Skip to main content

3 Fungsi Popular Chewable C-Plus Shaklee


Kalau nak tahu di Shaklee, kita ada 2 jenis vitamin c iaitu Sustained Released Vita-C Plus dan satu lagi ialah Chewable C-Plus. Keduanya adalah sumber vitamin c. Perbezaan keduanya ialah dari segi kandungan vitamin c, kesesuaian penggunaan, harga, dan sumber vitamin c.

Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang perbezaan keduanya, boleh lanjutkan pembacaan di sini tentang Perbezaan SR Vita-C Plus dan Chewable C-Plus Shaklee.

Kali ini kita nak tahu 3 fungsi dan manfaat yang paling popular serta disukai ramai tentang Chewable C-Plus ini.

3 Fungsi Popular Chewable C-Plus Shaklee

1. Meningkatkan Fokus

manfaat fungsi utama kegemaran ramai chewable c plus vitamin c boleh kunyah shaklee

Seharian di pejabat kadangkala buatkan kita letih dan lesu. Cuaca dan suasana di pejabat di tambah timbunan kerja tanpa henti mendesak kita untuk kekal ceria dan segar walaupun adakala letih datang bertandang.

Sediakan Chewable C-Plus di dalam pejabat kita dan kunyah ia pada bila-bila masa untuk memberi kita daya fokus yang lebih mantap. Chewable C-Plus Shaklee membantu meningkatkan daya fokus kita!

2. Hilangkan Mabuk Perjalanan

manfaat fungsi utama kegemaran ramai chewable c plus vitamin c boleh kunyah shaklee

Ada sesetengah dari kita tewas dalam perjalanan sama ada menggunakan kereta, kapal dan sebagainya. Kita kadangkala mabuk dan loya sepanjang perjalanan di tambah dengan pening. Percutian yang sepatutnya menyeronokkan menjadi hambar kerana mabuk kita tadi. 

Oleh sebab itu, di dalam perjalanan hisap dan kunyahlah Chewable C-Plus ini kerana ia membantu menghilangkan mabuk kita sepanjang perjalanan. Malah, ia adalah alternatif yang terbaik dan lebih sihat berbanding makanan masam dan bergula!

3. Loya Masa Mengandung?

manfaat fungsi utama kegemaran ramai chewable c plus vitamin c boleh kunyah shaklee

Loya dan muntah masa mengandung umpama mimpi ngeri bagi kita para Ibu. Namun tidak dapat dinafikan ia sebuah perjalanan yang sangat indah kerana kita sedang bersusah payah demi insan tersayang di dalam perut.

Oleh itu kita perlu untuk bangun dan atasi rasa loya setidaknya untuk beberapa ketika agar kita lebih bertenaga dan tidak terlalu lesu sepanjang mengandung. Chewable C-Plus ini membantu untuk mengurangkan rasa loya tekak ketika kita mengandung. Kunyah dan hisap ia, tekak pun rasa sangat lega!

Inilah 3 manfaat dan fungsi yang menjadikan Chewable C-Plus, vitamin c supplement di Malaysia yang sangat sedap dan boleh di hisap serta kunyah ini sebagai kegemaran ramai. Anda nak cuba? Sebotol cuma RM 51.25 sahaja. Klik di sini untuk order atau hubungi Syaza di talian 0187684817.

Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...