Skip to main content

7 Langkah Mudah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

7 Langkah Mudah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Mindful eating bukan sebuah diet. Tetapi ia adalah salah satu jenis meditasi yang mendidik kita untuk mengawal emosi serta sensasi fizikal terhadap makanan. Antara kelebihan mindful eating ini ialah kita boleh mengawal keinginan melampau atau cravingness terhadap makanan serta membantu untuk menurunkan berat badan. Selain itu, mindful eating juga boleh memberi kita kepuasan apabila makan sesuatu makanan walaupun bukan dalam kuantiti yang banyak.

Di samping itu juga mindful eating selari dengan didikan dan ajaran Rasulullah SAW yang mengajak kita untuk selalu berhenti sebelum kenyang. Namun, sebenarnya bagaimana cara untuk nak jadi seorang mindful eater? Sebab itu anda di sini, jom dapatkan 7 langkah dan cara mudah cara untuk menjadi seorang mindful eater!

7 Langkah Mudah ke Arah Mindful Eater

1. Hargai Makanan yang dihidangkan

Pertama sekali, hargailah walau apa jua jenis makanan yang dihidangkan asalkan halal dan bersih. Antara cara paling mudah dan disarankan untuk hargai makanan ialah dengan berdoa sebelum mulakan makan. Minta supaya apa yang kita makan itu diberkati dan beri manfaat pada tubuh badan kita supaya kekal sihat selalu.


2. Guna Deria 5 Rasa

Sewaktu di meja makan, elakkan melakukan perkara lain selain dari makan! Letak tepi telefon bimbit, atau jangan menonton TV sewaktu makan. Fokus pada makanan dan gunakan deria 5 rasa untuk menikmati makanan dengan cara sebenar. Dengar, lihat, bau, sentuh dan rasa makanan anda dengan nikmatnya.



3. Makan Sikit dalam Satu Masa

Proses pencernaan akan menjadi lebih baik dengan cara mengambil dan menggigit makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit pada satu masa. Proses pemecahan makanan bermula dari dalam mulut. Kunyah dengan baik supaya lidah dan lelangit kita dapat rasa makanan tersebut.



4. Makan Perlahan

Otak kita akan dapat arahan bahawa kita sudah hampir kenyang sekiranya kita makan secara perlahan-lahan. Perkara ini membantu untuk kita berhenti sebelum kenyang dan tidak terlebih makan.

5. Tidak Skip Waktu Makan

Antara faktor kita terlebih makan adalah kerana kita kurang makan. Apabila kita skip atau tinggalkan waktu makan, otak akan dapat arahan yang kita memang tengah sangat lapar dan otak gagal berfungsi dengan baik maka tidak dapat membuat pilihan bijak. Akhirnya kita akan makan dalam kuantiti yang sangat banyak.

6. Hidang Cara Sederhana

Gunakan pinggan yang kecil atau yang saiznya kurang dari 9 inci. Selain dari buat kita cepat penuh, kita juga akan elakkan pembaziran makanan jika tidak habis.

7. Banyak Sayuran dan Buah dalam Menu


Makan buah atau sayuran 30 minit sebelum makan sebenar. Ia akan bantu untuk perut cepat kenyang walaupun dengan hidangan yang sangat sedikit.

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...