Skip to main content

Kalau Epal Ni Badan Kita... Bayangkan.


8 Julai semalam, penulis ada upload satu video tentang eksperimen yang dijalankan ke atas sebiji epal yang di belah dua. Eksperimen yang sangat simple dan mudah. Sebiji epal di belah dua, dan diletakkan ke dalam dua jar yang berasingan. Jar pertama diisikan dengan air biasa. Manakala jar kedua di isi dengan air dan campuran serbuk Vitamin C dari Shaklee yang dah dihancurkan.

Boleh saksikan video penuh di sini :


Hasil ditunjukkan bermula dari keesokan harinya. Memang jelas kelihatan perbezaan ketara di atas epal yang di rendam air biasa vs epal yang di rendam air dengan vitamin c. Epal di dalam jar air biasa, baru hari pertama dah kelihatan kekuningan, kesan teroksida dengan persekitaran. Manakala, epal dengan jar yang di isi air biasa dan serbuk Vitamin C Shaklee, masih kekal segar.


Bayangkan sekiranya epal ini adalah tubuh badan kita. Bagaimana perbezaan tubuh badan yang di beri nutrisi secukupnya setiap hari berbanding yang tidak memberi penekanan terhadap kepentingan nutrisi? Sudah tentu yang menjaga pemakanan dan mengambil nutrisi tambahan, sokongan suplemen memiliki sel badan yang lebih sihat. 

Namun, penulis masih tidak berpuas hati. Oleh sebab itu, penulis cuba untuk melakukan sendiri eksperimen ini di rumah, Adakah betul, terdapat beza di akhir eksperimen ini?

Lalu, petang semalam penulis terus menjalan ekperimen ini. Penulis ada muat naik status berkaitan eksperimen ini di Facebook peribadi penulis di sini.

Bahan-bahan yang diperlukan di dalam eksperimen ini ialah :
  • Sebiji epal
  • 2 Bekas sama lebar, panjang untuk di isi air 
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee

Jom kita tengok ekperimen yang dijalankan penulis sendiri, apa hasilnya.

EKSPERIMEN KESAN VITAMIN C KE ATAS EPAL

EKSPERIMEN KESAN VITAMIN C KE ATAS badan manusia
Di awal eksperimen, sebiji epal di belah 4 oleh penulis (belah 4 sebab sayang nak belah 2, boleh di makan selebihnya hehe)

EKSPERIMEN KESAN VITAMIN C KE ATAS badan manusia
Hari pertama result iaitu pagi tadi. Jelas kelihatan epal 1 dengan air biasa kelihatan 'buruk' keadaannya. Manakala epal 2 yang direndam dengan air dan Vitamin C Shaklee kekal segar

Pandang sisi epal di sebelah kiri

EKSPERIMEN KESAN VITAMIN C KE ATAS badan manusia
Jelas kelihatan perbezaan ketara epal 1 dan epal 2 !
Bagi sesiapa yang ada bahan-bahan di atas bolehlah cuba buat sendiri ekperimen ini. Kesimpulan ringkas, ini baru epal. Bayangkan kalau badan kita sendiri, bagaimana keadaan badan yang di beri nutrisi vitamin c berbanding yang tidak? 🤯


.

Nak order Shaklee?

WhatsApp/Call 📲 0187684817 (Syaza) 😊 

🠞🠞 Klik Untuk WhatsApp


Baca Selanjutnya : Fungsi, Keistimewaan Vitamin C

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...