari pelbagai jenis penyakit antaranya masalah jantung dan kolestrol.

Sekiranya kita gagal mendapatkan hidangan ikan seperti yang disarankan, adalah dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan bagi melengkapkan keperluan tubuh kita.

minyak ikan omega 3 terbaik

Minyak ikan omega-3 ini adalah asid lemak tidak tepu yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh badan kita.  Minyak ikan terbahagi kepada dua :

Dari sumber ekstrak ikan :

  • Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
  • Docosa Hexanoic Acid (DHA)

Dari sumber ektsrak tumbuhan :

  • Alpha Linoleic Acid (ALA)

Walaupun ALA mempunyai pelbagai khasiat, namun, EPA dan DHA mempunyai lebih lagi khasiat dan kelebihan berbanding hanya ALA.

Sifat utama asid lemak omega-3 ini ialah ia bersifat anti-keradangan (anti-inflammation). Selain dari membantu mencegah berlakunya pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung, ia juga baik dalam mengawal paras kolestrol dalam darah dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam darah.

Orang Jepun, Kepulauan Mediterranean dan Eropah

Orang Eskimo dan Ikan
Sejak beberapa dekad yang lalu, para saintis fokus kepada asid lemak omega-3 setelah mereka mendapati, masyarakat Inuit dan Eskimo, mempunyai risiko dan kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding masyarakat Eropah dan Amerika!

Makanan Tinggi Lemak 

Warga Emas Jepun Sihat Omega 3
Makanan mereka kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu makanan yang terdiri daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun, secara amnya mereka kurang terdedah dengan sayuran.

Selain dari itu, penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Mediterranean (Crete) didapati turut mempunyai kadar risiko penyakit jantung yang rendah berbanding masyarakat barat ekoran amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Kajian Saintifik

  1. 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap omega-3 (EPA dan DHA) sebagai satu suplemen yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit koronari (jantung).
  2. 1999, penyelidik dari GISSI-Prevenzione telah menyatakan di dalam sebuah jurnal perubatan; The Lancet tentang sebuah kajian. Di dalam kajian tersebut yang melibatkan 11,324 pesakit jantung, mereka diberikan suplemen omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari. Hasil kajian, didapati ada pengurangan kadar kematian akibat serangan sakit jantung kali kedua sebanyak 45%. Selepas tiga bulan dan ke atas, lebih banyak kesan positif didapati ke atas mereka dengan pengambilan omega-3.
  3. The Diet and Reinfarction Trial (DART Study), sebuah kajian di US, telah mengaitkan hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya asid lemak omega-3 dengan pengurangan kadar serangan sakit jantung kali kedua; adalah sangat kuat. 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya, dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit lain, tidak dinasihatkan begitu. Selepas 2 tahun, didapati, pesakit yang di beri nasihat untuk mengamalkan pengambilan hidangan ikan, menunjukkan kesan penurunan kadar kematian, risiko mendapat serangan sakit jantung kali kedua sebanyak 29%.
  4. Pada tahun 2006, American Journal of Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA), melaporkan, kesan positif pengambilan omega-3 kepada kesihatan jantung. Risiko kejadian penyakit serangan jantung adalah rendah dalam kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.
Bersedia untuk makan hidangan ikan hari ini dan konsisten dengan pengambilan suplemen omega-3?

Fatin Syaza | Hantu Ikan Omega-3,
Certified Shaklee Distributor,
📲 018-768-4817 (Touch to WhatsApp)
COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia.

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...