Skip to main content

Review Pengalaman Sendiri Menggunakan Shaklee YOUTH Mask

review pengalaman sendiri menggunakan youth masker mask muka keluaran shaklee


Last two months, di bawah brand name YOUTH sebuah jenama penjagaan kulit (skincare) di bawah Shaklee telah melancarkan Set Mask Wajah atau masker muka. Syaza sendiri dah rasa pengalaman menggunakan YOUTH Mask ini yang terdiri daripada 2 jenis, satu untuk kulit berminyak dan kombinasi, dan jenis lagi satu untuk kulit sensitif serta jenis kering.

Jenis kulit Syaza, kulit kombinasi. Berminyak di bahagian T-Zone dan kering di kawasan lain. Jadi, Syaza gunakan kedua-dua jenis Mask sekaligus dalam satu-satu masa. Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask. 😍

Clay Mask yang warna hitam isinya Syaza gunakan di bahagian T-Zone, keluarkan semua blackhead, dan serap segala tok nenek minyak di atas muka. Hydrating Gel Mask pula Syaza apply di seluruh kawasan lain selain T-Zone. Hydrating ni yang isi nya berwarna gold.

review pengalaman sendiri menggunakan youth masker mask muka keluaran shaklee
Yang warna hitam tu Purifying Clay Mask, letak di bahagian T-Zone. Warna Gold pula Hydrating Gel Mask letak di kawasan lain yang kering. Fuh memang ketat giler sampai tak boleh nak senyum! Hehehe. Terasa di rentap blackhead especially kat hidung tu. Lepas basuh, rasa lembut je hidung I tau. Hihi. Love sangat 😻💓

Memang rasa perbezaan ketara gabungan kedua jenis masker ni. Yang clay tu bila di pakai rasa ketat kulit muka. Seolah di serap semua minyak berlebihan dekat bahagian yang Syaza apply clay tu. Hydrating Mask pula rasa sejuk je kulit muka. Macam lembap gitu kulit muka kita. 😋

Lepas dah apply kena biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. After 30 minit, Syaza bilas macam biasa. Kemudian, dah siap bilas terus apply Toner YOUTH untuk tutupkan balik pori yang terbuka tadi. 😇

review pengalaman sendiri menggunakan youth masker mask muka keluaran shaklee
Geng sama-sama guna YOUTH Mask. Kak Ena apply semua Clay Mask. 

Fuh memang nyata berbeza kulit yang guna mask dengan tak. Bila kerap guna mask dengan kekerapan 1-2 kali seminggu, memang kulit akan jadi lebih licin dan bersih. Especially bahagian blackhead dekat hidung ni, kalau rajin guna masker, tertanggal sendiri blackhead nya tau. 😍

Nak hilangkan blackhead kena rajin guna Purifying Clay Mask YOUTH ni. Kalau nak tahu, sampai hari ini YOUTH Mask ni tengah ada promosi tau. Beli dua mask akan dapat harga cuma RM 238. Harga untuk loose belum ada. Yang ada cuma harga by set sahaja. Kita boleh pilih nak beli dua-dua tu Clay Mask, atau Hydrating Mask sahaja or boleh campur dua-dua. 😘

Model YOUTH Mask. Yang kami pegang ni semua one set kalau kita beli YOUTH Masker muka ni. Ada brush special YOUTH. Nak apply mask tu guna aje brush dia. Organza beg nak isi mask balik kampung nanti~ Yang dari kanan nombor 2, satu muka dia gunakan Hydrating Gel Mask. Bersinar memancar muka Kak Mira! Golden look gituw hehehe

Personally Syaza prefer beli campuran dua-dua sekali. Coz kulit jenis kombinasi. Jadi memang terbaik untuk yang kulit kombinasi macam Syaza gunakan keduanya sekali. Kalau yang jenis berminyak satu muka, boleh guna yang clay sahaja. Sensitif dan kulit kering seluruh muka guna yang Hydrating Gel Mask.

Untuk maklumat lanjut mengenai Youth Mask dan nak konsultasi terbaik yang mana sesuai untuk korang, boleh hubungi Syaza di 018-7684817 atau klik sahaja gambar dibawah. 😇




Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...