Skip to main content

Home Facial Spa Bersama YOUTH

youth mask shaklee skincare

Zaman kini dah terlalu mudah untuk kita kelihatan cantik dan menawan. Tak perlu laburkan duit dengan banyak bagi facial spa di luar sana. Ikut saja regim penjagaan asas, atau jika rajin boleh dapatkan dan ikuti tips 10 langkah penjagaan kulit wanita Korea.

Masker muka atau mask adalah langkah asas bagi menampilkan kulit wajah yang lebih berseri. Cadangan penggunaan bagi kita, dalam seminggu digalakkan untuk menggunakan mask sebanyak 1-2 kali. 

Malah, bukan itu sahaja, kita juga perlu bijak memilih jenis mask yang sesuai dengan kategori kulit kita; berminyak, kering atau kedua-duanya iaitu kombinasi.

YOUTH tampil dengan produk regim penjagaan kulit yang baharu iaitu YOUTH Hydrating Gel Mask dan YOUTH Purifying Clay Mask. Jom kita ketahui lebih lanjut, kelebihan, manfaat dan keistimewaan masker perawat wajah keluaran YOUTH Shaklee, skincare semulajadi ini. 

YOUTH Purifying Clay Mask - Rawatan Wajah Segera, Detoks & Menyahkan!

youth mask shaklee skincare
Sangat sesuai bagi kulit berminyak dan kombinasi
Gabungan tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral semulajadi, serbuk arang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik ini berfungsi untuk membersihkan wajah dan menyingkirkan toksin pada wajah. Sel-sel kulit mati akan di buang dan kulit wajah menjadi lebih halus, cerah berseri. Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit kombinasi. 

Rumusan ini menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampakan liang pori. Kulit lebih licin tanpa menghakis dan mengeringkan kulit.

FUNGSI
  • Membersihkan wajah
  • Menyingkirkan toksin 
  • Membuang sel kulit mati pada wajah
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan wajah
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Liang pori lebih halus
  • Kulit licin dan halus
KESESUAIAN KULIT
  • Kulit Berminyak
  • Kulit Kombinasi (T-Zone)
YOUTH Hydrating Gel Mask - Rawatan Wajah Segera, Kembalikan Seri Wajahmu!

youth mask shaklee skincare
Gel emas untuk kembalikan seri wajah kita
Manjakan kulit dengan kelembapan yang mendalam serta melegakan untuk kulit yang lebih segar dan terhidrat. Gel emas ini padat dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit. Khas untuk mereka yang memiliki kulit kering dan kulit kombinasi.

FUNGSI
  • Melembapkan Wajah
  • Menaikkan seri muka
  • Mengurangkan masalah kulit kering
  • Menyeimbangkan penghasilan minyak 
  • Memberi kesegaran harian pada kulit
KESESUAIAN KULIT
  • Kulit Kering
  • Kulit Kombinasi (T-Zone)
PROMOSI YOUTH MASK


Beli 2 YOUTH Mask, PERCUMA Organza Beg dan berus mask eksklusif YOUTH, serta panduan penggunaan cara menggunakan YOUTH Mask. 

Nak order Shaklee?

WhatsApp/Call 📲 0187684817 (Syaza) 😊 

🠞🠞 Klik Untuk WhatsApp

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...