Skip to main content

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi

Waktu first time nampak sebesar gedabak lambang Jalan Jalan Japan dekat Kip Mall, terus ajak husband singgah, hehehe. Sebenarnya tak tahu pun apa benda Jalan Jalan Japan ni tapi sebab pernah nampak kawan memborong barang bukan main banyak so rasa nak ambil tahu. Kata kawan murah-murah dan semua barang kebanyakkannya dari Jepun. No wonder la, rupanya Jalan Jalan Japan ni kedai pre-loved. :)

So Syaza pun menapak la ke Jalan Jalan Japan yang baru je di buka kat Kip Mall ni. YA Allah ramai giler orang! Fuh, serious-lah. Dasyat penangan pre-loved. Bukan Syaza je yang suka nak menapak kat Jalan Jalan Japan ni, rupanya ramai lagi. Harga semua of course la murah-murah. Ada mainan, kasut, handbag, baju, stroller, barangan sukan dan gym termasuklah set golf, plush toy dan teddy bear, cermin mata hitam, stokin, pinggang mangkuk. Perfect la senang cerita semua tok nenek barang ada dalam tu. xx

Jom layan gambar jap. Masa masuk ni Syaza tak membeli pun tapi niat di hati nak datang balik cari gym set yang bench tu. Murah kot! hehe. And lagi pun masa ni tak sanggup nak beratur panjang. Hahaha. Waktu Syaza pergi ni dia baru je bukak 28/12/2019 haritu. Memang ramai la yang datang, sempena pembukaan :)

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Pilihan baju dia cantik-cantik, dari size petite sampai besar pun ada :)

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Stroller ada di jual, kalau pandai pilih boleh jumpa yang terbaik

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Pilihan kasut yang sangat banyak dari kasut kanak-kanak sampai dewasa

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Tudiaaaa bukan main panjang beratur!

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Pilih~ Stokin mur mur

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Perempuan, wanita atau gegurl nampak tag ni cepat serbu yea hihi

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Boleh grab 5 pasang, pilih cantik cun melecun confirm orang pun tak tahu kita guna pre-loved punya :) Melainkan kalau kita beritahu la hihihi

Jalan Jalan Japan Kip Mall Bangi
Zehraa tengok teddy bear patung bebanyak ni bukan main suka dia. Tapi tu la kena tahan dia dari membeli, dekat rumah tu dah segunung! xx


Jom singgah Jalan Jalan Japan especially warga Bangi and sekitarnya kat Kip Mall je ni~ :)

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...