Skip to main content

5 Tips Pilih Protein Sihat

TIPS PILIH PROTEIN SIHAT


Dalam piramid makanan, protein terletak di tangga kedua selepas karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa protein penting untuk badan kita selepas karbohidrat. Bagaimana cara pilih protein yang sihat? Perlu ke tahu cara pilih protein yang sihat? Adakah wujud protein tidak sihat? 


5 Tips Pilih Protein Sihat

1. Protein Tumbuhan vs Protein Haiwan

Seperti mana yang semua sedia maklum, protein terbahagi kepada dua iaitu protein berasaskan tumbuhan serta protein haiwan. 

Antara sumber protein tumbuhan ialah, kacang soya, sayuran hijau dan sumber kekacang lainnya. 

Sumber Protein Tumbuhan

Protein haiwan yang selalu kita dapatkan adalah seperti ayam, telur dan ikan.

Persamaan kedua-dua protein ini ialah mereka mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, protein haiwan terdedah dengan pelbagai bahan kimia serta penyakit. 

Contoh paling mudah yang sering kita dengar dan dapati dari protein haiwan ialah kebanyakkan haiwan bersumberkan protein di suntik dengan suntikan hormon atau antibiotik bagi mempercepat proses tumbesaran mereka untuk tujuan komersial. 

Ayam yang terdedah dengan suntikan 

Protein berasaskan tumbuhan terutama sumber kacang soya mudah di hadam terutama bagi mereka yang sudah berusia. 

2. Tinggi vs Rendah Kandungan Kolestrol


Protein berasaskan tumbuhan mengandungi zero-cholestrol

3. Tinggi vs Rendah Kandungan Lemak

Protein haiwan mengandungi lemak tepu serta transfat, manakala, protein tumbuhan bebas dari lemak tepu dan transfat. 


Jadi, penuhi protein kita dengan kekacang, tofu dan bijirin penuh. Protein jenis tumbuhan membantu memenuhi keperluan protein kita tanpa kandungan lemak berlebihan. 

4. GMO vs NON-GMO

GMO (Genetically Modified Organisms) adalah tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang telah menjalani perubahan secara genetik dengan menggunakan teknologi. Hal ini telah mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan bagi mereka yang mengambil makanan berbentuk GMO dalam jangka masa panjang. 

Makanan GMO telah di ubah secara genetik

Pastikan pilih protein yang dari jenis Non-GMO, tidak di ubah secara genetik melalui teknologi untuk kelestarian kesihatan. 

5. Sumber Semulajadi vs Sumber Proses

Dapatkan sumber protein yang berada dalam keadaan semulajadi berbanding yang telah di proses. 

Antara contoh sumber protein secara proses yang banyak di pasaran ialah sosej (hotdog), daging burger atau nugget. 

Sumber protein yang telah di proses, telah hilang daripadanya khasiat serta nutrien penting. 

Badan yang sihat, minda cerdas membawa pada kehidupan ceria! 😊

Jika kita tidak mampu dapatkan sumber protein sepenuhnya dari pemakanan harian, kita boleh dapatkannya dari sumber protein berkualiti tinggi iaitu ESP Shaklee yang memberi kesemua amino asid penting dan keperluan kalsium untuk tulang serta gigi sihat. 

************

ESP Shaklee merupakan pilihan protein terbaik terutama bagi mereka yang tidak dapat sumber protein sepenuhnya dari pemakanan harian. 

Baca di sini untuk info lanjut ESP Shaklee

ESP Shaklee berasaskan protein tumbuhan yang tiada kolestrol, tiada lemak tepu, mudah di hadam dan Non-GMO (tidak di ubah secara genetik). 

Protein tumbuhan pilihan Shaklee ialah kacang soya kerana kacang soya mampu membekalkan 9 asid amino penting* untuk keperluan badan. 

*9 Asid amino ini tidak boleh dihasilkan badan sendiri. Perlu dapatkan dari pemakanan harian. 

Dapatkan ESP Shaklee anda hari ini dengan hubungi Syaza di talian 0187684817 hari ini 😊

Fatin Syaza, 
Your Favourite Shaklee Distributor, 
Pengedar Shaklee Nilai & USIM, 
COD Shaklee Nilai, Kajang, Bangi, Putrajaya, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 




Popular posts from this blog

Short Trip Muar November 2018 : Jalan-Jalan Cari Makan

Sempena cuti Maulid Rasul Nabi Junjungan kita, Rasulullah saw yang jatuh pada Selasa (20/11) hari tu, Syaza dan family kecilku, ada berjalan-jalan sekejap dekat Muar. Actually, kekasih hati, suamiku, out station sebentar kat sana, alang-alang, kami amek kesempatan, jalan-jalan kejap la di Muar! Sambil menyelam, minum air, katakan. Syaza ni nama je orang Johor, tapi belum pernah sekali pun tidur menginap dekat Muar. Mungkin sebab I fikir, ala, Muar je pun (?) Ish! Syaza oi, kalau nak tahu, 'Muar je pun' ini adalah bandar yang terbersih di peringkat negara ASEAN taw. Serius, Muar memang bersih! Sampah sarap memang susah nak jumpa di kawasan tepi-tepi jalan ni.  Terbaik Muar. Trip kali ni singkat jer, tapi cukup untuk cipta memori dan kenangan bagi kami sekeluarga. 1. Dataran Tanjung Mas Dataran ni sama macam dataran yang ada di negeri lain, bezanya, dataran ni ada di sana, replika kenangan stesen kereta api Muar yang satu ketika dahulu ada di ...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Panggilan Lain Yang Lebih Sopan dari "Sis" Saya Terpikat!

Dunia hari ini kadang-kadang menyebabkan kita agak terbatas untuk berfikir dan address seseorang dengan gelaran yang lebih sopan terutama apabila kita tidak tahu nama mereka. Jalan singkat kita lebih gemar panggil gelaran "Sis". Kerana ia sudah seperti kebiasaan di masa kini. Kadang tu tak kisahlah dan tak tahu pun orang tu perempuan atau lelaki semua kita pakai taram panggil "Sis". Hahaha. Sekali rupanya lelaki dah hehehe. Ada juga yang memanggil lelaki dengan gelaran "Abang". Bagi rakyat Malaysia terutama berbangsa Melayu, "Abang" ini ialah panggilan kasih sayang. Jadi mungkin sekiranya kita address dengan panggilan ini, ada hati yang tak suka contohnya isteri mereka sudah tentu! Hihihi. Ada ke isteri yang suka perempuan lain panggil suami mereka "Abang"? Ya mungkin ada sekiranya mereka juga jenis perempuan yang gemar memanggil lelaki selain suami mereka gelaran tersebut.  Untuk golongan wanita dan perempuan pula, k...