Skip to main content

Tips Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Bulan Puasa

Tips Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Bulan Puasa

Tempoh penyusuan sempurna sehingga anak mencecah umur 2 tahun, memberi banyak cabaran buat para ibu yang menyusukan anak. Paling kurang, mesti akan melalui 2 kali Ramadhan, dengan pengalaman menyusukan anak.

Malah, ada yang turut di beri peluang oleh Allah, menyusu dan sekaligus mengandung di bulan Ramadhan. Namun, ini bukan alasan untuk kita tidak terus menjalankan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan ini dengan baik dan istiqamah.

Ibu Menyusu perlu EXTRA 500 kalori bagi pengambilan makanan berbanding ibu biasa

Umum perlu sedar dan tahu bahawa, menyusukan anak ini umpama membakar kalori seperti mendaki sebuah gunung tau! Memang sangat letih dan penat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu ialah
  • Dehidrasi
  • Hilang air dengan banyak
  • Letih
  • Lesu
  • Pening kepala
  • Susu kurang

Poin terakhir, sangat membuat hati kita sebagai seorang ibu resah dan susah. Masakan tidak, melihat bibir anak kering dan pecah, kerana kurang susu terutama susu hindmilk. Lalu, kita pun ambil keputusan untuk berbuka. Ya, sememangnya syarak membenarkan untuk berbuka bagi ibu menyusu jika ianya memudaratkan bayi atau ibu atau keduanya sekali.

Tetapi, hakikatnya, ada pelbagai cara yang kita boleh dilakukan untuk kekal bertenaga dan aktif walaupun dalam masa yang sama perlu melalui fasa menyusukan anak ini. Jom kita cuba satu persatu di bulan puasa ini supaya susu tetap melimpah dan kita sebagai ibu menyusu kekal bertenaga aktif.

Tips Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Bulan Puasa

1. Bersahur, Lebihkan Protein


Jangan sesekali skip sahur! Pastikan ibu menyusu bersahur setiap hari tanpa tertinggal. Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi lengkap. Karbohidrat, protein, vitamin. Lebihkan pengambilan protein kerana, susu yang berkualiti akan terhasil dengan lebih baik melalui protein yang di ambil ibu. 

2. Minum Air Secukupnya


Sepanjang bulan puasa, pastikan ibu menyusu mengambil air putih atau air masak secukupnya di waktu sahur, berbuka dan juga selepas berbuka. Hal ini bagi mengatasi masalah dehidrasi atau kehilangan air yang banyak di dalam badan. Menyusukan anak, akan kerap membuat si ibu berasa dagaha.

3. Cuba Air Nabeez


Air nabeez, selain ianya adalah sunnah junjungan tercinta Rasulullah SAW, ia juga terkenal bagi dijadikan milk booster untuk para ibu menyusu. Cara membuat air nabeez ialah, rendam kurma ATAU kismis selama semalaman. Rendaman kismis atau kurma hendaklah di buat berasingan. Kalau nak kurma, kurma sahaja. Begitu juga kismis. Tidak boleh di campur sekali. Perlu pilih salah satu. Selepas di rendam semalaman, keesokan hari sewaktu bersahur, boleh campurkan bersama susu atau oat atau Energizing Soy Protein Shaklee (ESP).

4. Berbuka Sempurna


Segerakan waktu berbuka. Selain sunnah, ianya membantu ibu menyusu agar tidak mudah lesu dan letih untuk keesokan hari. Sebagaimana bersahur, waktu berbuka juga perlu dipastikan agar pengambilan makanan di ambil dengan zat dan nutrisi penuh bagi membekalkan kembali keperluan untuk menghasilkan susu terutama susu jenis hindmilk atau susu berkalori tinggi di dalam badan.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee Khas untuk Ibu Menyusu


Sebenarnya, ini bukan lagi rahsia. Ribuan para ibu di Malaysia, sentiasa memastikan stok ESP ada di rumah, terutama di bulan puasa. Hal ini kerana, ESP ini sejak dari dahulu lagi sudah terbukti di dalam membantu para ibu yang menyusukan anak, untuk sentiasa bertenaga dan aktif walaupun di dalam fasa menyusukan anak. Bukan itu sahaja, susu yang dihasilkan juga sentiasa berkualiti tinggi. 

Jom kita lihat testimoni ESP Shaklee membantu memperbanyak susu, serta memberi tenaga kepada ibu menyusu di bulan puasa, Ramadhan yang mulia ini.

testimoni esp shaklee untuk ibu menyusu ketika berpuasa

testimoni esp shaklee untuk ibu menyusu ketika berpuasa


Dapatkan ESP Shaklee Hari Ini

testimoni esp shaklee untuk ibu menyusu ketika berpuasa

Bagi para ibu menyusu yang ingin mendapatkan ESP Shaklee hari ini, boleh hubungi Syaza di talian 018-768-4817 (klik di sini untuk WhatsApp). Syaza sertakan panduan dan konsultasi produk percuma untuk kita semua. Jom, kekal bertenaga dan aktif di bulan Ramadhan.

Syaza,
Juga seorang ibu menyusu dan pengguna ESP sejak 2017 😘

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...