Skip to main content

10 Manfaat Fungsi Vivix Shaklee


Kesihatan tubuh badan adalah kejayaan dan nikmat yang tidak ada tandingannya. Memiliki tubuh badan sihat, merupakan idaman setiap manusia di atas muka bumi ini. Malah, tidak dapat dinafikan, tubuh badan sihat di usia emas antara perkara yang sangat diidamkan oleh diri kita sendiri. Bukan itu sahaja, melihat ibu dan bapa kita sihat di usia senja mereka turut menjadi impian kita.

Oleh sebab itu, menjaga kesihatan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian supaya kita dapat mengekalkan nikmat sihat yang ada sehingga akhirnya. Usaha untuk menjaga kesihatan perlu diteruskan, selebihnya kita serahkan kepada Tuhan dalam menentukan pengakhiran.

Sihat di usia emas : Idaman setiap manusia

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam menjaga kesihatan diri secara menyeluruh ialah
  • Menjaga pemakanan harian
  • Senaman secukupnya
  • Pengambilan nutrisi tambahan dengan bijak

Vivix dari Shaklee merupakan suplimen nutrisi tambahan yang kaya dengan polifenol dan resveratrol membantu diri kita untuk kekal bertenaga walaupun kian meniti usia senja. Kandungan bahan 100% botani ini yang di ekstrak daripada bahan utama anggur muscadine, memberi banyak manfaat yang diperlukan tubuh badan manusia.

Anggur Muscadine 40 kali kaya reveratrol berbanding anggur biasa
Anggur muscadine adalah jenis anggur yang susah ditemui di dalam dunia. Saiznya yang boleh mencecah sebiji saiz bola golf memiliki 40 kali lebih banyak kandungan resveratrol daripada anggur biasa. Kajian menunjukkan, resveratrol memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Maka, kerana itu Shaklee telah memformulasikan sebuah minuman botani yang juga dipatenkan khas untuk Shaklee, untuk membantu memberikan sebuah penajagaan tubuh badan yang eksklusif. 


10 Manfaat Vivix

1. Menyokong Kesihatan Mata


Kandungan Vivix yang terdiri daripada resveratrol membantu menyokong kesihatan mata. Bahagian konjuktiva mata kita, mempunyai kandungan kadar resveratrol. Oleh sebab itu kita memerlukan kandungan resveratrol yang mencukupi supaya mata kita tidak terdedah dengan pelbagai potensi masalah kesihatan.

2. Menyokong Kesihatan Minda


Sebuah kajian yang mengenalpasti kelebihan polifenol iaitu bahan di dalam Vivix menunjukkan, polifenol memainkan peranan yang sangat penting di dalam memberikan keupayaan kesihatan minda yang baik terutama di dalam usia emas. 

3. Meningkatkan Sistem Imun Badan


Sering jatuh sakit dan demam adalah salah satu tanda badan kita memiliki sistem imunisasi yang lemah. Oleh sebab itu, kita memerlukan sokongan tambahan Vivix, untuk memastikan sistem antibodi badan berjalan dengan baik dan sempurna.

4. Menyokong Kesihatan Sendi


Kajian yang di buat ke atas 22 atlet lelaki dan perempuan yang mengambil suplemen Vivix selama 4 minggu berturut mendapati, kesihatan sendi mereka semakin baik dari masa ke semasa. 

5. Menyokong Kesihatan Jantung


Kesihatan jantung yang baik bermula daripada keadaan sel badan yang sihat. Dengan Vivix sebagai sokongan tambahan di dalam menjaga kesihatan harian, ianya dapat menyokong kesihatan jantung.

6. Melambatkan Proses Penuaan

Rita Rudaini Pengguna Setia Vivix
Awet muda adalah impian setiap dari kita terutama sekali wanita. Pernah atau tidak kita hairan dengan sesetengah orang yang umur sama dengan kita tetapi dia kelihatan sangat muda? Hal ini terjadi kerana umur sel mereka lambat tua dari kita. Selain daripada menjaga pemakanan harian dan berusaha mengeluarkan peluh untuk membuang toksin di dalam badan dapat menjadikan kita kelihatan lebih muda, pengambilan sesudu Vivix sehari dapat membantu melambatkan proses penuaan.

7. Bantu Meningkatkan Tenaga Badan


Kecergasan adalah amat diperlukan terutama bagi mereka yang menggunakan tenaga yang banyak dalam sehari serta mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Pengambilan Vivix secara konsisten dapat membantu meningkatkan tenaga badan.

8. Bantu Kawal Gula Dalam Darah


Polifenol dan resveratrol terbukti berkesan di dalam membantu mengawal kandungan gula dalam darah. 1 sudu setiap hari untuk rasai manfaat ini.

9. Bantu Lindungi Sel Badan


Setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas yang datang dari pencemaran, asap, habuk, sinar UV dan lain-lain. Radikal bebas ini akan merosakkan sel kulit kita. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, lama kelamaan kesihatan sel akan merudum dengan jayanya. Dapatkan sokongan tambahan melalui Vivix yang kaya dengan resveratrol dan polifenol bagi melindungi kesihatan sel badan. Antara kesan daripada rosak sel badan ialah penuaan awal malah lebih teruk lagi ialah kanser.

10. Bantu Turunkan Berat Badan


Vivix adalah suplemen yang termasuk di dalam rangkaian Set Detox Shaklee. Untuk menurukan berat badan dengan baik, toksin dalam badan perlu disingkirkan dengan cara yang terbaik dan efisien. 

Dapatkan Vivix Shaklee anda hari ini melalui Syaza. Hubungi Syaza di talian 018-768-4817 (klik to WhatsApp) untuk maklumat lanjut tentang konsultasi produk. COD Shaklee di kawasan Bangi dan Kajang disediakan. Postage seluruh Malaysia.

Baca Selanjutnya : Koleksi Testimoni Vivix Shaklee

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...